Agama: Hargailah air sebaik mungkin !

2020 Nov. 21 (Sabtu)

.

.

šŸ‡²šŸ‡¾ Alhamdulillah, selepas beberapa tahun kemudian daripada Acik menulis tentang pembaziran air ketika berwudhu’ maka keluarlah satu produk baru yang sangat relevan. Sepertimana yang ditujukkan dalam video di atas, semasa membasuh muka, air tidak lagi terus mengalir keluar daripada kepala paip. Sebelum ini tidak pula begitu, air terus keluar hingga sering berlakunya pembaziran.

Kata orang Putih, “necessity is the mother of invention”. Dalam bahasa Melayu, “keperluan itu adalah ibu kepada rekcipta”. Maknanya, jika sesuatu itu dirasakan perlu, maka akan diciptakanlah sesuatu bagi memenuhi keperluan tersebut.

Selama ini mungkin umat Islam Malaysia belum merasakan penjimatan air ketika berwudhu’ adalah sesuatu yang penting bagi mengelakkan pembaziran. Maka tiadalah apa-apa usaha bagi memudahkan umat Islam melakukan penjimatan tersebut. Namun dengan terciptanya kepala paip seperti yang ditayangkan dalam video itu, maka ia adalah manifestasi bahawa ramai orang dah merasakan penjimatan air itu penting.

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah Acik ucapkan kepada individu yang telah berjaya mencipta kepala paip wudhu’ tersebut. Mudah-mudahan alat ciptaan baru itu akan diterima pakai oleh semua masjid dan surau di seluruh Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.

B e r s a m b u n g . …

PenCERAHan yg relevan ā¬‡ļø

If a litre is enough, a gallon is a waste

https://4uni2c.com/2013/07/26/4uni2c-13726b-if-a-litter-is-enough-a-gallon-is-a-waste/

Ideas on how to help the ummah..

~ by OPajar on 2020-11-21.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: