YB hendaklah penyabar
Ini standard seorang YB kah ?
.
2018 Oktober 10
.🇲🇾 Klip video di atas Acik terima dari seorang kawan. Beliau seorang bekas guru sekolah kerajaan yang telah bersara wajib. Maka sudah tentulah statusnya warga emas macam Acik juga.
Sebagai warga emas, tentulah kami turut rasa tidak senang bila melihat warga emas lain dilayan tidak selayak seorang warga emas. Walaupun beliau mungkin telah melakukan sesuatu kesalahan, namun layakkah jika beliau diperlakukan seperti seorang anak remaja belasan tahun.
Malah remaja belasan tahun sekali pun tidak wajar ditengking begitu rupa. Lebih-lebih lagi jika tiada bukti yang sahih bahawa kesalahan yang dilakukannya itu adalah dengan sengaja atau bermotif jahat. Jika belum ada bukti yang sahih, maka lebih baiklah beliau diberi “a benefit of doubt” dan dimaafkan saja.
Acik dah berjumpa ramai YB. Malah ramai juga individu-individu yang kenali dengan Acik secara peribadi pernah dan sedang bergelar YB.
Masa Acik masih belajar di sekolah rendah dulu, salah seorang dari guru Acik (Cikgu Yusof Salleh) telah menjadi YB. Malah beliau juga seorang ahli exco negeri Pulau Pinang. Selain beliau ramai lagi YB yang Acik kenal atau pernah berurusan dengan mereka. Tapi tak payah kot Acik sebutkan nama mereka sorang sorang di sini.
Apa yang nak Acik tegaskan di sini ialah, tak ada seorang pun YB tersebut yang pernah mencetuskan kemarahan Acik terhadap mereka. Dengan perkataan lain, semua YB-YB yang Acik jumpai belum ada yang layak dilabel sebagai kurang ajar atau biadap.
.
Oleh itu Acik amat terkejut bila melihat tingkah laku YB yang dirakamkan ke dalam klip video di atas. Tak terbayang di minda Acik tentang senario dalam dewan sekiranya tiap-tiap dewan mempunyai koleksi YB-YB seperti beliau. Rasanya bukan setakat kursi saja terbang, malah sesama mereka pun akan ada yang turut terbang. Aduh …..
Biarkanlah !. Kita tunggulah saja apa tindakan yang akan diambil oleh pihak tertentu, samada yang dalam parti atau yang dalam dewan. Namun kalau sekiranya takde apa-apa berlaku, janganlah pula kehairanan ya. Anggapkan segala-galanya boleh saja berlaku sejajar dengan slogan Malaysia Boleh yang kita telah terimapakai sejak sekian lama.
Apa pun, Acik harap tidak pihak yang akan over react dalam isu ini. Samada YB maupun bukan YB. Barang yang lepas jangan dikenang.
Jika kita memijak tahi anjing, samak sajalah. Tak kiralah memijaknya dengan sengaja ataupun terpijak. Status kotornya sama saja, sengaja atau pun ter. Tak guna dok cuba menafikan hakikat berlakunya peristiwa itu atas alasan tak disengajakan.
.
Satu perkara yang Acik hairan ialah tentang amalan penutupan jalan. Nampaknya macam dah jadi satu amalan universial pula di seluruh negara. Contohnya, sebab nak elak dari kemungkinan akan berlaku kemalangan di simpang jalan itu, maka jalan itu pun ditutup. Tapi tanpa mendapat keredhaan semua pihak yang berhak menggunakan jalan tersebut 24 jam, mengikut undang sedia ada.
Bila mereka yang ada legitimate right untuk menggunakan jalan tersebut menzahirkan kemarahan, maka tercetuslah bibit bibit pergaduhan sesama penduduk di taman kediaman yang berkenaan. Mereka marah bukan sebab suka marah. Tapi sebab hak mereka dirampas, Macam rakyat marah kepada mantan PM ke-6 dululah. Sebab kononnya harta mereka dirampas beliau.
Acik agak apa yang berlaku dalam klip video di atas adalah akibat ada pihak yang tak redha hak mereka untuk menikmati munafaat dari jalan berkenaan dirampas. Seorang biasa jika protest terhadap YB mesti ada justifikasinya.
Bila berlakunya protes dari orang biasa, maka di ketika itulah dapat kita kita nilai keberkesanan YB yang kita pilih. Adakah beliau adil kepada semua pihak, atau berpihak kepada golongan kaya, atau berpihak kepada golongan yang miskin.
B e r s a m b u n g …… …. .. .!
.