PRU14: BR1M bukanlah rasuah

.

BR1M bukanlah rasuah.

🇲🇾 Semasa BR1M (Bantuan Rakyat Satu Malaysia), mula diperkenalkan dahulu, Acik nampak ia macam suatu bentuk rasuah. Tapi selepas memikir semula status bantuan tersebut, Acik rasa tidak pula begitu. Sebaliknya ia adalah satu keperluan yang wajar ditambahbaiki.
.
Sekiranya BR1M adalah satu bentuk rasuah, Acik percaya ianya sudah tentu dijadikan isu politik oleh PH. Tetapi PH tidak pula menentang BR1M macam ia menentang GST. Jadi secara tak langsung, PH sendiri telah mengiktiraf BR1M sebagai wajar diteruskan.

Sebenarnya, memberi bantuan wang kepada rakyat miskin bukanlah suatu yang pelik. Banyak negara-negara maju memberi bantuan kewangan percuma kepada rakyatnya. Malah ada negara yang turut memberi bantuan kewangan kepada bukan warga negaranya, asalkan tinggal di dalam negaranya.
.
Semasa belajar di Amerika Syarikat di awal 80an dulu Acik sendiri menerima bantuan dari kerajaan Amerika. Cuma ia dalam bentuk kupon. Kupon pun macam duit juga sebab ia boleh ditukar dengan apa juga makanan, di pasar raya. Walaupun Acik mendapat biasiswa kerajaan untuk diri dan keluarga, namun berdasarkan piawaian di negara itu, keluarga Acik masih dianggap miskin dan layak menerima bantuan.
.
Sekarang pun masih ada lagi negara yang memberi bantuan percuma kepada penduduknya yang miskin. Samada warganegaranya sendiri maupun pendatang. Seorang anak Acik yang berhijrah ke Sweden telah lebih dari dua tahun menerima bantuan percuma dari kerajaan Sweden.
.
Bagi Acik tidak sia-sia jika sesebuah kerajaan itu bermurah hati kepada rakyatnya yang miskin. Miskin bukan bermakna malas bekerja. Sabaliknya bukan semua yang kaya raya itu rajin dan pandai bekerja. Contohnya, bekas CEO Petronas bukanlah sangat kaya jika dibanding dengan seorang anak bekas PM. Adakah bermakna anak bekas PM berkenaan lebih rajin dan pandai bekerja dari bekas CEO Petronas.
.
Acik melihat BR1M sebagai satu hak yang wajib dipulangkan kepada majoriti rakyat oleh kerajaan sekarang ini. BR1M adalah manifestasi kegagalan kerajaan dalam pembagunan ekonomi majoriti rakyat. Sekiranya kerajaan berjaya dalam aspek ini, maka tidak perlu lagi BR1M, sebab rata-rata rakyat tiada ada lagi yang miskin tegar.
.
Kegagalan itu terjadi, adalah kerana sistem ekonomi yang tidak seimbang lagi tidak adil. Akibatnya segelintir rakyat mampu menjana kekayaan yang luar biasa. Sedangkan majoriti rakyat terus papa kedana serta merempat.
.
Sesuatu sistem ekonomi terbentuk bukanlah dalam tempoh sekelip mata. Ia mengambil masa yang agak panjang, mungkin puluhan tahun. Akibat dari kegagalan sistem ekonomi yang beroperasi sejak sekian lama itu, maka sekarang baru kita sama-sama mengecapi “nikmatnya” iaitu BR1M.
.
Mungkin tak keterlaluan jika Acik katakan bahawa kesusahan hidup yang majoriti rakyat sedang hadapi sekarang adalah akibat dari kegagalan pentadbiran di bawah PM dahulu bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi untuk rakyat biasa termasuk diri Acik sendiri..
.
Jika kita sakit kepala, maka kita memerlukan panadol. Walaupun panadol bukan untuk merawat namun ia mengurangkan rasa sakit akibat penyakit berkenaan. Sebagai analogi, Acik lihat BR1M adalah ibarat panadol yang fungsinya adalah untuk mengurangkan kesengsaraan hidup yang berpunca dari sistem ekonomi yang tidak adil.
.
Sepatutnya rakyat menghargai inisiatif mewujudkan BR1M oleh PM sekarang. Beliau juga sedang berusaha membaiki sistem ekonomi kita yang telah diwarithi dari PM yang lepas. Malangnya ramai dari kita yang sedang menyusahkan usaha beliau. Sepatutnya memudahkan lagi usaha beliau itu, agar kejayaan bagi membetulkan kerosakan lebih mudah dan cepat tercapai.
.
Bersambung … .. .

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

Kalau di China individu yang mengkayakan negara, tapi di Malaysia negara yang mengkayakan individu.

.
.

~ by OPajar on 2018-04-16.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: