TH : Yg ditakuti adakah realiti ?
2020 Ogos 15 (Sabtu)
🇲🇾 Malam tadi Acik turut sama menonton program “Berani semuka” yang disiarkan secara “live” melalui medsos Facebook. Program anjuran Sinarharian itu mempertemukan dua tokoh penting dalam TH (Tabung Haji) suatu ketika dahulu. Mereka itu ialah YB DS Dr.Mujahid Rawa dan YB DS Azeez.
YB Mujahid adalah mantan menteri yang bertanggungjawab ke atas TH semasa pemerintahan PH dahulu. Manakala YB Azeez pula adalah mantan Pengerusi TH sebelum PH memerintah dahulu. Acik suka bersangka baik kepada kedua-dua mereka. Yaitu, masing-masing ingin memajukan TH dengan sebaik mungkin. Cuma strategi masing-masing yang agak berbeza, berdasarkan keyakinan masing-masing terhadap kemampuan strategi yang diterimapakai itu.
Bagi Acik, strategi yang digunapakai adalah sangat penting. Kalau strategi yang diterimapakai itu lemah maka hasil yang diperolehi tidak akan mencapai tahap maksimum. Ini bermakna kalau potensi keuntungan yang boleh capai ialah RM100juta, namun akibat menggunakan strategi yang kurang sesuai, maka keuntungan yang berjaya dikaut hanya kurang daripada RM100juta, malah rugi.
Pemilihan sesuatu strategi adalah berdasarkan kepada kepercayaan pengguna strategi itu tentang realiti yang dihadapi. Seorang pengusaha yang bermodal kecil tentulah tidak sama dengan pengusaha yang bermodal besar. Tapi jika pengusaha yang bermodal besar itu tidak percaya dengan kelebihan potensi yang ada pada modalnya yang besar itu, maka strategi yang digunapakai mungkin sama seperti pengusaha yang bermodal kecil saja. Ini adalah suatu kurugian bagi pemilik modal besar itu.
Contoh yang paling ketara adalah, jika pemimpin-pemimpin sesebuah negara itu percaya bahawa negara adalah umpama sebuah syarikat besar saja, maka strategi pembangunan yang digunapakai pun tidak jauh berbeza dengan strategi sebuah syarikat. Sedangkan hakikatnya ialah kemampuan sesebuah kerajaan itu adalah jauh lebih besar daripada mana-mana syarikat terbesar yang wujud di dalam negara berkenaan.
Kalau setiap syarikat boleh bankrap jika ia gagal diurus dengan baik, namun bagi sesebuah negara, bankrap bukanlah suatu realiti. Oleh itu bagi pemimpin-pemimpin negara yang faham akan realiti (negara tak akan bankgrap), nescaya mereka tak akan takut untuk melaksanakan segala aktiviti kebajikan dan pembangunan untuk rakyatnya.
Contoh yang amat ketara ialah negara kita sekarang. Oleh sebab kerajaan PN percaya bahawa negara tak akan bankgrap, maka usaha melawan serangan Covid19 telah dapat dilakukan dengan jayanya. Bayangkanlah apa akan terjadi jika sekiranya Malaysia sekarang masih lagi diperintah oleh PH yang takut negara akan bankgrap.
Bagi negara yang pemimpin2nya percaya bahawa negaranya boleh bankrap, maka aktiviti kebajikan dan pembangunan negara itu akan lembab. Kerana takut negara akan bankgrap maka perbelanjaan kerajaan akan dikurangkan. Ini akan mengakibatkan pengangguran bertambah dan rakyat semakin susah.
Dalam isu TH, sejarah menunjukkan prestasi pengurusannya adalah amat memuaskan sejak ia ditubuhkan. Institusi TH tidak boleh disamakan dengan mana-mana organisasi yang lain. Berdasarkan jumlah wang caruman yang diterima daripada pendeposit-pendeposit TH tiap-tiap tahun, Acik tidak percaya bahawa TH akan rugi jika ia tidak menjual assetnya untuk mengurangkan hutangnya. Lebih-lebih lagi hartanah dan hotel-hotelnya.
Hibah hanya jika nilai asset > liabiliti
Ada suatu kepercayaan yang mengatakan bahawa jika nilai asset TH lebih rendah daripada liabilitinya, ini adalah manifestasi bahawa TH sedang menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, hibah (dividen) tidak wajar diberi kepada pencarum-pencarum TH. Bagi membolehkan TH memberi hibah, maka TH perlulah menjual sebahagian daripada asset-assetnya.
Dengan penjualan asset-asset tersebut maka nilai liabiliti akan dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama nilai asset (secara perbandingan) akan menjadi lebih tinggi daripada nilai liabiliti. Setelah ini terjadi maka barulah pendeposit TH layak diberi hibah. Adakah kepercayaan tersebut suatu realiti bagi TH ❓
Jawapannya ialah sama sekali tidak❗ Ini kerana tiap-tiap tahun TH menerima simpanan berbilion ringgit dari pendeposit-pendeposit yang bilangannya lebih dari 9 juta. Simpanan tersebut adalah bagi tempoh yang lama. Ada yang menyimpan sehingga puluhan tahun lamanya. Iaitu, lebih lama daripada tempoh simpanan tetap (fixed deposit) dengan bank-bank komersial.
Simpanan yang banyak bagi tempoh yang lama itu membuat TH mampu mengurus kewangannya tanpa rasa bimbang akan menghadapi kekurangan wang bagi memenuhi segala obligasi kewangannya dari masa kesemasa. Obligasi kewangannya yang terbesar ialah membayar kos penghantaran pencarum-pencarum yang gilirannya telah sampai, mengerjakan fardu haji. Obligasi kewangan yang lain termasuklah gaji semua kakitangannya, kos-kos pinjaman bank bagi membeli asset-asset seperti hartanah, bangunan dan sebagainya.
Menentukan kadar hibah berdasarkan perbezaan antara nilai asset dengan nilai liabiliti bagi suatu jangka masa yang pendek adalah tidak sesuai. Nilai asset tidak tetap dari masa kesemasa. Contohnya harga saham yang dipegang oleh TH walaupun selalunya menguntungkan, namun ada ketika-ketika tertentu nilainya jatuh merudum.
Inilah apa yang telah terjadi apabila berlakunya pertukaran kerajaan daripada tangan BN ke tangan PH. Banyak asset milik TH telah jatuh nilainya. Jika dibandingkan dengan nilai liabiliti ketika itu, maka sudah tentulah nilai asset akan lebih rendah. Namun, nilai asset-asset tersebut akan meningkat semula apabila keadaan ekonomi kembali pulih. Oleh itu TH tak perlulah bertindak gopoh menjual sebarang assetnya.
Adakah pembeli asset TH tu bodoh ❓
Usaha nak mengumpulkan asset-asset demi meraih keuntungan bagi jangka masa yang panjang bukanlah suatu kerja yang mudah. Puluhan tahun TH berusaha membeli sedikit demi sedikit asset-asset tersebut. Tetapi sebaliknya, nak melupuskannya bukanlah suatu kerja yang susah. Jadi, nak bangga apa kerajaan PH dengan kejayaannya melupuskan asset-asset TH dalam tempoh 22 bulan itu ?
Soalan Acik yang paling rasional ialah, “adakah pembeli asset TH itu bodoh ?“. Soalan ini wajib dijawab oleh mantan menteri PH yang meluluskan penjualan asset-asset TH itu. Walaupun, jika sekiranya mereka yang telah membeli asset-asset TH itu tidak belajar sampai bergelar doktor PhD, Acik percaya dan yakin bahawa mereka tidak bodoh.
Sampai bilakan kita mesti menyimpan persepsi yang salah kepada setiap individu yang bergelar doktor ? Bukanlah maksud Acik untuk mempelecehkan mana-mana individu yang bergelar doktor. Kata orang, “meludah ke langit akan menimpa batang hidung sendiri“. Dalam keluarga Acik sendiri pun ada yang bergelar doktor dan bakal doktor. Jadi, buat apa Acik nak meremehkan martabat doktor.
Lagi pun Acik bukanlah, “sour grapes” sepertimana yang dimaksudkan oleh sebuah peribahasa Inggeris. Cuma Acik nak menyedarkan kita semua bahawa seseorang doktor bukan tahu semua benda. Ya, beliau sangat alim khusus dalam sesuatu bidang, tapi mungkin jahil murakap dalam bidang-bidang lain. Contohnya, seorang doktor yang sangat alim dalam bidang hadith, mungkin langsung tak tahu bagaimana nak membahagikan harta pusaka mengikut hukum faraid. Apa lagi nak memahami tentang sistem ekonomi dan perbankan moden yang begitu kompleks lagi sophisticated (canggih).
Oleh itu tidak pelik jika Acik percaya bahawa pembeli-pembeli asset TH itu lebih alim daripada Dr. Mujahid dalam bidang hartanah dan cara-cara menjana keuntungan besar. Maka apabila mereka sangat berminat hendak membeli asset-asset TH, sepatutnya kita dah boleh syak bahawa asset-asset tersebut mesti mempunyai potensi yang tinggi bagi menjana pulangan yang baik di masa akan datang. Kalau tidak, masakan ada sesiapa yang akan sanggup beli asset-asset tersebut.
Wajar tubuhkan RCI
Acik sokong penuh usul supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu penjualan asset-asset TH tersebut. Berdasarkan hujah-hujah mantan Pengerusi TH itu, serta maklumat-maklumat relevan lain yang Acik pernah terdengar dan terbaca, maka Acik rasa sangat perlu (malah wajib) suruhanjaya tersebut ditubuhkan.
Pencarum-pencarum semua mungkin nak tahu juga kalau-kalau ada elemen elemen tersembunyi tertentu yang menjadi faktor pemangkin kepada penjualan asset-asset tersebut. Tidak perlu ada rasa apa-apa kebimbangan oleh mana-mana pihak, kerana ia adalah demi kepentingan TH. Melainkanlah kalau ada sesuatu rahsia besar yang nak terus ditaman supaya tidak terbongkar
W a l l a h u a l a m 🌹
.
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Wajarkah tanah TH dijual ❓ https://4uni2c.com/2020/01/25/th-wajarkah-tanah-milik-pencarum-dijual-%e2%9d%93%e2%9d%93%e2%9d%93/
Saham TNB pegangan TH pun dijual ?https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=582566712632249&id=100026367757374
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
