Analogi : nasib sebiji bola

2019 Mei 21

Apabila seseorang itu telah sampai usia tuanya, maka dapatlah dia menuai hasil usahanya ketika di usia mudanya dahulu. Seorang peladang kelapa sawit mungkin sudah mula menuai hasil kebun sawitnya selepas lima tahun menanam anak sawit. Akan tetapi seorang ibu dan ayah harus menanti jauh lebih lama sebelum dapat menuai hasil dari pendidikan anak-anaknya. Mungkin selepas 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun ataupun lebih, selepas anak berkenaan dilahirkan.

Khususnya dalam aspek pendidikan kepada anggota keluarganya, seorang ibu dan ayah mungkin berjaya menghasilkan anaknya sebagai seorang pemain bola keranjang (basketball) yang handal. Mungkin juga sebagai seorang pemain bola sepak yang hebat. Mungkin juga sebagai seorang pemain ragbi. Malah tak mustahil menghasilkan seorang pemain golf yang sohor seanterio dunia.

Ibu bapa yang mampu mendidik anak-anak menjadi sebagai pemain bola keranjang adalah dikira sudah berjaya. Apa lagi, mereka yang mampu mentarbiah anak-anaknya menjadi umpama pemain ragbi yang hebat.

Namun agak malang bagi ibu bapa yang mampu menjadikan anak-anaknya ibarat pemain bola sepak saja. Malah yang paling malang ialah ibubapa yang hanya berjaya menjadikan anak-anaknya ibarat pemain golf.

Ibu bapa bila sudah sampai usia tuanya, adalah umpama sebiji bola. Samada ibarat bola keranjang, ataupun bola ragbi, ataupun bola sepak ataupun bola golf. Mudah-mudahan biarlah kita sekurang-kurang menjadi bola keranjang kalau tak dapat menjadi bola ragbi pun.

Sebaliknya, janganlah hendaknya kita menjadi umpama bola sepak. Apa lagi menjadi bola golf.

Bola yang Acik maksudkan dalam PenCERAHan ini hanyalah satu analogi. Mesej yang ingin Acik sampaikan kepada pembaca semua ialah bahawa apa yang kita tuai sekarang adalah manifestasi apa yang kita semai dahulu. Jika yang disemai dahulu adalah lalang, maka lalanglah hasilnya sekarang. Sebaliknya jika yang disemai dahulu itu padi, maka padilah yang menjadi rezeki kini.

Untuk lebih memahami PenCERAHan Acik ini, maka silalah tontoni klip video berikut. Terima kasih yang tak terhingga kita tujukan kepada Yg Berbahgia Datuk Ustaz Samsuri Ahmad (DUSA) atas ceramah yang disampaikan beliau.

Selamat menonton !

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: Anak derhaka https://4uni2c.com/2020/04/28/agama-anak-derhaka/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2019-05-21.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: