PRK CH : Seruan kpd Orang Asli

2019 Jan 17

Aksi kanak-kanak dalam klip video berikut wajar dijadikan iktibar oleh pengundi-pengundi PRK Cameron Highlands ⬇⬇⬇⬇⬇⬇

.🇲🇾 Acik amat kagum terhadap kebijaksanaan kanak-kanak di dalam klip video di atas. Acik rasa ianya boleh dijadikan iktibar kepada pengundi-pengundi Cameron Highlands yang akan menghadapi PRK tak berapa hari lagi itu.

Kalau kanak-kanak sekecil itu pun begitu berhati-hati sekali bila berhadapan dengan risko, maka penduduk Cameron Highlands haruslah lebih berhati-hati lagi dalam memilih MP mereka. Ini kerana risko memilih salah MP adalah agak serius. Beberapa implikasi negatif lagi penting boleh timbul akibat tersalah memilih MP nanti.

Apakah yang Acik maksudkan tersalah memilih MP dan kepada siapakah Acik tujukan peringatan ini ?

Kesalahan yang Acik maksudkan ialah, memilih calon PH sebagai MP mereka. Atau dengan kata lain tidak memilih Sdr Ramli Md Nor sebagai MP Cameron Highlands. Dan seruan ini Acik tujukan khusus kepada pengundi-pengundi Orang Asli yang merupakan 21.6% dari jumlah pengundi.

Bagi selain dari Orang Asli, Acik agak optimis bahawa majoriti besar mereka akan tetap bersama BN seperti dalam PRU14 dahulu. Malah dengan prestasi negatif yang ditunjukkan oleh kerajaan PH sejak menang PRU14 dahulu, Acik percaya bahawa ramai dari mereka yang mengundi PH dalam PRU14 dahulu akan kembali mengundi BN dalam PRK nanti.

Acik pernah tinggal di Cameron Highlands selama beberapa tahun. Acik juga pernah tinggal di kuater sekolah anak-anak orang Asli yang kira-kira 15 kilo meter saja dari Cameron Highlands. Berasaskan pengalaman tersebut maka dapatlah Acik memberi sedikit sebanyak pendapat tentang keperluan memilih Sdr Ramli sebagai MP.
.

Selama menemani isteri Acik ketika beliau menjadi guru di sekolah (asli) Pos Brook dahulu, Acik sering tertanya-tanya di dalam hati beberapa soalan tentang nasib Orang Asli. Salah satu daripadanya ialah, tak adakah Orang Asli yang menyandang jawatan penting dalam kerajaan. Jadi bila Saudara Ramli ditonjolkan sebagai calon BN bagi MP Cameron Highlands, maka tentulah Acik merasa amat “excited”.

Acik percaya bahawa jika Saudara Ramli ditakdirkan menang kerusi MP tersebut, maka banyaklah beliau boleh lakukan demi meningkatkan kebajikan Orang Asli. Terutama bagi masyarakat Orang Asli yang tinggal di dalam kawasan parlimen Cameron Highlands itu sendiri.
.

.

Bersambung …. … .

Advertisements

~ by OPajar on 2019/01/17.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: