Politik: Janji dicapati

Mustahilkah Stesyen Terbang ini menjadi pengganti kepada ECRL dan Kereta Nasional ke3 bila DSAI jadi PM nanti ?

2018 Oktober 14

Janji diCAPATI adalah satu perumpamaan baru. DiCAPATI membawa maksud dilayan seperti CAPATI. Sama macam perkataan diLEMBUi. DiLEMBUi bermakna dilayan sama sepeti melayani binatang bodoh yang bernama lembu.

Capati adalah sejenis makanan seperti roti canai yang tidak asing bagi kita semua itu. Cuma ia tidak ditebar seperti membuat roti canai. Ia juga tidak digoreng dengan menggunakan minyak seperti menggoreng roti canai. Dia hanya dibakar. Oleh itu orang-orang yang “allergic” (alahan) kepada kolestrol eloklah makan roti capati berbanding dengan roti canai.

Apa jadi bila capati dimakan ? Biasanya apabila si pemakan capati habis memakan capati, beliau akan meninggalkan gerai makan berkenaan untuk menyambungkan aktiviti hariannya yang seterusnya. Wajah capati yang baru dimakannya dah tak ada lagi dalam ingatannya.

Pada hal semasa berhadapan dengan capati tadi, seleranya begitu besar sekali. Begitulah nasib engkau capati. Lepas engkau dimakan belum pun engkau jadi tahi, pemakan engkau itu dah lupakan kau. Kesian kepada engkau capati.

Bila sesuatu janji itu dibuat, maka nasib janji itu ada dua kemungkinan. Pertama janji itu di TEPATI. Kalau tidak, maka diCAPATIlah jawabnya, iaitu dilupai macam capati tadi dilupai.

Janji PH dalam manifestonya bagi PRU14 dulu adalah umpama janji dicapati. Tapi bukanlah semua janjinya dicapati. Yang termasuk dalam kategori janji dicapati adalah janji nak turunkan harga minyak, janji berhubung dengan terma PTPTN, janji nak hapuskan tol, janji nak naikkan gaji penjawat awam, janji nak menambahbaikkan lagi BR1M dan beberapa lagi janji-janji lain.

Malah bukan sekadar janji PH dicapati, bahkan apa yang dah ada dalam mulut pun diluah keluar. Contohnya projek-projek pengangkutan awam seperti projek ECRL, projek MRT3, pemberian BR1M, bantuan bulanan kepada nelayan dan lain-lain lagi.
.
Alasan utama yang dikemukakan PH kepada rakyat sebagai justifikasi kepada janji dicapati ialah, pertama kerana “sakit” yang diwarithi dari kerajaan BN adalah terlalu teruk. Akibatnya kos bagi mengobatinya pun sudah terlalu mahal, maka mana mungkin kerajaan masih mampu lagi nak menunaikan janji-janji PRU14 nya itu.

Kedua kerana PH tak sangka mampu menang PRU14 dahulu. Kerana percaya tak akan menang itulah maka PH tak teragak-agak untuk menabur janji. Nak takut apa jika dah tahu bahawa janji-janji tersebut tak perlu ditunaikan. Dengan lain perkataan, kalau tak bisa menang apa perlunya takut menabur janji.

Ketiga kerana mamifesto PRU bukanlah kitab suci. Kalau ia kitab suci seperti al Quran, maka wajiblah dipatuhi segala apa yang terkandung di dalamnya. Jika rakyat sendiri yang membuat tanggapan bahawa manifesto PRU14 itu kitab suci, maka itu bukan salah PH. Sebaliknya itu adalah salah rakyat sendiri akibat kebodohan diri.

Kemenangan DSAI dalam PRK PD semalam diharap akan membawa segala kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara. Kemenangan tersebut adalah manifestasi bahawa DSAI adalah seorang yang sangat dipercayai oleh majoriti rakyat. Atas kepercayaan itulah maka rakyat tak sabar-sabar lagi nak melihat beliau menjadi PM ASAP (as soon as possible).
.
Namun bagi Acik, biarlah Tun DM terus menyandang jawatan PM itu buat seketika lagi. Lainlah jika satu perubahan yang drastik perlu dilakukan segera, tapi Tun DM tak mahu beri persetujuan malah menentang. Contohnya, andai kata semua menteri-menteri bersetuju supaya projek ECRL diteruskan manakala projek kereta nasional ke3 dibatalkan, tapi Tun DM masih kukuh mempertahankan keputusan solonya itu. Maka ketika ini barulah Acik sokong sepenuh hati supaya PM sekarang digantikan dengan DSAI.
.
Lebih lebih lagi jika sekiranya semua jemaah menteri bersetuju supaya projek Kereta Nasional Ke3 dibatalkan sebab nak melaksanakan projek stesyen terbang (seperti dalam klip video di atas), tapi Tun DM dengan keras dan tegas berkata, “langkah mayat saya dulu sebelum membatalkan projek kereta nasional ke3 saya tu !“. Ketika itu memang sangat wajarlah DSAI melangkah naik ke tahta PM menggantikan Tun DM.

Baru-baru ini terbaca pula berita bahawa Tun DM nak buat juga jambatan bengkok antara Johor dan Singapura. Sedangkan PM ke-5 dahulu dah batalkan projek tersebut. Dan PM ke-6 pun turut lega dengan pembatalan sebut. Malah ganti rugi pun telah dibayar kepada Singapura atas pembatalan tersebut.

Bagi Acik daripada nak bina jambatan bengkok dan melaksanakan projek Kereta Nasional 3, 10 kali lebih baik meneruskan projek HSR, ECRL dan MRT3. Entahlah, kot-kot DSAI ada pandangan yang lebih baik dari Acik untuk seluruh rakyat Malaysia Baru.

Yang maha-pelik bagi Acik, tak nak menyiapkan projek-projek yang sedang berjalan ialah kerana takutkan negara akan bankrap. Tapi bila nak laksanakan projek Kereta Nasional ke-3 dan menghidupkan semula projek jambatan bengkok yang telah dibatalkan itu tak timbul pula isu negara akan bankrap. Ini mencetuskan tanda tanya raksaksa dalam minda Acik, apakah PM ke-7 ni masih sama dengan PM ke-4 dulu ? Kalau PM ke-4 dulu (mengikut persepsi Acik) suka membuat keputusan solo, yang ke-7 ni pun nampaknya macam tu juga …..

Wallahualam 🌱

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan ⬇️

.
PRU Antara janji dan realiti

https://4uni2c.com/?s=PRU14+antara+janji+dan+realiti&submit=Search

PRU14 Janji ditepati

https://4uni2c.com/?s=PRU+Janji+ditepati&submit=Search

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

PenCERAHan terakhir ➡️ http://www.4uni2c.com

.

.https://4uni2cdotcom1.files.wordpress.com/2018/10/screenshot_20181017-050857.png

.

Advertisement

~ by OPajar on 2018-10-14.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: