PRU14 : X-PM bakal MP Langkawi ?
Sila tukarkan “Bukit Selambau/Gantang” kpd “Langkawi” dalam video di atas
.
🇲🇾 PH memutuskan supaya Tun DM bertanding bagi kerusi parliamen Langkawi. Mungkin PH rasa kerusi tersebut adalah kerusi yang paling selamat untuk Tun DM. Nampaknya PH memang berazam sungguh untuk menjadikan Tun DM PM ketujuh selepas PRU14 nanti. Jika ini berjaya dilakukan, maka Malaysia akan menjadi negara yang paling unggul di dunia di miilinium ini.
.
Mengapakah Acik berkata demikian ? Jawapannya adalah seperti berikut.
Pertama, kerana faktor umur Tun DM. Setakat ini Acik belum pernah dengar ada mana-mana negara di dunia ini yangmana PMnya berumur lebih dari 93 tahun.
Kedua, kerana Tun DM adalah seorang yang telah pernah menjadi seorang PM. Dan tempoh perkhidmatan beliau sebagai PM adalah antara yang paling panjang jika dibandingkan dengan PM-PM negara lain. Ya, beliau menjadi PM selama 22 tahun.
Ketiga, ia akan membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai seorang pemimpin yang tidak ada tolok bandingnya di seanterio dunia. Setelah majoriti ahli parti asalnya (UMNO Baru) tidak lagi memerlukannya, beliau mampu menubuhkan sebuah parti baru yang lain. Dan parti baru ini mampu pula menjatuhkan parti asalnya itu dari puncak kuasa.
.
PH pula akan berasa tersangat bangga jika Tun DM menjadi PM. Kerana ia akan menjadi bukti kepada seluruh rakyat Malaysia khususya, dan kepada seluruh penduduk dunia amnya, bahawa PH adalah sebuah gabungan parti yang bijak membuat strateji bagi mengalahkan BN. Dengan perkataan lain, PH adalah lebih perkasa dari BN. Walaupun ia masih “bayi” yang baru lahir tak sampai satu tahun, namun ia sudah mampu mengalahkan BN yang sudah berusia lebih 45 tahun. Sedangkan PAS yang sebaya dengan BN pun kecundang.
Samada Tun DM akan benar-benar menjadi MP Langkawi, maka anak-anak Langkawilah yang akan menentukannya. Jika majoriti dari mereka menganggap Tun DM banyak berjasa kepada mereka, maka akan menang besarlah beliau. Tapi jika sebaliknya, akan kalah teruklah beliau. Sama-sama kita saksikan apa realitinya pada Mei 09 nanti.
Jasa-jasa Tun DM kepada anak-anak Langkawi
Setelah Tun DM naik menjadi PM, beliau mula memberi perhatian istimewa kepada Langkawi. Kononnya beliau ingin melihat Langkawi maju dan masyhor sebagai destinasi pelancongan popular. Bukan saja popular di kalangan rakyat Malaysia bahkan di seanterio dunia.
Itu satu niat yang murni yang wajar dikenang dan dihargai. Khususnya oleh anak-anak Langkawi, dan amnya rakyat satu Malaysia keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat murni Tun DM itu, maka bermulalah usaha-usaha gigih beliau untuk membangunkan pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri itu.
Dalam proses pembangunan pulau tersebut, maka tertubuhlah LADA (Langkawi Development Authority). Langkawi juga telah dijadikan pulau bebas cukai. Antara pelbagai produk yang bebas dari cukai ialah minuman keras. Kononnya arak menjadi lebih murah di pulau Langkawi berbanding dengan cocacola di Kuala Perlis.
Akibat harga arak begitu murah kerana tak bercukai, maka ramailah anak-anak muda Melayu di pulau tersebut telah terjebak dengan gejala minuman keras. Acik masih ingat betapa pemimpin-pemimpin PAS ketika itu mengkritik keras terhadap kerajaan BN kerana pulau Langkawi. Kerajaan didakwa bertanggungjawap di atas kerosakan akhlak penduduk-penduduk tempatan pulau tersebut.
Kata Presiden PAS ketika itu, “walaupun ada di kalangan anak-anak pulau Langkawi menjadi jutawan, tetapi yang lebih ramai ialah yang jadi tak ketahuan“. Pendekata, usaha bagi membagunkan Langkawi adalah lebih banyak membawa mudharat kepada anak-anak pulau tersebut dari munafaat.
Aktiviti bertaraf antarabangsa iaitu LIMA (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) turut diadakan di Langkawi. Pameran itu diadakan dua tahun sekali. LIMA berikutnya akan diadakan dalam bulan Mac 2019.
LIMA berjaya menempah nama yang harum bagi Langkawi di pesada dunia. Namun adakah anak-anak Langkawi merasa bahawa LIMA itu membawa rahmat kepada mereka ataupun sebaliknya. Bilik-bilik penginapan yang laris sepanjang LlMA berjalan adakah homestay milik penduduk tempatan, atau hotel-hotel mewah milik kapitalis dari luar langkawi.
.
Adakah anak-anak tempatan Langkawi, merasa pembangunan di Langkawi berbaloi bagi kebanyakan mereka. Mungkin mereka sedar bahawa objektif Langkawi dibangunkan bukan untuk kepentingan anak-anak tempatan di pulau itu. Sebaliknya, ia lebih kepada untuk mengaut keuntungan lumayan oleh individu-individu atau syarikat-syarikat kapitalis melalui spekulasi hartanah di pulau itu.
Yang menjadi mangsa ialah anak-anak Langkawi yang memiliki tanah tapi tidak ada modal untuk membangunkan sendiri tanah mereka itu. Akibatnya hak milik tanah anak-anak tempatan pulau itu banyak yang tergadai kepada kapitalis-kapitalis luar.
Ketika dalam keghairahan untuk menjadikan Langkawi destinasi perlancongan popular, telah berlaku satu peristiwa penting. Seorang pemaju kononnya telah memulakan projek pembinaan pusat pelancongan di atas sebidang tanah milik seorang Makcik tua. Makcik tersebut tidak merestui projek berkenaan dibuat di atas tanah milik beliau itu.
Makcik tua itu telah pun menyaman pemaju tersebut. Bila dibicarakan, mahkamah mengarahkan supaya projek tersebut dihentikan. Ini kerana Makcik itu masih mempunyai hak sepenuhnya keatas tanah miliknya berdasarkan Akta Pengambilan Tanah ketika itu.
Berikutan dari kes tersebut, kerajaan di bawah pemerintahan Tun DM telah membuat pindaan pada Akta Pengambilan Tanah itu. Tujuan pindaan ke atas akta tersebut ialah supaya projek di atas tanah Macik tua itu dapat diteruskan juga. Walaupun beliau masih tak benarkan projek bekenaan diteruskan, namun berdasarkan akta yang telah dipinda, beliau tidak berhak lagi menghalang pihak pemaju dari meneruskan projek di atas tanah pemilik tersebut.
Angkara pindaan Akta Pengambilan Tanah di masa Tun DM sebagai PM
.
Pindaan yang dibuat ke atas Akta Pengambilan Tanah itu sangat besar implikasinya. Kalau dahulu, kerajaan boleh ambil tanah rakyat hanya untuk tujuan tertentu sahaja. Contohnya untuk membina jalan raya, sekolah, hospital, mahkamah dan yang seunpamanya sahaja.
Bagi tujuan-tujuan selain dari itu, pemilik tanah berhak untuk tidak membenarkannya. Kerajaan yang berwibawa yang sentiasa menghormati hak rakyat dan undang-undang, tidak akan merampas tanah milik rakyat dengan sewenang-wenangnya.
Namun, apabila Akta tersebut dipinda, maka kerajaan boleh mengambil mana-mana tanah rakyat, asalkan bagi apa-apa tujuan pembangunan. Ini ibarat meluluskan sekeping cek kosong yang sudah ditandatangi oleh pemegang akaunnya kepada penerimanya. Penerima boleh tentukan sendiri amaun yang nak ditulis di atas cek tersebut.
Andai kata bahawa individu I♥️U ada memiliki sebidang tanah berhampiran sebuah bandar. Tiba–tiba syarikat Tesco merancang membina pusat perniagaannya di atas tanah tersebut. Kerajaan kini boleh meluluskan perancangan Tesco itu. Malah kerajaan akan membantu syarikat Tesco itu untuk mengambil alih tanah tersebut dari I♥️U.
Berdasarkan akta yang telah dipinda itu, I♥️U tidak ada hak lagi untuk membantah tindakan kerajaan tersebut. Beliau cuma berhak menuntut gantirugi sekadar yang dirasanya munasabah atas kehilangan tanahnya itu.
Sebenarnya taklah dinafikan langsung bahawa pindaan kepada Akta tersebut ada juga kebaikannya. Namun bahayanya adalah lebih besar. Ia akan membawa kepada penyalahgunaan akta tersebut oleh pihak kerajaan sendiri. Yang untungnya ialah kapitalis juga.
Penyalahgunaan akta tersebut memang telah berlaku pun tanpa perlu dinafikan lagi. Contohnya, tak lama selepas pindaan akta tersebut dikuatkuasakan, maka berlakulah Trajidi Kerpan. Akbar Harakah ketika itu melapurkan bahawa pesawah padi di Kerpan dipaksa menyerahkan tanah bendang mereka kepada seorang kapitalis Arab untuk perusahaan udang harimau.
Digambarkan di dalam akbar Harakah itu bertapa rakusnya pihak kapitalis berkenaan merampas tanah masyarakat petani di Kerpan. Petani hanya mampu berputih mata melihat padi yang sedang menguning dilanyak oleh jentolak pihak kapitalis.
Atas alasan apa maka kapitalis yang bergelar Bin Ladin itu berjaya merampas tanah bendang petani Kerpan itu ? Jawapannya ialah kerana perusahaan udang harimau menjanjikan pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada nilai padi yang mampu dihasilkan di atas tanah bendang berkenaan setiap tahun.
Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah yang Acik maklumkan ini. Apa lagi tentang impak negatifnya terhadap ramai pemilik-pemilik tanah. Ramai pemilik tanah yang lokasinya agak strategik di bandar-bandar, bimbang takut tanah milik mereka akan terlepas kepada syarikat-syarikat kapitalis.
Terutama pemilik-pemilik miskin yang mewarithi tanah-tanah pusaka dari arwah orang tua mereka. Kebanyakannya adalah orang Melayu. Malah entah sudah berapa ramai dari mereka yang telah pun kehilangan tanah-tanah masing-masing kepada spekulator-spekulator hartanah sejak akta tersebut dipinda.
Acik rasa, jika sekiranya semua anak-anak pulau Langkawi tahu atau masih ingat sejarah “rampasan” tanah Makcik tua di Langkawi itu, dan Trajidi Kerpan, mereka akan keluar mengundi beramai-ramai pada hari PRU14 nanti. Tetapi bukan untuk mengundi Tun DM. Sebaliknya untuk menunjukkan kebencian mereka kepada beliau dengan mengundi calon dari BN. Silap-silap haribulan PH akan hilang deposit di.Langkawi.
Berdasar pemerhatian sendiri, Acik tak percaya pembangunan di Langkawi dilaksanakan demi kepentingan anak-anak pulau itu. Sebaliknya ia lebih memberi keuntungan besar kepada spekulator-spekulator hartanah yang terdiri dari kapitalis-kapitalis. Mereka ini mungkin memiliki harta bernilai puluhan malah ratusan juta RM.
.
Jika kerajaan benar-benar berhasrat membangunkan Langkawi untuk kemajuan anak-anak pulau itu, wujudkan perkhidmatan feri seperti di Pulau Pinang atau pun di Labuan. Dengan adanya feri seperti itu, maka lebih ramai lagi pelancong dari tanah besar akan berulang kali melawat Langkawi, kerana tambang feri ke sana agak murah.
Tambang feri di Pulau Pinang, untuk sebuah kereta tak sampai RM10 bagi perjalanan pergi dan balik. Sedangkan tambang pergi dan balik ke Langkawi adalah antara RM250 hingga RM550 untuk sebuah kereta.
Perkhidmatan feri seperti itu tak mungkin akan diwujudkan selagi pemimpin-pemimpin tertinggi negara fanatik kepada kapitalisma dan dasar pengswastaan. Bagi mereka ini, hanya projek yang menjanjikan keuntungan langsung yang lumayan kepada kroni-kroni saja yang wajar dilaksanakan.
Perkhidmatan feri seperti di Pulau Pinang dan di Labuan mungkin dianggap tak wajar diwujudkan, demi menjaga kepentingan kroni-kroni tertentu sahaja.
Wallahualam.
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan :
.
SENARAI PenCERAHan yg relevan
https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/
.
Privatization of MAS
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2153449934873789&id=100006264096443
.
PenCERAHan terbaru ⬇️
http://www.4uni2c.com
.
.
.
Spekulasi kemungkinan berlaku jika PH perintah Malaysia.
.
Malaysiakini
***P*E*N*G*E*T*A*H*U*A*N**DI**L*U*A*R**K*O*T*A*K**
🇲🇾 *Crimea, Rusia : Tak kenal maka tak cinta* 💕