Bahasa: kalau hendak seribu daya

Bahasa adalah satu-satunya alat yg paling efektif bagi menyatukan rakyat sesebuah negara. Lebih-lebih lagi Malaysia yg rakyatnya berbilang kaum dan keterunan.

2019 Okt 08 (Selasa)

šŸ‡²šŸ‡¾ Kalau hendak seribu daya

Bila Acik menonton video dalam Youtube di atas tercetus dalam minda Acik tentang tahap kebolehan berbahasa Kebangsaan sebilangan politikus yang prominent dalam negara. Ada yang sudah menjadi MP puluhan tahun, namun sebutan perkataan Kebangsaannya pun masih tahap tadika. Malah ada yang lahir dan hidup di Malaysia sudah lebih dari 50 tahun namun masih belum fasih berbahasa Malayu.

Acik percaya, fenomina ini adalah manifestasi kegagalan sistem pendidikan nasional, khususnya dalam usaha memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Kegagalan tersebut adalah bepunca dari sikap penggubal undang-undang yang tidak menghormati agenda negara. Bukan kata tak menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan, malah berhasrat pula meminda perlembagaan supaya bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang diutamakan di Malaysia.
.
Bagi Acik, dasar bahasa wajar diperkasakan dengan sehebat-hebatnya. Jika kita pergi ke negara-negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand, hampir semua warga negaranya fasih berbahasa kebangsaan negara tersebut. Adakah di negara tersebut tidak ada langsung rakyatnya yang bukan berasal dari penduduk tempatan ?

Kalau di England, untuk menjadi seorang wakil rakyat, seseorang itu wajib fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Dasar ini amat praktikal untuk digunapakai di Malaysia. Bahasa bukanlah macam bangsa dimana ia tidak boleh diubah. Seperti juga agama, bahasa boleh dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa juga yang berusaha mempelajari dan mengamalkannya. Oleh itu tidak ada alasan bagi rakyat Malaysia menolak dasar tersebut jika ia diterimapakai di negara kita.

Peribahasa Malayu ada berkata, “kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh“. Ini adalah satu kenyataan yang tidak dapat disangkalkan lagi kebenarannya.

Kemahiran berdebat dalam bahasa Kebangsaan telah pun diakui oleh pemimpin-pemimpin negara sejak Merdeka dahulu. Antara usaha beliau kearah memupuk kemahiran berdebat dalam bahasa Kebangsaan, PM kedua (arwah Tun Abdul Razak) telah memperkanalkan Pertandingan Bahas Piala PM di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Ramai penuntut yang berpotensi telah mendapat munafaat dari pertandingan tersebut. Negara turut beruntung apabila ada di kalangan YB-YB yang terdiri daripada bekas jagoh-jagoh pembahas-pembahas ketika mereka masih di bangku sekolah dan di universiti dahulu.

Untuk menjadi pembahas yang berjaya seseorang itu perlu mahir dalam bahasa yang digunanya ketika berbahas. Oleh itu beliau harus ada komitmen dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa tersebut tanpa jemu.

Dengan menonton YB-YB bukan Melayu berhujah dalam bahasa Malaysia, Acik kurang percaya bahawa mereka ada komitmen untuk memperbaiki mutu percakapan mereka dalam bahasa Malaysia. Mungkin dengan mengenakan syarat bahawa seseorang bakal YB wajib fasih berbahasa kebangsaan, senario dalam dewan rakyat dan dewan undangan negeri akan berubah secara mendadak. Mereka yang ingin menjadi YB akan berusaha memperbaiki mutu pertuturan mereka dalam bahasa Malaysia. Manakala yang masih YB juga akan berusaha supaya bahasa tidak menjadi faktor yang menyebabkan mereka tidak boleh dikekalkan sebagai YB.
.
Video berikut menunjukkan satu daripada beribu-ribu contoh yang membuktikan akan kebenaran kenyataan, “kalau hendak seribu daya, ….. “. Acik sangat kenal dengan Aslam, individu yang di dalam video tersebut. Walaupun bahasa ibunda beliau bukan Inggeris namun beliau telah berjaya memenangi hadiah popular dalam pertandingan “presentasi” yang menggunakan bahasa Inggeris. Beliau telah menerima hadiah yang bernilai Autralian $500 atas kemenangan tersebut.

Apa yang nak Acik maklumkan ialah tentang komitmen yang ditunjukkan oleh Aslam untuk berjaya menyampaikan hujahnya kepada penonton dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya. Sudah tentu usaha tersebut adalah secara serious bukan secara main- main. Sepatutnya semua yang begelar YB turut berusaha untuk “emulate” orang seperti Aslam supaya mampu mengemukakan hujah-hujah mereka di dalam dewan negara dan DUN dalam bahasa kebangsaan secara fasih.
.

.

.

Aslam menang pertandingan presentasi dalam bahasa bukan bahasa ibundanya ā¬‡ļø

https://social-science.uq.edu.au/3-minute-thesis-winner-2019

.

W a l l a h u a’ l a m 🌺

..

PenCERAHan terakhir

http://www.4uni2c.com

Advertisement

~ by OPajar on 2019-10-08.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: