Agama: ingatkan mati 70x sehari

Itulah hadiah Allah yarham Ustaz Ismail Kamus kpd kita. Beliau pulang ke rahmatullah pada 2020 Mei 08
(Jumaat 1441H Ramadhan 15)

2020 Mei 09 (Sabtu)

C & P

Kata-kata mutiara yang ditinggalkan beliau ⬇️

Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato’ Ismail Kamus yang dapat saya (Zaim Zin) kumpulkan pagi ini.

Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

  1. “Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan”
  2. “Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik”
  3. “Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila”
  4. “Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti”
  5. “Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit”
  6. “Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam”
  7. “Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah”
  8. “Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan”
  9. “Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda”
  10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan”
  11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”
  12. “Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat”
  13. “Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?”
  14. “Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni”
  15. “Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat”
  16. “Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah”
  17. “Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat”
  18. “Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah”
  19. “Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
  20. menghilangkan kejahilan,
  21. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
  22. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada”
  23. “Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain”
  24. “Jagalah hati sampai mati”
  25. “Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila”
  26. “Yang suka asap ni, jin je”
  27. “Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu”
  28. “Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya”
  29. “Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat”
  30. “Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya”
  31. “Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi”
  32. “Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat”
  33. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah… (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)
  34. “Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu”
  35. “Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni”
  36. “Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
  37. “Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali”

Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.

Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam diantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

MasyaAllah..💖💖💖
Catatan Ustad Halim Din :
Belum terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke pengkebumian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi.

Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang Arwah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi hari ini, bersaksi mata kepala sendiri. Suasana redup dari awal pagi sehinggalah solat jenazah yang hanya dibenarkan ahli keluarga untuk solatkan jenazah Almarhum Ustaz Ismail Kamus.

Semasa di Tanah Perkuburan pula, matahari mula memancarkan teriknya.. Sehinggalah Van Jenazah tiba.. Kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jenazah Almarhum…

Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jenazah diturunkan ke liang lahad dan kedengaran tukang gali kubur meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi liang lahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNya bagi balasan kepada hamba-hamba yang sentiasa patuh dan mulut yg sentiasa menitipkan nama kebesaranNya, berjuang diatas jalanNya, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci.. Subhanallah.. tak henti-henti mulut ini bertasbih memuji kebesaran Sang Pencipta.. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaahu akhbar!!

Ustaz Halim Din

Kumpulan awan yg turut manyaksi perkebumian UIK sambil meneduhi kubur 🌷

B e r s a m b u n g

Menziarahi jenazah Ustaz Ismail Kamus
2020 Mei 08 Jumaat 🌷

Beratur untuk menziarahi jenazah Us Ismail Kamus. 🌷

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

~ by OPajar on 2020-05-09.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: