Tol : punca kemalangan maut ?

PenCERAHan ini telah diterbit pada

2017.07.04

Baru-baru ni Acik makan semeja dengan seorang kawan lama (Zul) di satu majlis kenduri di kampung. Zul tu dulunya seorang askar. Kini bertugas sebagai pemandi mayat pula.

Zul begitau Acik, di sejak bulan Ramadhan lepas, beliau telah memandikan lebih dari 400 mayat. Majoritinya adalah mangsa kemalangan jalan raya. Dan kebanyakan kemalangan itu adalah di lebuh raya.

Zul bukan baru Acik kenal. Beliau jiran depan rumah Acik di kampung sejak belum sekolah lagi. Jadi tiada sebab kenapa Acik harus ragu terhadap maklumat Zul kepada Acik tu.

Bagi merancakkan perbualan kami, Acik saja tekankan isu jalan raya. Tapi Acik hanya peduli tentang kesesakan jalan raya di musim-musim perayaan. Acik cuma jual idea Acik kepada Zul tentang bagaimana hendak kurangkan kesesakan jalan raya secara maksimun
Bagi Acik, punca utama kesesakan jalan raya adalah pengutipan tol. Supaya tidak berlaku kesesakan, maka cuba jangan kutip tol lansung di musim-musim perayaan.

Masing-masing kita boleh tengok sendiri senario di tiap-tiap pintu tol. Samada ketika nak masuk ke lebuh raya maupun ketika nak keluar dari lebuh raya. Tak ada satu pun pintu tol yang tak perlu beratur panjang.

Ikut kiraan yang Acik buat, sekiranya di hadapan kereta kita ada 360 buah kenderaan lain yang nak masuk pintu tol, maka kita kena tunggu selama satu jam baru dapat melepasi pintu tol tersebut. Itu pun sekiranya setiap kenderaan di hadapan kita hanya mengambil masa 10 saat saja untuk berhenti, touch and go di pondok tol berkenaan.

Namun realitinya, adakah dihadapan kita ada 360 buah kenderaan saja ? Dan adakah realitinya setiap kereta mengambil sekadar 10 saat saja untuk melepasi pintu tol berkenaan. Itu baru di pintu masuk. Bagaimana pula di pintu tol keluar nanti ?

Pendekata, setiap kita yang nak balik beraya di kampung “dipaksa” membuang masa berjamjam semata-mata untuk melepasi pintu tol saja. Jika tidak kerana sekatan di pintu-pintu tol, masa perjalanan kita itu pasti dapat dikurangkan. Ini bukan saja menjimat masa kita sebagai rakyat jelata, malah mengurangkan stress akibat terlalu lama terperangkap dalam kenderaan.

Kerajaan yang benar-benar perihatin terhadap kebajikan dan kesusahan rakyat tidak akan teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang sangat berfaedah kepada rakyatnya. Walaupun kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi, namun jika ia amat berbaloi dilakukan, maka apa salahnya. Meringankan beban rakyat adalah antara pengorbanan kerajaan yang berbaloi dilakukan.

Bayangkan senario ketika mana pengutipan tol tak dilakukan dalam musim perayaan. Katakan 3 hari sebelum dan 3 selepas hari raya puasa dan tahun baru Cina kereta bebas masuk dan keluar lebuh raya tanpa apa-apa halangan.

Acik penuh yakin bahawa rakyat akan sampai ke kampung masing-masing dengan lebih cepat dari sekarang. Kenderaan di lebuh raya walaupun tidak bergerak laju sebab terlalu banyak, namun pergerakannya akan sentiasa lancar (slow but steady) tanpa henti-henti, mulai dari memasuki lebuh raya hinggalah keluar dari lebuh raya.

Zul tertarik dengan cadangan Acik itu. Lalu beliau mencelah. Nampaknya beliau lebih fokus kepada aspek kemalangan.

Kata Zul, beliau nampak bahawa tanpa pengutipan tol kadar kemalangan mungkin dapat dikurangkan. Ini kerana tanpa pengutipan tol pemandu tidak tension kerana tidak terlalu lama menunggu di pintu-pintu tol. Semasa di pintu tol masuk sudah berapa jam menunggu. Nanti bila sampai di pintu tol keluar entah berapa jam pula lagi.

Keletihan punca kemalangan

Acik teringat, dahulu pernah dibuat suatu kajian tentang kemalangan bas ekspress. Di dapati bahawa antara faktor penting yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan ialah pemandu terlalu letih ketika memandu. Keletihan pula adalah sebab terlalu lama memandu dan kurang rehat. Inilah apa yang dialami oleh ramai pemandu ketika pulang ke kampung menjelang hari-hari perayaan.

Tentu ramai dari pembaca PenCERAHan ini yang agak “skeptical” terhadap kemungkinan cadangan Acik itu akan dilaksanakan oleh kerajaan. Mungkin kata mereka, mustahil syarikat konsessi pengutipan tol (PLUS dan saingannga) itu akan sanggup melepaskan peluang keemasan bagi meraih keuntungan raksaksa di musim-musim perayaan tersebut. . Sedangkan itulah masa yang ditunggu-tunggu PLUS dan saingannya itu untuk menjana pendapatan maksimum.

Bagi Acik “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih“. Jika kerajaan BN rasa bahawa saranan Acik ini baik demi kepentingan politik BN, nescaya tidak ada masalah bagi kerajaan untuk melaksanakan. PLUS tak perlu bimbang akan kehilangan berbilion RM andainya kerajaan sanggup memulangkan sedikit dari hasil kutipan GSTnya balik kepada rakyat dalam bentuk tol percuma.

Khabarnya Negara China telahpun mengamalkan pengecualian kutipan tol bagi musim-musim perayaan besar. Begitu juga Korea Utara.

Kalau dulu kerajaan tak boleh beri tol percuma kepada rakyat sebab yang menguasai tol ada syarikat swasta. Tapi kini yang berkuasa atas PLUS ialah syarikat kerajaan (GLC). Maka tak mustahil cadangan tol percuma Acik ini akan dapat dilaksanakan.

Wallahua’lam 🌹

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

.
ECRL: pemangkin kemampuan pantai Timur https://4uni2c.com/2022/09/10/ecrl-pemangkin-kemajuan-pantai-timur-sm-2/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.
Privatisation is bad https://4uni2c.com/2017/09/02/privatization-is-bad/

Kerajaan PN majulah ke depan ! https://4uni2c.com/2020/03/09/kerajaan-pn-majulah-ke-depan-%e2%9d%97/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.
https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com.

~ by OPajar on 2023-01-20.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: