PRU14 Pasca : PN wajib Muslimkah ?

.

PRU14 Pasca : PN wajib Muslimkah ?

🇲🇾 Isu paling hangat yang sedang menular di dalam media massa sekarang ialah perlantikan PN (Penguam Negara). Dalam masa yang sama juga, jawatan PN tersebut sehingga kini masih belum lagi dikosongkan oleh penyandangnya. Apakah dengan terlantiknya PN baru maka secara otomatiknya PN yang sedia ada akan tersingkir dari jawatannya itu ? Ini Acik sendiri pun turut berhajat kepada pencerahan yang khusus.
.
Bagi Acik, jika tiada ada peruntukan khusus dalam mana-mana undang-undang negara yang relevan, yang menyebut bahawa PN mestilah seorang Muslim, maka bukan Muslim juga adalah turut layak menyandang jawatan PN. Jadi, apa masalahnya bagi DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung untuk memperkenankan perlantikan Peguam Tommy Thomas oleh PH sebagai PN yang baru ?
.

Nak kata “tiada masalah” secara mutlak memanglah senang jika berdasarkan kepada undang-undang semata-mata. Namun, baginda YDPA (Yang Dipetuan Agung) tentulah perlu terliti dahulu sebelum memperkenankan perlantikan calon PH itu. Tindakan baginda itu amat wajar demi mengelakkan implikasi negatif yang boleh menjejaskan keharmonian dalam negara.

Acik rasa, Acik belum lagi layak mempertikaikan perlantikan PN baru oleh PH itu. Namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang demokratik, Acik berhak untuk parcaya bahawa SPB YDP Agung tidak wajar memperkenankan perlantikan tersebut demi menjaga sensitiviti majoiriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Tanggungjawab SPB YDPA sebagai ketua Agama Islam dan penjaga Islam itu sendiri sudah memberi implikasi bahwa jawatan-jawatan penting negara yang menjadi sumber nasihat kepada baginda, wajarlah disandang oleh seorang Muslim.

Sebenarnya, apa yang nak dilakukan oleh PH sekarang ialah antara perkara-perkara yang dikuatiri akan berlaku sebelum PRU14 yang lepas, sekiranya PH menang. Oleh itu, majoriti pengundi-pengundi Melayu masih teragak-agak untuk mengundi PH ketika itu. Walaubagaimanapun, selepas pemimpin-pemimpin utama PH memberi jaminan bahawa perkara seumpama yang dikuatiri itu tidak mungkin berlaku, maka barulah orang Melayu berani memberi kemenangan kepada PH.

Bagi memahami dengan lebih lanjut mengapa perlantikan Peguam Tommy Thomas oleh PH sebagai PN adalah tidak wajar, maka silalah baca artikel yang Acik kemukakan di bawah ini.

Selamat membaca dan berbincang !

Copy & paste :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1710403369029297&id=952934824776159

https://www.ipetitions.com/petition/menolak-pelantikan-tommy-thomas-sebagai-peguam

Mengikut Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama dengan Jadual 4 Perlembagaan tersebut, DYMM SPB Yang Dipertuan Agong melalui sumpah perlembagaan yang diikrarkan oleh baginda, telah diletakkan di atas bahu baginda tanggungjawab untuk menjaga Agama Islam pada setiap masa.

Peguam Negara pula antara lain berperanan menasihati YDPA di dalam perkara undang-undang. Maka Peguam Negara perlu lah dilantik dari kalangan mereka yang mampu membantu YDPA melaksanakan sumpah perlembagaan baginda untuk menjaga Agama Islam pada setiap masa dan oleh itu sewajarnya sekurang2nya seorang yang beragama Islam.

* Perkara 37. Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan
menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada); dan sumpah itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Majlis Raja-Raja.

Antara Lafaz sumpah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong di dalam Jadual 4

Kami …………………………………………………. ibni ……………………………………….
Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:

Dan lagi Kami berikrar
mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya *memeliharakan pada setiap masa Agama Islam*

________________________________

*Kenyataan Akhbar
Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM
10 SEBAB KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK SESUAI DILANTIK SEBAGAI PEGUAM NEGARA*

(1) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(2) Perlembagaan
Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang
di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa
perkara undang-undang”. Ini kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak
akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa
Agama Islam” seperti yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang diPertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang
berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam. Malah pendirian tegar Tommy Thomas dan peguam-peguam Islam yang sealiran dengannya kononnya Malaysia
adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah Perkara
37(1) itu. Justeru mereka yang berpemikiran sedemikian TIDAK LAYAK sama sekali
untuk dicadangkan sebagai Peguam Negara.

(2) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan
perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini
kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of
Power” terbitan tahun 2016, Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia bukan sebuah negara Islam. Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan pelbagai
peruntukan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara
37(1) komitmen SPB YDP Agong sebagai The Supreme Head of Federation untuk
mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A)
dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.

(3) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan
pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini
adalah kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse
Of Power” pada 2016, Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah
Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang
kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undangundang sivil dan undang-undang Syariah, adalah merupakan satu keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan Nama “Allah”oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah serta betapa rayuan dalam isu
pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang
beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.

(4) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan
keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah
dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. Ini kerana
di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan
Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan
dan perundangan.

(5) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana
pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM),
Chin Peng yang diharamkan. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But
The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai
peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan
mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, Perak, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century”
dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai
musuh negara.

(6) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan
Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana
Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai
Peguam Negara bagi Persekutuan”. Ini adalah kerana, telah menjadi pengetahuan
umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan
Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut
Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang
di-Pertuan Agong.

(7) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam “Manifesto Pakatan
Harapan” yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan
pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat
tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita”
yang menghendaki kerajaan Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja
Melayu. Ini juga adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja
Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy
sebagai Peguam Negara.

(8) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia
membabitkan kepentingan YB Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ini kerana
Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa
untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara
di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau
Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

(9) Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan YAB Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr
Mahathir sebelum ini. Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016
Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not
brook dissent”. Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific
Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy
berkata: “The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime
Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”

(10) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan
Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen
yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan
peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”. Ini adalah kerana
Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan
Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas bukan seorang Ahli Parlimen.
Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu dicalonkan daripada kalangan hakim-hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan
Raja-Raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang
selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.

(*Dato’ Prof. Hj. Mahamad Naser Disa berpengalaman lebih 25 tahun sebagai
Peguam Kanan Persekutuan)
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
3 Jun 2018

________________________________

Beberapa Pendirian Tommy Thomas :

[1] Sultan Tiada Kuasa

http://www.malaysia-today.net/2014/02/01/sultan-does-not-have-the-power-say-tommy-thomas/

[2] Malaysia bukan negara Islam

http://www.malaysianbar.org.my/constitutional_law/is_malaysia_an_islamic_state_.html

[3] Mempertikai keputusan Mahkamah dalam kes kalimah Allah

https://www.malaymail.com/s/549797/the-allah-decision-is-wrong-in-constitutional-law-tommy-thomas

.

Hak yang tak wajar dipertikaikan.

Bersambung ….. … .

~ by OPajar on 2018-06-04.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: