Qurban: rahmatul ‘alamin

2019 Ogos 12

Ibadat qurban antara rahmatul ‘alamin

Semalam Acik berpeluang turut sama menjayakan ibadat qurban di halaman rumah adik Acik di Kuang, Selangor. Acik kagum melihat cara pembantu adik Acik itu melakukan penyembelihan keatas kambing qurban berkenaan. Kambing tersebut seolah-olah redha dengan penyembelihan yang dilakukan terhadap dirinya.

Daripada kambing tersebut dibiarkan mati sendiri secara semulajadi (by its natural death) suatu hari nanti lalu menjadi bangkai, maka lebih baiklah ia disembelih untuk menjadi makanan halal bagi umat manusia sejagat.

Bukankah “survival” umat manusia lebih wajar diutamakan daripada makluk lain ?
.

.

Sejak umat manusia sejagat mula lahir dimuka bumi ini, binatang adalah antara makluk-makluk Allah yang menjadi sumber makanan, selain tumbuh-tumbuhan. Malah di antara makluk binatang pun ada yang menjadi sumber makanan kepada binatang lain. Contohnya ikan kecil menjadi makanan ikan besar. Rusa dan kancil di hutan menjadi makanan harimau dan singa.

Pendekata, binatang dibunuh untuk dijadikan makanan makluk lain adalah satu fenomina yang tak mampu dinafikan realitinya oleh fikiran yang rasional. Oleh yang demikian, Islam tidak pernah melarang pemakanan binatang, kecuali binatang-binatang tertentu atas sebab-sebab tertentu..

Ibadat qurban boleh dilihat sebagai negatif oleh segelintir manusia. Sebaliknya ia dilihat positif oleh majoriti umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Status ibadat qurban adalah sunat hukumnya, akan tetapi ada ketikanya hukumnya menjadi wajib. Ibarat mengambil wudhu itu sunat, tetapi bagi tujuan menunaikan solat maka statusnya bertukar menjadi wajib bagi individu berkenaan. Begitu juga qurban atas mereka yang mengerjakan haji tamatuk.

Secara tak langsung membunuh (mematikan) binatang itu telah menjadi satu keperluan hidup bagi umat Islam. Oleh sebab ianya menjadi satu keperluan bagi umat Islam, maka Nabi Muhammad s.a.w. mengajar umatnya bagaimana caranya binatang itu harus dibunuh sepaya pembunuhan itu tidak dilakukan secara zalim dan kejam.

Acik percaya bahawa ibadat qurban memberi peluang kepada umat Islam mempraktikkan cara yang terbaik seseekor binatang hendak dimatikan. Jika ibadat qurban dilaksanakan menepati apa yang disunnahkan oleh baginda s.a.w., maka ia akan menjadi contoh yang baik bagi non Muslim menitirunya (“emulate”).

Harus diingatkan bahawa Islam bukan saja menekankan kepada aspek caramana binatang itu dimatikan saja. Malah Islam juga prihatin tentang kualiti daging binatang yang dimatikan itu. Maka umat Islam keseluruhannya yakin bahawa penyembelihan kaedah Islam adalah cara yang paling baik dulu, kini dan selamanya..

Cara penyembelihan yang wajar dijadikan contoh ⬇️

.

Wallahua’lam 🌷

.

.

~ by OPajar on 2019-08-12.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: