Teknologi : China lebih maju

Adakah Pentadbiran Awam India lebih baik dari Pentadbiran Awam Malaysia ?

2018 Jun 07

.

🇲🇾 Gambar di atas dikirim kepada Acik semalam oleh anak Acik yang bernama Anas. Anas kata, dia hairan kenapa India pula yang menjadi destinasi lawatan. Kerana, bagi beliau India bukan lagi negara yang hebat untuk dijadikan sumber tauladan.

Bila Anas memberi komen tersebut, maka teringatlah Acik akan pengalaman Acik ketika melawat negara tersebut dalam tahun 80an dahulu. Masa tu Acik baru tak berapa lama kembali ke tanah air, kerana melanjutkan pelajaran di AS (Amerika Syarikat). Dalam acara lawatan tersebut, rombongan Acik melawat tiga buah bandaraya besar di benua India itu, iaitu Bombay, Delhi dan Calcutta.

Acik amat terkejut melihat wajah fisikal atau “environment” negara tersebut. Amat jauh bezanya dari apa yang Acik temui ketika kira-kira 20 bulan tinggal di Amerika Syarikat. Kalau di AS Acik tidak jumpa orang susah yang meminta-minta, tetapi meminta-minta kelihatan seolah-olah suatu fenomina biasa di India ketika itu. Hati Ä·ecil Acik amat tersentuh.

Jika mengikut sejarah yang pernah Acik pelajari di sekolah dahulu, India adalah sebuah negara yang telah lama bertamaddun. Sedangkah AS adalah sebuah negara baru yang ditubuhkan belum sampai 400 tahun. Malah, jika dibandingkan dengan Melaka, nyata bahawa Melaka pun lebih dahulu wujud dari AS.

Suatu ketika dahulu, India mungkin layak dijadikan idola dalam aspek-aspek tertentu. Tetapi sekarang ini, Acik rasa banyak negara lain yang lebih wajar dijadikan sumber rujukan kita atau contoh untuk kita “emulate”. Negara China umpamnya.

Negara China selepas perang dunia kedua dulu memang ketinggalan dari negara India dalam berbagai aspek. Penganut ideologi kapitalisma percaya bahawa India lebih maju dari China adalah kerana kapitalisma. Ideologi Komunisma yang dianuti oleh negara China pula dipercayai menyebabkan ia tidak boleh maju.

Kononnya ideologi Komunisma tidak kondusif bagi kemajuan. Ia tidak menydiakan insentif untuk rakyat berusaha memajukan dirinya sendiri. Sedangkan negara maju adalah negara dalam mana rakyatnya maju secara kolektif (terkumpul). Kerana, hanya individu yang maju saja yang mampu menyumbang kearah kemajuan negaranya.

Sebaliknya, negara penganut kapitalisma membuka ruang yang luasnya tanpa sempadan kepada rakyatnya, untuk memajukan diri masing-masing. Kejayaan yang dicapai oleh setiap rakyat itu akan menyumbang kepada kemajuan dan pembagunan negaranya. Idealogi Kapitalisma dikagumi setelah banyak negara penganut ideologi itu berjaya menempah kamajuan yang pesat. Yang paling ketara ialah negara Amerika Syarikat (AS).

Di AS, yang berkuasa adalah mereka yang memiliki kekayaan besar. Mereka inilah yang kita panggil golongan kapitalis. Dengan kuasa yang mereka miliki, mereka pun menggubal dasar atau undang-undang negara yang akan menjamin dua perkara. Pertama supaya hak pemilikan kekayaan mereka terjamin selamat untuk selama-lamanya. Dan kedua, supaya kuasa pemerintahan terus kekal di dalam genggaman golongan mereka.

Dalam dunia realiti sekarang ini, kita boleh buat perbandingan antara negara India dan China. India adalah produk ideologi kapitalisma, manakala China pula adalah produk ideologi komunisma yang dianutinya.

Di negara China sudah ada keretapi peluru (bullet train), sedangkan di India belum ada. Rakyat China rata-rata hidup serba ada walaupun tidak mewah, sedangkan ramai rakyat di benua India yang miskin papa. Kadar pengangguran di China hampir tiada, sedangkan di India pengangguran amat ketara. Di China hampir tiada gelandangan, sedangkan di India bersepah.

Melihat realiti di atas, Acik juga macam ana Acik itu, tertanya-tanya kenapa destinasi lawatan yang dirancang untuk rombongan Malaysia itu India dan bukan China ?

.

Wallahualam.

.

.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1947038012014673&id=188625661189259

.

.

~ by OPajar on 2018-06-07.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: