Judi: aktiviti yang pasti rugi
2019 Jun 18 (Sel)
Lega rasa di hati Acik bila menonton klip video berikut. Acik harap Datuk Seri Ketua Polis Negara (KPN) itu akan berusaha bersungguh-sungguh mengkotakan apa yang telah beliau kata. Kata orang Putih “walk the talk”.
Sementara Acik menyiapkan komen-komen Acik tentang isu judi marilah kita sama-sama tonton dahulu video berikut ⬇⬇⬇
Selamat menonton
.
Judi adalah satu aktiviti yang pasti rugi. Secara terkumpul (collectively), tidak ada satu pun judi yang menghasilkan keuntungan. Walaupun ada pemain judi yang untung, namun keuntungan itu adalah semata-mata di atas kerugian pemain lain.
Dalam al Quran, surah kedua (Al Baqarah) ayat 219 Allah berfirman, “mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi, katakanlah, pada keduanya dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, dan dosa keduanya lebih besar daripada manfaat keduanya, … … ..”
Dalam surah ke-5 (Al Maidah) ayat 90 pula Allah berfirman, “wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya hanyalah arak dan judi dan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah perbuatan keji dari perbuatan syaitan maka jauhilah perbuatan itu agar kalian beruntung”
Dan ayat selepasnya (5:91) Allah berfirman, “sesungguhnya hanyalah maksud syaitan hendak menimbulkan di antara kamu permusuhan dan kebencian disebabkan arak dan judi dan ia menghalangi kamu dari mengingati Allah dan dari menunaikan solat. Maka mahukah kamu berhenti ?”
Muslim tulen yang beriman kepada al Quran dan segala isinya, sudah tentu akan menolak mentah mentah sesuatu yang dilarangi di dalam al- Quran. Begitulah judi yang dengan begitu jelas dilarang di dalam al Quran dengan ayat-ayat yang dipaparkan di atas. Bagi Muslim sebenar (genuine), beliau yakin sepenuhnya bahawa Allah tidak akan melarang sesuatu melainkan ianya tidak baik kepada umat manusia sejagat.
Jika kita analisis aktiviti judi pasti kita akan setuju bahawa judi akan hanya merugikan kumpulan yang berjudi secara kolektif. Kerugian yang dimaksudkan ialah kehilangan potensi untuk menghasilkan sesuatu yang berguna jika aktiviti judi tidak dilakukan.
Contoh paling mudah ialah sekumpulan remaja berjudi dengan menggunakan daun pakau. Andaikanlah bahawa setiap pemain menyumbang sebanyak RM50 bagi tujuan menjayakan aktiviti judi kumpulan tersebut. Jika bilangan pemain adalah 4 orang, maka tabung judi akan mempunyai RM200.
Dengan RM200 sebagai hadiah kepada pemenang, maka aktiviti judi tersebut pun dimulaka. Setelah tamat permainan judi tersebut maka akan munculah pemain yang untung. Dalam masa yang sama, ada pula pemain yang rugi. Pemain yang untung ialah pemain menang. Manakala yang rugi ialah pemain yang kalah dalam permainan judi tersebut.
.
.