Kezaliman Yang Nyata

Sistem penguatkuasaan undang2 wajib bebas dari segala unsur kekejaman dan kezaliman
(di Amerika Syarikat) 🌶️

2020 Jun 01 (Isnin)

⬆️ Akibat undang2 dan penguatkuasaan undang2 yang lemah
(di Malaysia) 🌶️

🇲🇾 Sangat sedih menyaksikan kedua-dua video di atas. Kedua-dua kejadian tersebut mempunyai implikasi undang2nya yang tersendiri. Namun, dalam kedua-dua kejadian tersebut, nyawa mangsanya telah menjadi korban. Status kedua-dua mereka mungkin sama dengan kita semua iaitu rakyat marhain.

Rakyat marhain mampu buat apa bagi mempertahankan diri dari dizalimi ? Sampai bilakah trajedi-trajedi seumpama di atas akan terus berlaku atau dilakukan ? Hanya kepada Tuhan saja yang masih boleh kita harapkan untuk melindungan diri kita daripada segala bentuk kezaliman.

Dalam video pertama, kita boleh saksi sendiri bagaimana kuasa disalahgunakan. Manakala dalam video kedua pula kita dapat saksi apa akibatnya apabila undang2 tidak dihormati sewajarnya dan sistem penguatkuasaan pula lemah atau tak berkesan.

Kejadian dalam video pertama, telah mencetuskan tunjuk perasaan oleh rakyat jelata. Demonstrasi bukan saja berlaku di dalam negara Amerika Syarikat saja, bahkan di negara2 lain di seluruh dunia. Kejadian tersebut nampaknya telah menjadi Isu yang lebih panas daripada isu Covid19. Adakah kejadian itu ada apa-apa kaitan dengan isu Covid19 ? Wallahualam.
.

Demonstrasi di sana sini 🌶️

Video kedua itu pula mengambarkan satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Nissan Grand Livina dan penunggang motorsikal. Ia berlaku malam tadi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala Hentian Perkeliling, Kuala Lumpur. Pemandu Grand Livina itu merempuh penunggang motorsikal (rider Foodpanda) tersebut lalu menyeret motorsikal mangsa sejauh 3km.

Pemandu telah berjaya ditahan oleh orang awam. Penunggang motorsikal iaitu seorang lelaki Melayu, maut di tempat kejadian. Pemandu Grand Livina itu, iaitu seorang lelaki Cina telah ditahan di Balai Polis Jalan Tun H S Lee. Saringan ujian mendapati bahawa pemandu kereta tersebut memandu ketika sedang mabuk alkohol.

Sampai bilakah nyawa rakyat marhain terus diancam oleh peminum arak ❓❓❓

B e r s a m b u n g ….

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2020-06-01.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: