PRU14 : Janji ditepati ❓❓❓

Kini tibalah masanya untuk mula menunaikan segala janji yang telah dibuat sepanjang tempoh berkempen yang lepas.

It is time to start to deliver what had been promised

2018 Mei 10

Janji DITEPATI 🌱
.

Tahniah setinggi-tingginya kepada PH atas kejayaan besar dalam PRU14 (2018Mei09) semalam. Sebesar-besar juga penghargaan kepada BN atas segala usaha yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh memerintah negara, demi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

PAS juga menang kerana dapat menawan negeri Trengganu dan mengkekalkan Kelantan. PAS juga menjadi king maker di Perak. Di Kedah pula sekiranya
BN bergabung dengan PAS, PH mungkin tidak dapat menubuhkan kerajaan.

Acik harap PH akan segera membebaskan judiciary dari terus didominasi oleh executive.

Ini satu kesilapan yg sangat besar yang dibuat oleh Tun DM sebaik sahaja beliau menjadi PM ke-4 dahulu. Samada ia satu kesilapan yang tak disengajakan ataupun sebaliknya, wallahualam.

Acik percaya Tun DM sendiri yang akan membetulkan kesilapan tersebut. Selepas itu barulah usaha membenteraskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi lebih mudah dan berkesan.

Acik harap tidak akan berlaku dimana yang kalah akan hilang segala-galanya (termasuk maruah diri dan keluarga), manakala yang menang pula akan bolot semuanya. Sebaliknya biarlah, “hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah“. “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing“.

Semoga Malaysia mampu memacu ke kemuncak kejayaan lebih awal dari yang dijadualkan.

Copy & paste dari WA Asiah AJ

Jom kita tumpu kepada MANIFESTO PH..dengan harapan Kelantan dan Terengganu tidak di anaktirikan sebagaimana di zaman pemerintahan UMNO/BN..

▶️ Insentif Pakatan🇭🇰 Harapan jika BN direhatkan selepas PRU 14 akan datang.

.

1⃣ Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di tingkatkan.

2⃣ Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.

3⃣ Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 – RM1000

4⃣ Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.

5⃣ Lesen motosikal Percuma.

6⃣ Mansuh GST.

7⃣Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.

8⃣Bantuan Pendidikan Percuma.

9⃣Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.

1⃣0⃣Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.

1⃣1⃣Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.

1⃣2⃣ Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.

1⃣3⃣ Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.

1⃣4⃣ Menstabilkan harga barang.

1⃣5⃣Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.

1⃣6⃣ Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.

1⃣7⃣ Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.

1⃣8⃣ Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.

1⃣9⃣Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.

2⃣0⃣ Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.

2⃣1⃣ Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.

2⃣2⃣ Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.

2⃣3⃣ Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.

2⃣4⃣ Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.

2⃣5⃣ Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.

2⃣6⃣ Memperbanyakkan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.

2⃣7⃣ Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.

2⃣8⃣ Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.

2⃣9⃣ Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.

3⃣0⃣ Insentif tunai Kelahiran Baru.

3⃣1⃣ Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa.

3⃣2⃣ Menarik pelabur asing lebih banyak.

3⃣3⃣ Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

3⃣4⃣ Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.

3⃣5⃣ Khidmat kesihatan Percuma.

3⃣6⃣ Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.

3⃣7⃣ Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.

3⃣8⃣ Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.

3⃣9⃣ Menaik taraf kehidupan Rakyat.

4⃣0⃣ Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.

4⃣1⃣ Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.

4⃣2⃣ Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.

4⃣3⃣ Memansuhkan sistem AES

4⃣4⃣ Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.

4⃣5⃣ Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.

🛑Semoga inisiatif PAKATAN HARAPAN serta mandat Rakyat bakal mengubah Malaysia serta Rakyat menjadi lebih baik demi malaysia yang tercinta.🇲🇾☑☑☑ ☑☑☑☑

SHARE RAMAI2 JOMMM…

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

SENARAI PenCERAHan2 yg relevan

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Ke PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

Advertisement

~ by OPajar on 2018-05-10.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: