Kenapa ada diskriminasi ?

Semoga hukuman dunia mampu meringankan hukuman akhirat.

.

2018 Julai 08 (Ahad)

Semalam, Acik menziarahi kubur seorang school mate (rakan sesekolah) yang Acik sangat kagumi, Beliau ialah almarhum Tan Sri Laksamana (B) Ilyas Din. Berita kematian beliau Acik terima melalui WA dari seorang hakim kanan iaitu kawan arwah. Malangnya Acik agak lewat membuka WA. Akibatnya, setiba di pusara, urusan perkebumian almarhum telah pun selesai.

Kepulangan rakan Acik itu ke rahmatullah itu meninggalkan kesayuan di hati Acik. Ia juga mencetuskan keinsafan bahawa kehidupan di dunia ini adalah tidak lama. Dunia hanya tempat penginapan sementara. Seperti maksud serangkap pantun :

Halia tanam tanaman
Ke barat juga bakal condongnya
Dunia tumpang tumpangan
Akhiratlah jua kekal kampongnya.

Acik yakin bahawa majoriti kita mempercayai bahawa “kampong” yang kekal adalah akhirat. Oleh itu, setiap kita wajar bercita-cita untuk menempah keberadaan yang sejahtera di akhirat nanti. Kesejahteraan. di akhirat akan diperolehi hanya jika kita berjaya memasuki syurga Allah.

.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Acik harap semua pemimpin Malaysia juga yakin dengan alam akhirat. Tak kiralah agama apa pun yang masing-masing anuti. Dengan keyakinan tersebut, mudah-mudahan mereka akan sentiasa berlaku adil dalam segala tindakan mereka. Kerana, jika kekuasaan politik mampu melindungi mereka dari hukuman dunia, namun mereka tetap tidak akan terlepas dari hukuman alhirat. Dan sesungguhnya hukuman akhirat itu adalah jauh lebih berat siksaannya dari hukuman di dunia ini.

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

.

Di dunia ini kita perlu berusaha untuk mengumpul pahala dengan sebanyak yang mungkin. Kerana, dengan bekalan pahala itulah kita akan melalui mahkamah Allah di akhirat nanti. Segala pahala kita akan ditimbang beratnya. Kemudian berat pahala itu akan dibandingkan dengan berat segala dosa kita.

Bertuahlah bagi kita yang berat pahalanya melebihi berat dosanya, alhamdulillah. Sebaliknya celakalah bagi kita yang dosanya lebih berat dari pahalanya, nauzubillah.

Klip video di atas boleh dijadikan iktibar untuk diri Acik. Seorang pemimpin negara adalah individu yang sanggup menanggung risko yang sangat tinggi. Sekiranya semasa di bawah pentadbiran beliau negara berjaya maka dirinya akan disanjung tinggi. Sebalik jika negara kurang berjaya maka dirinya akan dihina dan dipesalahkan.

Acik percaya bahawa semua pemimpin mempunyai aspirasi yang sama. Semua mereka ingin membawa kejayaan kepada negara yang dipimpinnya. Cuma yang membezakan antara seorang pemimpin dengan yang lain ialah kaedah yang digunapakai bagi mencapai kejayaan tersebut.

Contohnya, pemimpin M percaya bahawa kaedah yang paling effektif bagi memajukan negara adalah melalui dasar “privatization” (pengswastaan). Sebaliknya pemimpin N pula percaya bahawa kaedah terbaik adalah yang sebaliknya iaitu “deprivation”.

Yang mana satu dari mereka berdua itu yang betul, kita belum tahu ketika hendak memilih pemimpin. Hasilnya hanya akan dapat dilihat setelah negara melalui tempoh yang agak lama di bawah pentadbiran masing-masing.
.

Yang sangat penting bagi seorang pempin ialah keikhlasannya melaksanakan usaha ke arah kebaikan. Selagi beliau menjadi pemimpin yang sah, maka beliau berhak untuk ditaati dan dipatuhi oleh setiap pengikutnya. Dalam konteks negara demokrasi seperti Malaysia, pengikutnya termasuklah ahli-ahli parti lawan. Mematuhi pemimpin adalah wajib di sisi agama Islam, selagi ia tak bercanggah dengan hukum Allah dan Rasul.

Dalam konteks negara demokrasi juga pemimpin M tidak wajar menuduh pemimpin N (yang sedang memerintah negara) sebagai pengkhianat semata-mata kerana dasar yang digunapakai oleh N tidak selari malah bercanggah dengan dasar yang dilerjuangkan M
.
Oleh sebab itu seandainya M berjaya mengalahkan N dalam PRU, lalu menjadi pemerintah, M tidak wajar melayan N seperti seorang penjenayah. Sekiranya N dituduh telah melakukan kesalahan yang bukan jenayah, maka N tidak wajar dipelakukan sebegitu rupa seolah-olah beliau tidak ada jasa langsung kepada negara.

Adalah tidak adil jika seseorang yang dituduh bersalah terus dihukum sebelum dibicarakan terlebih dahulu. Contohnya N telah dituduh melakukan rompakan. Lalu diviralkan bahawa adalah seorang perompak yang merbahaya. Sedangkan proses pembicaraan keatas N pun belum selesai, malah belum dimulakan lagi. Pendekata N belum lagi disabitkan dengan apa-apa kesalahan oleh pihak mahkamah.

Pada pendapat Acik adalah satu pencabulan terhadap sistem perundangan negara jika seorang yang belum disabitkan dengan kesalahan merompak, tetapi sudah dilabel sebagai perompak. Sepatutnya setiap rakyat menghormati sistem perundangan negara. Lebih-lebih lagi YB-YB yang bertanggungjawab menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Apa tah lagi bagi seorang PM.
.

Wallahualam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

.

Ke PenCERAHAan terbaru

http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2018-07-08.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: