Perpaduan: bukan ajenda parti
2019 Jan 22
Bagi Acik, perpaduan adalah aspirasi nasional. Oleh itu ia tidak boleh disamakan dengan ajenda mana-mana parti politik. Dengan kata lain, jika sesebuah parti itu merasa ia tidak penting maka isu tersebut boleh saja diketepikan. Iaitu menggunakan kaedah pecah dan perintah supaya kuasa pemerentahan dapat dikekalkan di tangannya.
Perpaduan hanya akan dapat direalisasi sekiranya sistem pendidikan kita adalah mesra perlembagaan. Dengan kata lain ia menjurus ke arah mencapai aspirasi perlembagaan tersebut.
Tetapi malangnya, akibat meletakkan kepentingan politik kepartian mengatasi segala-galanya maka sehingga kini pun isu perpaduan masih belum beres.
Kalau dahulu kerajaan BN/UMNO boleh kita persalahkan, maka di bawah kerajaan PH/DAP sekarang siapa pula yang harus dipersalahkan ?
.
.
.Adakah kerana mereka ini berani membuat perbandingan antara peruntukan yang disediakan oleh kerajaan PH/DAP kepada sekolah-sekolah swasta Cina dengan peruntukan yang disediakan untuk sekolah-sekolah Tahfiz, maka mereka (dalam video) ini layak dilabelkan racist ?
.