Pendidikan: Agenda Nasional atau Parti ?
Dasar Pendidikan Negara tidak wajar dikorbankan atas kepentingan parti.
Dalam keghairan hendak menggantikah parti pemerintah, bermacam-macam janji telah ditaburi. Bila menang baru nak kaji samada janji yang telah dibuat dahulu realistik atau tidak. Kemudian rekalah berbagai-bagai alasan supaya rakyat rela memaafkan atas kegagalan menunaikan janji PRU dahulu.
Contohnya, dengan medakwa bahawa, “kami tak sangka akan menang. Jadi kami sanggup saja menabur segala janji. Kami tak sangka kerosakan yang telah ditinggalkan BN dahulu begitu teruk sekali. Akibatnya terlalu banyak masa dan sumber yang diperlukan bagi memperbaiki kerosakan. Maka kerajaan tak mampu lagi nak menunaikan janji-janji yang ditawarkan kepada rakyat menjelang PRU14 dahulu”.
Kalau yang menabur janji dahulu hanyalah sekadar pemimpin parti pembangkang biasa, Acik tak hairan sangat. Tetapi jika yang pernah menjadi menteri pun turut membuat janji yang tak realistik, apa pula manifestasinya. Hatta jika mereka pernah menjadi YB sekali pun, mereka tak patut menjanjikan sesuatu yang bercanggah dengan dasar kepentingan nasional. Yakni dasar-dasar yang sejajar dengan semangat perlembagaan negara.
Berikut adalah tulisan seorang cendikiawan Malaysia (Peguam Mardhiyyah Johari) yang Acik C & P untuk menjadi renungan kita bersama.
Selamat membaca dan berfikir :
2018 Julai 18 (Rabu)
Daripada FB Dr Ahmad Budiman Husain:
BELAJARLAH DRPD DAP
Sudah lama DAP sebut mahu TS Richard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara. Paling tidak, dari tahun lepas 2017 kita sudah membaca kenyataan DAP mahukan TS Richard sebagai CJ (Chief Justice).
Tapi kita biasalah, tak ada apa perlu dikisahkan. Bagi pejuang revolusi seperti kita, berani-berani bercakap tentang soal agama dan bangsa KITA adalah petanda jumud, sentimen dan perkauman. Tapi kalau menyentuh soal agama dan bangsa LAIN, maka itu soal keadilan dan kelayakan, tidak berbangkit soal sentimen, jumud dan perkauman. Ya, semestinya kita yang betul, takkan lah kita salah.
Jawatan CJ sepertimana AG tidaklah terlalu penting untuk dibesar-besarkan.
Tapi itulah beza kita dengan DAP. Apa yang tidak penting bagi kita, penting bagi DAP.
Sudah lama saya terbaca tentang roundtable discussion (perbincangan meja bulat) Ahli-Ahli Parlimen DAP tentang Ketua Hakim Negara.
Pada masa itu saya agak terkejut, wah DAP discuss dah pasal siapa nak jadi CJ? Kemain lagi. Saya tidak jumpa perbincangan yang serupa dari mana-mana parti politik yang lain.
Kenyataan bersama tentang isu ini dibuat hampir setahun yang lalu, 26 Julai 2017.
Yang berbincang nya DAP, yang lain sama ada tukang angguk – jawatan tetap/kontrak atau membantah.
Hari ini apa yang mereka bincang dan cadang, terlaksana.
DAP sudah lama bercakap tentang kuota non-bumi di matrikulasi dan IPTA. Pada hari ini selepas Menteri Pendidikan mengumumkan 1 ribu tambahan tempat untuk pelajar berbangsa cina di matrikulasi, mereka bangkitkan pula soal hapuskan kuota , laksanakan meritokrasi. Laju. Laju. (secara asasnya saya bersetuju pendidikan adalah hak semua bangsa, bukan hanya melayu atau cina).
DAP sudah lama bercakap tentang relevancy JAKIM. Sekarang kalau selama ni tak pernah orang bother pun, akhirnya JAKIM harus ditambahbaik untuk dikembali ke fungsi asal (sedap sangat ayat ni).
Hanya menyebut 3 contoh. Banyak sebenarnya soal polisi negara, jawatan, institusi negara yang DAP beri perhatian dan pandangan, dalam erti kata lain PENTING bagi DAP.
Kita? Kita pentingkan populis / individu dan apa yang sama waktu dengannya.
Dulu menderita, sekarang jadi Menteri. Kagum level gunung orang dapat jawatan Menteri.
Perbahasan kita tentang Menteri tu kutip sampah berlakon ke tidak. Wow Menteri solat kat surau, tak pernah lagi ada Menteri solat kat surau.
Menteri buat lawatan mengejut, wah terkejutnya, hebatnya. Menteri makan kat kedai mamak je, sempoi baq hang.
Apa-apa sahaja isu bersifat individu, adalah besar bagi kita.
Isu yang DAP bincang seperti jawatan, polisi, institusi dalam negara, tak penting pun bagi kita.Tak ada apa lah, kecoh je lebih. Sentimen. Jumud.
Jelas apa yang dianggap penting oleh DAP, akhirnya menjadi urusan negara, bukannya sekadar pandangan DAP semata-mata.
Untuk awak dan awak yang mahu menembak label paranoid pada sesiapa sahaja yang menyentuh DAP, contohilah DAP yang menganggap penting apa yang awak anggap tidak penting.
Belajarlah dari DAP.
Pandangan peribadi, Rakyat.
Penaip status.
Tulisan: Peguam Mardhiyyah Johari
.
Video Selingan ⬇️⬇️⬇️u
.
Lain-lain PenCERAHan yang relevan:
.
UEC: Pengiktirafan dan implikasinya
https://4uni2c.com/2018/07/10/uec-pengiktirafan-dan-implikasinya/
.
Ke PenCERAHan terakhir:
.