Menanti realiti
.
2019 Mac 01
.🇲🇾 Menanti realiti
Baru beberapa hari yang lepas saja, Acik berbual dengan Tok Siak masjid BLT (Bagan Lebai Tahir) itu, tapi kini beliau sudah tiada lagi. Semalam (2019 Feb 28) Acik turut sama menyembahyangi jenazah Tok Siak itu, dan kemudiannya turut sama menghantarnya ke liang lahad. Semoga alam barzah bagi Tok Siak itu, jauh lebih bahagia dari alam dunianya yang fana ini, InsyaAllah.
Kebetulan, pada pagi ini (2019 Mac 01) pula Acik menerima sebuah klip video yang sangat relevan dengan bab kematian. Video klip itu datangnya dari kumpulan WhatsApp Acik yang bernama UM 7376. Kandungan video ini sangat baik sekurang-kurangnya buat diri Acik sendiri. Kerana, ia mampu menyegarkan kembali kesedaran Acik tentang suatu realiti yang maha penting dalam hidup kita semua.
Realiti yang Acik maksudkan itu ialah mati. Tidak siapa pun yang mampu menafikan realiti ini. Cuma tahab penerimaan masing-masing terhadap realiti ini saja yang berbeza antara satu dengan yang lain.
Jom sama-sama kita hanyati dahulu kandungan klip video berikut kemudian baru kita teruskan lagi pebincangan kita berhubung dengan realiti mati.
.
.
.