Nasib Melayu PP beginikah ?
2019 Mac 11
Acik telah berada di negeri sendiri sejak Feb20 lepas. Rasanya, tinggal di negeri tempat tumpah darahku ini memanglah sangat seronok. Kalau boleh nak pulang segera untuk terus bermustautin di Pulau Pinang (PP) ini. Ia ibarat ikan pulang ke lubuk.
Namun, video berikut amat menguris hati Acik sebagai seorang anak PP. Sekiranya yang menjadi mangsa kerajaan PH itu orang bukan Melayu pun Acik sudah merasa sedih, apa lagi jika mereka itu adalah anak bangsa Acik sendiri. Rasa amat tercemarnya maruah Acik sebagai anak Melayu PP jika beginilah keadaan mereka. Tak kiralah siapa yang memerintah PP.
.
.
Kalau di dalam sebuah keluarga, ahli-ahlinya tidak dijaga dengan baik, maka kepala keluarga tersebut akan dikira gagal menunaikan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, anak sulung dalam keluarga tersebut kaya raya. Sedangkan anak bongsu pula merempat sebagai gelandangan. Maka ayah atau bapa bagi keluarga tersebut adalah dikira telah gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai kepala keluarga
Negara adalah umpama sebuah keluarga yang besar. Rakyat adalah sebagai ahli-ahli keluarga. Manakala pemerintah adalah kepala-keluarga bagi keluarga yang besar itu.
Jika di kalangan rakyat terdapat segolongan yang hidup dalam serba kemiskinan, tetapi dalam masa yang sama golongan yang lain pula hidup dengan serba kemewahan, maka itu adalah ciri-ciri negara yang gagal.
Siapa yang tak tahu bahawa keluarga PM sekarang adalah tersangat kaya. Setiap orang anak beliau adalah jutawan besar. Malah seorang dari mereka adalah billionaire (memiliki harta bernilai lebih dari RM seribu juta).
Apa makna bagi sebuah negara, jika ketua negaranya begitu kaya dengan kemewahan hidup, tapi dalam masa yang sama sebilangan besar rakyatnya masih kaya dengan kemiskinan dan kesusahan hidup.
Bagi mencapai tahap kebahgian yang tinggi dalam sesebuah negara, sistem ekonominya perlu menjadi pemangkin kepada pengagihan kek ekonomi secara adil dan saksama. Golongan yang kaya tidak harus mengumpul kekayaan hasil dari eksploitasi keatas golongan miskin.
.
.
.
B e r s a n b u n g ..
.
.