Agama Al Qur’an ?
2021 April 11 (Ahad)

🇲🇾 Baru baru ni Acik berdialog dengan seorang individu tentang Islam. Acik kenal individu itu sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau ni seorang yang sangat baik pada persepsi Acik. Oleh itu Acik rasa amat sayu bila mendapat tahu bahawa pegangan agamanya tak sama dengan ahli Sunah Waljamaah.
Dengan rasa kasihan dan bertanggung jawab maka Acik pun cuba membuka minda beliau agar kembali kepada Islam yang sebenar. Namun usaha Acik sesia saja. Melalui sessi dialog kami berdua dengan menggunakan WhatsApp, dapatlah Acik belajar lebih dalam tentang fahaman kawan itu terhadap Islam.
Kumpulan yang diikuti oleh kawan Acik itu menolak hadith sebagai sumber ajaran Islam. Mereka berpegang dengan Al Qur’an semata-mata. Bagi mereka hadith itu adalah sinonim bagi Qur’an. Dengan kata lain, tidak ada hadith yang lain selain daripada Qur’an.