PRK PD: Jika DSAI kalah ?

DSAI mungkin akan jadi kupang tembaga jika sekiranya beliau kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson nanti.

.

2018 September 16

Ketika Saudara Anwar Ibrahim (kini DSAI) meninggalkan ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia) untuk bertanding kerusi Parlimen dalam PRU dahulu, PAS sedang meningkat popularitinya. Kawasan Parlimen Permatang Pauh merupakan kawasan kuat PAS. Ustaz Haji Zabidi adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika itu.

Saudara Anwar Ibrahim merupakan ancaman besar kepada UMNO ketika itu. Beliau merupakan seorang pemimpin pemuda yang sangat berkarisma lagi popular tetapi condong kepada PAS. Beberapa rakan seperjuangan dengan beliau dalam ABIM telahpun meninggalkan NGO itu untuk aktif dalam PAS. Antaranya ialah arwah Datok Ustaz Mohd Fadil Nor. Ustaz Fadil meninggal dunia ketika menyandang jawatan Presiden PAS.

UMNO amat bimbang jika sekiranya Saudara Anwar menyertai PAS. Bagi mengelakkan ini terjadi, maka Presiden UMNO ketika itu (Tun DM) menawarkan Saudara Anwar untuk bertanding sebagai wakil UMNO, di kerusi Parlimen Permatang Pauh. Tawaran tersebut disambar oleh Anwar walaupun ramai daripada rakan-rakannya dalam ABIM tidak merestui beliau menerima tawaran tersebut. Betapa lagi rakan-rakannya dalam PAS.

Bagi Acik, Anwar sebenarnya mengambil risko yang sangat tinggi untuk menerima tawaran UMNO tersebut. Sekiranya beliau kecundang dalam PRU ketika itu, beliau akan hilang nilai dirinya. Pertama kawan-kawannya dalam ABIM dan PAS tidak akan mengkagumi beliau lagi, malah menghormatinya pun tidak. Manakala di kalangan ahli-ahli UMNO pula beliau akan dilayan hanya seperti ahli biasa saja. Pendek kata, ketika itu beliau adalah umpama kupang tembaga sekiranya beliau gagal merebut kerusi Parlimen yang ditandinginya itu.

Namun bagi Saudara Anwar, menyertai UMNO adalah tindakan yang praktikal untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Majoriti rakan-rakan beliau dalam ABIM telah maklum akan cita-cita besar sahabat mereka yang bernama Anwar Ibrahim itu. Cita-cita itu tidak mungkin akan menjadi realiti jika tangga yang dipilih beliau untuk panjat ke tahta PM adalah tangga PAS.

Mujur nasib telah menyebelahi Saudara Anwar. Beliau menang besar bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Bermula dari situlah reputasinya mulai terserlah dalam arena politik negara hinggalah sampai menjadi TPM (Timbaglan Perdana Menteri).

Namun kata pujangga, Jika bukan rezeki, yang dah di dalam mulut pun jatuh kepada ayam. Yang secupak tak akan jadi segantang. Begitulah ibarat nasib Anwar ketika itu. Beliau berada hanya setapak saja lagi untuk sampai ke puncak kuasa. Tapi akibat tersalah langkah, maka beliau telah tergelicir lalu jatuh ke bawah.

Kini sekali lagi DSAI mengambil risiko yang tinggi iaitu untuk bertanding di PRK Port Dickson pula. Bagi Acik, sekiranya DSAI menang seperti dijangka dan diharapkan, maka bintang beliau akan terus terang benderang dan begemar lapan. Tapi apa kata jika sekiranya beliau kalah dalam PRK PD itu nanti ❓ Nauzubillah, maka akan terjadilah beliau seperti kupang tembaga. Maksud Acik ialah harga diri dan populariti beliau akan jatuh merudum. Statusnya sebagai Presiden PKR juga akan turut hancur.

Kejadian tersebut bukanlah mustahil boleh berlaku. Lebih-lebih lagi dengan tercetusnya pertikaian dari pelbagai pihak terhadap Port Dickson Move yang beliau asaskan itu. Semua rakyat tahu bahawa Port Dickson Move adalah move ketiga yang melibatkan individu yang sama iaitu DSAI sendiri. Mungkin rakyat rata-rata telah mula mempertikaikan kewajaran Port Dickson Move itu. Adakah faktor seorang individu yang bernama Anwar itu begitu “indispensable” sekali hinggakan ketiadan beliau dalam sistem politik negara akan menghancurkan ataupun melembabkan pembangunan dan kemajuan negara.

Sama-sama kita tunggu dan lihat keputusan PRK Port Dickson itu nanti. Itu semua bergantung kepada untung nasib DSAI sendiri. Kata peribahasa melayu untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Beliau telah bejaya dalam Permatang Pauh Move, tapi gagal dalam Kajang Move. Adakah PD Move akan sama hasilnya dengan Permatang Pauh Move atau Kajang Move, sama-samalah kita tunggu keputasan PRK PD nanti.

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

Berikut adalah satu artikel tentang sejarah politik DSAI yang Acik C & P dari salah satu dari kumpulan WA Acik (UM 7376).

Selamat mentela’ah !

ANWAR

Anwar buat headlines lagi. Kalau dalam sejarah politik Malaysia, pencapaian Anwar boleh salute.

Masa mula2 dia announce nak masuk Umno pada tahun 1981, dia dah buat orang terkejut. Abim sampai pecah dua, tiga, empat, lima. Ada yang terkedu tak tau nak sokong atau tak, ada yang nekad follow dia masuk Umno, ada yang marah2 masuk Pas, ada yang tunggu dulu, tengok kalau okay baru follow, ada yang menangis kerana merasakan dia dah ambil jalan yang salah.

Masuk saja dalam Umno, Dr. Mahathir tatang dia macam anak emas.

Dalam Umno, dia naik tangga demi tangga. Mula dengan jawatan kabinet sebagai Timbalan Menteri, kemudian dia lawan Ketua Pemuda Umno dan menang, dan selepas itu naik jadi Menteri Belia. Lepas itu bertukar potfolio Menteri beberapa kali sampai jadi Menteri Pendidikan dan akhirnya Menteri Kewangan.

Semasa Dr. Mahathir disibukkan bertarung dengan Tengku Razaleigh pada 1987, Anwar mengambil pendirian menyertai team Mahathir bersama Daim menubuhkan Umno Baru selepas Umno lama dikuburkan. Umno lama yang bertukar menjadi parti Tengku Razaleigh hanya mampu dilumpuhkan selepas PRU tahun 1995. Pada tahun 1996, parti Tengku dari Kelantan itu bubar dan ahli2nya masuk Umno Baru.

Dalam Umno, antara headline terbesar pernah Anwar buat ialah melawan Ghafar Baba untuk dapatkan jawatan Timbalan Presiden. Sebagai Menteri Kewangan pada masa itu dia punyai banyak akses untuk menarik orang memihak kepadanya dalam battle of the giants itu.

Tapi langkahnya mahu dapatkan jawatan Timbalan dengan melawan Ghafar itu bakal membawanya ke pertempuran yang jauh lebih besar.

Selepas menang mengalahkan Ghafar, cuma satu lagi anak tangga untuk menuju jawatan PM. Iaitu Presiden Umno mentor dia sendiri Dr. M. Level pertempuran berikutnya menjadi clash of the titans.

Sebaik sahaja Tengku Razaleigh insaf dan masuk Umno Baru, Mahathir berdepan pula dengan Anwar yang berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden Umno dari Ghafar pada 1993. Melawan Ghafar dengan mengetepikan nasihat Mahathir supaya jangan lawan Ghafar adalah ibarat menjolok sarang tabuan.

Bila saja Anwar nyatakan niat mahu lawan Presiden pada 1997, segalanya terburai. Dia buat keputusan untuk lawan big boss.

Melawan Dr. M bukan sahaja bermaksud lawan boss seorang, tapi lawan semua tekong-tekong lain di sekeliling boss. Rafidah pun sinsing lengan, Megat Junid buka silat, Aziz Shamsudin masuk gelanggang.

Tapi Anwar & team pula terlalu kuat. Kalau Ghafar pun boleh kalah, boss pun boleh juga kalah. Tiada cara lain mengalahkan Anwar kecuali memecat dia dengan sebab2 yang memalukan.

2 September 1988, Anwar dipecat. Maka bermulalah gerakan Reformasi.

Dari September 1988 itu hingga September 2018, dua puluh tahun telah berlalu dan macam2 episod politik telah terjadi. Dalam tempoh itu Anwar sudah dua kali dipenjarakan bagi mengelak dia dari menjadi PM. Pertama oleh PM Dr. Mahathir, dan yang kedua oleh PM Najib Razak. Dan kedua2 cara dia dipenjarakan dengan metod2 yang berliku2 dan penuh kontroversi.

Hari Rabu 12 September 2018, Anwar buat satu lagi kejutan dalam rentetan politik Malaysia. Dia isytihar bertanding kerusi parlimen Port Dickson setelah dikosongkan penyandangnya YB Danial. Sekali lagi, dalam rangka questnya untuk merebut jawatan nombor satu di Malaysia. Jawatan PM.

Namun senario kali ini agak berbeza.

Pertama, kerajaan BN yang selama ini menghalang hasratnya itu telah ditumbangkan melalui pilihanraya umum ketika dia berada di penjara.

Kedua, perjanjian telah dimeterai sebelum PRU lagi bahawa Anwar akan dinobatkan PM menggantikan Mahathir.

Ketiga, PKR miliki kerusi Parlimen terbanyak dalam gabungan kerajaan Pakatan Harapan.

Keempat, dia telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR selepas diberi laluan mudah oleh Presiden sebelumnya yang juga adalah isterinya.

Kelima, dalam era Malaysia baru di mana race based politics telah diletakkan dalam kandang orang bersalah, Anwar mahu mempopularkan popularity based politics. Politik berasaskan popularity adalah game Anwar.

Cuma, persoalannya adakah Anwar masih popular?

Selepas menghabiskan masa yang agak lama di dalam penjara, adakah nama Anwar masih berbisa untuk bertarung dalam politik?

Bolehkah Anwar jadi seperti Nelson Mandela yang keluar penjara terus jadi Presiden republik?

Dan, mengapa kerusi Port Dickson menjadi pilihan? Setelah berteka-teka untuk bertanding di Kedah atau Selangor, mengapa tiba2 Negeri Sembilan yang terpilih ? Sengaja nak bagi kejutan kah?

Adakah Anwar sengaja mahu menguji popularitinya dengan memilih kerusi yang race based politicsnya seimbang ? Port Dickson dilatari race base politics dalam kiraan 40-30-20 antara Melayu-Cina-India.

Tak dapat dinafikan, walaupun race based politics telah dikambing-hitamkan, namun sisa-sisanya masih melekat kuat di fikiran pengundi-pengundi Melayu. Agaknya itu sebab pilihan tidak jatuh ke Kedah. Selepas menilai PRK Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia, ternyata race & religion based politics masih berbisa. Ia masih mampu mengaut undi.

Maka keputusan Anwar memilih Port Dickson adalah keputusan berasaskan race based politics yang akan digunakan untuk melancarkan politik era baru. Popular politics.

Mari kita tengok siapa yang kena.

Sabtu, 15 September 2018.
9.36 pagi.

.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

.

People are not vehicles

https://daulat4rakyat.wordpress.com/2018/09/13/people-are-not-vehicles/

.

Jangan suburkan nepotisma

https://4uni2c.com/2015/04/27/politik-15428-jangan-suburkan-nepotisma/

.

Lain ulu lain parang (bersabitan Kajang Move)

https://4uni2c.com/?s=Lain+ulu+lain+&submit=Search

.⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

PenCERAHan terakhir. ⬇️⬇️⬇️

http://www.4uni2c.com

.

Jika nak tabur jasa kepada nusa dan bangsa mesti jadi PM dulukah ❓

.

~ by OPajar on 2018-09-16.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: