Teksi: kenapa “biadap” kpd Tun DM ?
Rupa-rupanya Tun DM pernah berjanji
2018 Oktober 22
Sejak semalam Acik tertanya-tanya, apa punca sebenarnya yang membuat pemandu-pemsndu teksi di Langkawi marah sangat kepada YAB Tun DM. Khabarnya, puncak kemarahan tersebut telah mengakibatkan tercetusnya tingkah-tingkah laku yang dianggap biadap oleh pemuja-pemuja Tun DM. Bila terjumpa berita dalam sebuah portal (di atas) barulah terjawap soalan Acik itu.
Nasib pemandu teksi sebenarnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan. Itulah persepsi yang ada dengan Acik sejak sekian lama. Persepsi ini telah terbentuk dalam minda Acik hasil dari temubual Acik dengan pemandu-pemandu teksi setiap kali Acik menumpang teksi mereka.
Kebanyakan pemandu-pemandu teksi sering bersungut terhadap sistem kapitalis yang memeras mereka. Namun, demi mencari rezeki yang halal, mahu tidak mahu terpaksalah juga mereka akur (konform) kepada kehendak sistem tersebut. Maklumlah, rata-rata mereka adalah terdiri dari rakyat biasa yang tidak berlatar belakangkan pendidikan tinggi, jauh sekali professional dalam apa-apa juga bidang lain. Maka itu sajalah perkerjaan yang mampu dijadikan sebàgai sumber rezeki mereka.
Arwah Pak Ngah Acik adalah seorang pemandu teksi tegar. Sejak Acik kenal beliau, itulah saja kerjanya. Teksi (dan permitnya) yang dipandu itu adalah milik orang lain. Beliau sendiri ada juga memohon untuk mendapat permit teksi. Tapi hajat beliau tak kesampaian hinggalah beliau meninggal dunia.
Masa itu kereta yang dijadikan teksi adalah kereta yang berjenama hebat. Biasanya Mercedeslah. Oleh sebab kereta yang dijadikan teksi adalah kereta hebat, maka penumpang yang menaiki teksi dapatlah merasai sedikit kelainan. Tapi bila Proton Saga mula dijadikan teksi, maka teksi bukanlah lagi istimewa untuk penumpang. Itulah agaknya sumbangan penting Tun DM (pencipta Proton) kepada perkhidmatan teksi di Malaysia.
.
Agaknya peraturan berkaitan perkhidmatan teksi juga telah dipinda supaya kereta kecil seperti Proton Saga juga layak dijadikan teksi. Kemudiannya, permit teksi diberi kepada syarikat-syarikat. Sebelum itu, permit teksi dianugerahkan kepada individu yang menjadikan teksi sebagai sumber rezeki harian.
.
Syarikat-syarikat yang mendapat permit teksi adalah syarikat-syarikst milik individu atau milik mèreka yang mempunyai pengaruh dalam parti pemerintah. Pemandu teksi terpaksa menyewa permit teksi dari syarikat-syarikat berkenaan. Khabarnya sewa permit adalah sehingga Rm55 sehari. Jika pemandu sakit dan tidak larat memandu pun, sewa permit pada hari tersebut tetap juga kena dibayar.
Maka yang mengaut keuntungan besar adalah pemilik syarikat teksi yang menyewakan permit teksi mereka. Manakala nasib pemandu teksi tetap tidak berubah malah semakin teruk. Bila generasi Acik tiada lagi yang memandu teksi, maka generasi baru pula yang menjadi mengganti mereka. Pemandu-pemandu teksi yang baru ini, hanya akur (conform) pada peraturan baru yang sedia ada. Bagi mereka, daripada tiada ada kerja langsung, maka adalah lebih baik menjadi pemandu teksi.
Seorang rakan Acik juga pernah menjadi pemandu teksi selepas berhenti dari bekerja dengan sebuah GLC sebagai seorang jurutera. Acik sarankan supaya beliau menulis sebuah novel bertajuk “aku seorang pemandu teksi”, yang menceritakan pengalaman sebenar beliau sebagai seorang pemandu teksi. Malangnya, sebab tak cukup sabar maka beliau tidak kekal lama sebagai pemandu teksi. Saranan Acik itu pun tinggal sebagai kenangan saja. Nasib pemandu teksi terus tiada pembelaan.
.
Kehadiran Uber dan Grab menambahkan kesusahan kepada pemandu teksi untuk mendapat penumpang. Sebelum wujudnya Uber dan Grab penumpanglah yang kena berusaha 100% bagi mendapatkan perkhidmatan teksi. Tambang teksi juga semakin meningkat. Kadang-kadang perkhidmatan teksi langsung tidak dapat diperolehi ketika ia sangat diperlukan. Bukan sebab tiada teksi tapi kerana tiada pemandu yang sanggup pergi ke destinasi yang penumpang mahu pergi.
.
Akibat dari masalah mendapatkan perkhidmatan teksi maka perkhidmatan teksi E-hailing (panggilan melalui talian) seperti Uber dan Grab menjadi alternatif kepada teksi konvensional. Malah perkhidmatan teksi E-hailing kini terbukti jauh lebih baik bagi penumpang.
Oleh sebab majoriti besar penumpang merasai perkhidmatan teksi E-hailing lebih efisyen dan lebih murah tambangnya dari teksi biasa, maka berbondong bondong mereka berhijrah dari teksi biasa ke teksi E-hailing. Penghijrahan tersebut sudah tentu sangat menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu teksi biasa. Jadi apabila ada pihak yang berjanji nak tolong nyahkan teksi E-hailing maka sudah tentu mereka akan memberi sokong kepada pihak yang berjanji itu.
Tup tup janji diCAPATI. Tak rasa tertipukah mereka. Tak rasa marahkah mereka bila dirinya ditipu. Lebih-lebih lagi jika si penipu itu seorang yang sangat dihormati dan dipercayai. Yang tak marah kepada penipu hanyalah orang yang darahnya adalah darah penipu.
Wallahua’lam
Lain-lain PenCERAHan yg relevan:
.
.
.