Isu Kuil Sri Maha : komen dari UK
Komen di bawah adalah C & P dari FB seorang warga Msia yang kini telah berhijrah ke UK.
.
2018 Dis 20
Jadi kalau Moorthy letak jawatan, boleh bagi keadilan kepada arwah Adib? Jangan salah faham, saya juga suka kalau dia letak jawatan dan dia memang tak sepatutnya jadi menteri.
Namun, bagaimana dengan orang yang mengupah samseng untuk buat kacau di kuil demi menonjol dan mencetuskan perbalahan antara kaum? Bukan kah barua ini yang lebih bertanggung jawab dalam menyebabkan orang India marah dan keluar kejalan dan ada yang merusuh?
Bagaimana pula perdana menteri yang melantik menteri tersebut? Apa tujuan dia lantik fanatik seperti Moorthy untuk jaga perpaduan?
Bagaimana pula dengan cara Polis mengendalikan keseluruhan kes dari mula sampai hari ini?
Banyak soalan mesti ditanya kerana banyak perkara yang tidak diberikan penjelasan sepatutnya.
Yang paling menjijikkan adalah apabila ada orang yang menggunakan kematian anggota bomba ini demi memuaskan agenda perkauman mereka.
.