PRK PD: Implikasi jika DSAI menang.

Kelayakan DSAI bertanding, satu kontroversi

.

2018 Oktober 04

Ramai rakyat yang peduli politik melihat tindakan DSAI melakukan PD move sebagai tindakan gelojoh atau tidak sabar. Tindakan yang tidak sabar atau terburu-buru bukanlah suatu yang bijak. Peribahasa Inggeris ada menyebut, “more haste, less speed”. Maksudnya, tindakan yang terburu-buru atau tergesa-gesa boleh menyebabkan kelajuan kearah mencapai sesuatu hasrat menjadi perlahan.

Walau pun begitu, ramai penyokong tegar PKR tetap mendakwa bahawa semua move-move tersebut adalah sangat berbaloi. Malah tidak kurang pula yang merasakan bahawa ianya satu keperluan demi menyelamatkan negara dari BN. Benarkah dakwaan demikian ?
.
Ketika negara di dalam pemerintahan BN dahulu, Acik pun turut rasa Permatang Pauh Move itu satu keperluan. Tapi bila berlaku pula Kajang Move, Acik mulai pertikaikan motifnya. Apakah Selangor perlu diselamatkan ? Jika ya, dari siapa ia perlu diselamatkan dengan begitu tergesa-gesa sekali ?

Bagi Acik, Kajang Move telah membuka mata hati ramai rakyat tentang objektif sebenar DSAI iaitu mahu memerintah Selangor. Sedangkan rakyat Selangor rata-rata tiada bermasalah dengan MB mereka ketika itu. Malah sebagai seorang bekas CEO sebuah GLG gergasi MB tersebut memilik idea-idea yang bernas bagi memajukan negeri Selangor. Jadi adakah wajar pemimpin tersebut disingkirkan jika semata-mata kerana hendak memboleh DSAI menjadi MB ?
.
DSAI adalah anak kelahiran Pulau Pinang. Acik juga anak kelahiran Pulau Pinang. Namun fikiran kami tak semestinya sama. Tapi, kalau sekiranya seorang bukan anak kelahiran Selangor, tiba-tiba ingin merebut jawatan MB Selangor, ia agak janggal dan biadap pada pandangan Acik. Apa lagi jika yang sedang menyandang jawatan MB itu adalah anak jati negeri itu sendiri.
.

Bagi negeri yang tidak beraja Acik masih boleh kata OK lagi sekiranya Ketua Menterinya bukan dari anak jati negeri tersebut. Contohnya bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka. Tapi bagi negeri yang Sultannya masih berdaulat, biarlah baginda didampingi oleh rakyatnya sendiri sebagai MB baginda.
.
Masihkah kita ingat akan kerenah perlantikan MB Selangor dahulu selepas Kajang Move ? Sultan Selangor seolah-olah cuba dipaksa supaya menerima individu yang dicadangkan oleh pemimpin-pemimpin parti politik untuk menjadi MB baginda. Sedangkan baginda kurang berkenan terhadap cadangan itu atas sebab-sebab yang rasional baginya.

Mungkin kerana kurang serasi dengan protokol atau adat istiadat pentadbiran bagi negeri baginda. Ataupun atas sebab-sebab lain yang munasabah. Bukankah tindakan tersebut macam suatu tindakan yang agak biadap terhadap institusi istana amnya dan terhadap diri pribadi baginda khususnya ? Entahlah jika majoriti rakyat baginda tidak mampu melihat apa yang tersirat dalam isu perlantikan MB itu dulu, sepertimana yang Acik lihat dengan matahati Acik.

Ketika itulah Acik dapat melihat kelebihan PAS berbanding dengsn parti-parti lain. Pemimpin-pemimpin PAS dengan tegas tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas prinsip yang diperjuanginya sejak dahulu. Pendirian PAS tidak goyah walaupun dituduh mengkhiati perjuangan bersama gabungan parti-parti pembangkang ketika itu. Dengan kata lain PAS lebih jujur dan pandai menghargai dan menghormati institusi istana, sejajar dengan aspirasi perlembagaan negara.

Atas dasar tersebut maka dengan rasa penuh tanggungjawab lagi ikhlas sukalah Acik menyeru dan merayu pengundi-pengundi PD supaya memilih calon PAS sebagai AP mereka pada PRK PD 13 Oktober nanti. Kemenangan pembangkang dalam PRK PD ini sebenarnya bukan saja kejayaan orang PD sahaja, malah ia satu kejayaan rakyat seluruh Malaysia. Mudah-mudahan ia akan meyakinkan lagi pemimpin-pemimpin PH di Puterajaya sekarang bahawa kuasa memerintah masih lagi di dalam genggaman rakyat jelata.

Kalau kita rakyat jelata bisa mampu menjatuhkan seorang PM, mustahil kita tak bisa mampu menafikan mantan TPM yang penuh dengan kontroversi itu daripada kembali berkuasa semula.

Wallahualam

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan

.
People are not vehicles ⬇️

https://daulat4rakyat.wordpress.com/2018/09/13/people-are-not-vehicles/

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

PenCERAHan terbaru ⬇️⬇️⬇️

http://www.4uni2c.com

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Komen Sdr Ezam Mohd Nor terhadap PRK PD ⬇️

.

Advertisements

~ by OPajar on 2018/10/04.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: