PRU14 : Perlu lagikah bendera ?
Tiada bendera tiadalah pergaduhan
.
🇲🇾 Parliamen telah pun dibubarkan Jumaat lepas (2018 April 06). Walaupun dah beberapa hari ia dibubarkan, namun belum nampak lagi bendera-bendera parti dikibarkan di merata-rata lokasi. Bukan kata bendera PH saja, bahkan bendera BN pun belum nampak. Acik rasa ini satu kelainan yang harus dipuji dan diteruskan.
.
Bagi Acik, di negara kita ini tak perlu lagi guna bendera-bendera parti untuk mengiklankan parti-parti yang akan bertanding dalam PRU. Kita bukan lagi masih berada di dalam era telefon bertali. Rata-rata kita rakyat Malaysia dah memiliki telefon pintar. Dengannya ada whatsapp, facebook, twitter, Instagram dan sebagainya.
.
.
Melihat senario politik Malaysia sekarang ini, timbul pula kebimbangan di hati Acik. Takut, akibat perang bendera akan berlaku pula pergaduhan antara penyokong-penyokong parti berlainan. Walaupun ini tak dilaporkan berlaku di musim PRU yang lepas-lepas, namun kata peribahasa, lain ulu lain parang. Janganlah sampai dah terantuk baru nak tengadah. Kata peribahasa Inggeris pula, prevention is better than cure.
Oleh itu, kalau boleh biarlah masing-masing parti tidak ghairah lagi hendak berperang bendera menjelang hari PRU14 ini. Biar kita contohi negara-negara maju seperti Australia dan lain-lain. Di sana pilihanraya berjalan tanpa pembaziran yang banyak.
Bukankah perang bendera itu satu bentuk pembaziran ? Bukan saja pembaziran material dan tenaga. Malah yang lebih serius ialah pembaziran masa rakyat yang amat berharga itu. Pemimpin yang baik takkan menggalakkan pengikutnya membazir. Bahkan melaranginya.
.
.
Kenapa Acik bimbang sangat melihat senario politik sekarang ? Jawapnya ialah kerana Acik menonton video ceramah-ceramah pemimpin parti-parti politik sekarang. Perkataan dan penyampaian ceramah dilakukan dengan begitu provokatif.
Yang Acik amat terkilan sekali ialah bila seorang bekas PM pun bersikap provokatif. Contohnya, melabelkan PM sekarang perompak dan sebagainya. Ini satu contoh yang sangat buruk dari seorang bekas CEO negara. Seolah-olah mahkamah tak lagi perlu mengesahkan terlebih dahulu samada tertuduh itu penjenayah ataupun mangsa fitnah semata-mata.
Kata peribahasa Melayu, jika guru kencing berdiri anak murid akan kencing berlari. Jika pemimpin membuat provokasi dengan lisan, pengikut mungkin membuat provokasi dengan perbuatan. Yaitu dengan tindakan ganas yang boleh mencetuskan huru hara di seluruh negara. Ini amat bahaya kepada semua kita.
Bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk dari tercetus akibat perang bendera, maka Acik cadangkan supaya mulai PRU14 ini tidak berlaku lagi perang bendera. Parti yang paling wajar memulakan tradisi baru (yakni PRU tanpa bendera) ialah BN. Mudah-mudahan kelainan ini menampakkan kematangan politik kita rakyat Malaysia.
.
Wallahualam.
.
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/
.