Islam : Aspirasi PH

Subuh tadi 2018 Mei 20, Acik menerima WA dari seorang kawan Acik ketika di maktab dahulu. Beliau adalah seorang doktor pakar yang Acik sangat “admire”. Yang dikirimi beliau melalui WA itu adalah sebuah article tentang perancangan memertabatkan Islam oleh PH.

Kebetulan pula penulis article tersebut adalah individu yang sangat Acik kenali. Acik pernah bersama rombongan beliau ke beberapa buah gereja di Pulau Pinang dan Kedah, beberapa tahun dahulu. Di sana beliau memberi penerangan kepada penganut-penganut ugama Kristian mengenai Islam. Malah Acik juga pernah diangkut bersama beliau dalam sebuah trak polis ke Markas PDRM Cheras kerana menyertai satu demonstrasi haram yang aman.

Berikut adalah C & P article yang ditulis oleh YB Dr Mujahid Rawa untuk dikongsi bersama.

.

Selamat membaca dan menilai !

.

ISLAM DAN PH BERPISAH TIADA

1. Kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir pada 17hb Mei baru ini memberi sinar cerah prospek pentadbiran Islam di Malaysia. Kenyataan beliau bahawa perjalanan Islam di Malaysia mesti mengikut ajaran Al Quran yang sebenar dan Hadis yang sahih adalah ketegasan paling meyakinkan bahawa Islam dan PH berpisah tiada.

2. Kenyataan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri membuka ruang untuk saya menegaskan beberapa perkara tentang PH dan pentadbiran Islam di Malaysia.

3. Pertama, komitmen kepada artikel 3 tentang Islam sebagai agama resmi persekutuan sebagai teras negara ini sentiasa dibela dan dijamin oleh PH. Adalah penting untuk membuat pengisian Islam lewat kemunculan politik baharu melalui pendekatan yang lebih inklusif dan progresif.

4. Kedua, pemberdayaan institusi Islam dan agensi Islam yang bergerak dalam kerangka kerajaan baharu disuntik dengan nilai Islah/Reform dari sudut ruh dan pengisiannya seperti JAKIM, Jabatan Agama, Jabatan Kehakiman Syariah, Zakat, Waqaf, YADIM dll. Kesemua institusi ini jika berjaya dibaikpulih melalui pelan tindakan Islah besar-besaran akan memantulkan pentadbiran Islam yang kompeten dan berwibawa justeru dihormati dan dipandang tinggi.

5. Tema besar yang menjelaskan hasrat Perdana Menteri ialah membumikan Islam yang penuh Rahmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kerana itu adalah ajaran Islam sebenar. Segmentasi Islam hanya untuk orang Islam sebelumnya, kini melalui PH akan dirungkaikan kepada nilai keterangkuman sejagat walaupun persoalan kepercayaan dan ritual kekal dalam daerah khusus masing-masing. Begitu juga peranan Maqasid Syariah dalam kerajaan PH akan membuka ruang agar pentadbiran negara keseluruhannya tidak akan bercanggah dengan prinsip-prinsip teras Islam.

6. Menjadi tanggungjawab besar kerajaan PH melalui pentadbiran Islam untuk mencapai keharmonian kaum dan agama dengan membudayakan dialog antara agama yang sihat dan aktiviti kemanusiaan lain yang diizinkan oleh agama. Kita mahu melihat Islam dan agama lain yang bebas diamalkan di Malaysia bergabung tenaga membentuk negara yang aman dan sejahtera. Unsur kebencian antara agama melalui apa sahaja medium tidak boleh ditolak-ansur kerana bakal menggugat asal kerencaman agama yang terdapat didalam struktur negara kita.

7. Kerajaan PH sedar dan akur bahawa secara global dan serantau, Malaysia bersama masyarakat dunia menggalas cabaran kebangkitan radikalisasi agama dan kemunculan kelompok pengganas yang menggunakan agama Islam sebagai ideologi keganasannya. Pentadbiran Islam perlu berada paling kedepan dalam menangani bibit-bibit ideologi radikalisasi agama yang berputik tanpa disedari di surau-surau dan mesjid kita.

8. Wacana dan bahan keilmuan Islam yang hendak disampaikan perlu punya garis panduan guna untuk mengelak bibit takfiri, bibit mesej kebenaran mutlak kelompok tertentu dan usaha membina tembok atas dasar permusuhan antara kaum dan agama. Kerajaan PH akan memastikan melalui tindakan pro-aktif mengawal kesuburan dakwah tidak akan merencatkan keselamatan dan kestabilan negara.

9. Perdana Menteri menganjurkan untuk mengikut ajaran Islam sebenarnya namun tidak akan tercapai tanpa penghayatan individu muslim kepada ajaran dan akhlaq Islam dalam kehidupan mereka. Oleh kerana itu sistem dalaman umat Islam menapis segala kemungkaran dan menjadi contoh kepada kehidupan Islam yang unggul akan membantu usaha melahirkan pentadbiran Islam yang kompeten oleh kerajaan baru dari PH.

10. Inilah Islam sebagai pembawa mesej Kerahmatan untuk semua penduduk di negara ini. Oleh kerana Islam adalah teras yang tidak terpisah dalam kerangka negara ini, ia perlu memainkan peranan besar dan Malaysia Baru yang dipilih oleh rakyat Malaysia akan memastikan apa yang dihasratkan iaitu Pentadbiran Islam adalah lebih baik bersama kerajaan Pakatan Harapan.

Sekian

Yb Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Parit Buntar

19hb Mei 2018

.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan

.

Silence is golden

https://4uni2c.com/?s=Silence&submit=Search

.

Wajarkah msjid “dipencarakan” ?

https://4uni2c.com/?s=wajarkah+masjid&submit=Search

.

PenCERAHan terkini ⬇️

http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2018-05-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: