Ahmad’s SAGA #001
Ahmad’s SAGA #001
Kes Ahmad Pemangkin Perubahan di Johor ?
Sebagai seorang OP (Orang Pencen) saya bertanya kepada diri sendiri, apakah perkara yang berlaku kepada Ahmad (anak kelima saya) ini suatu ujian Allah ataupun satu musabah atau balasan. Ya, boleh jadi juga satu ujian, boleh jadi juga satu musibah. Mungkin juga kedua-duanya sekali.
Sebagai seorang ayah, sayalah orang yang berautoriti ke atas keluarga saya. Autoriti ini Allah yang beri, bukan orang lain yang beri. Jadi saya tidak ada pilihan. Suka pun saya kena terima, tak suka pun saya tetap kena terima juga. Lainlah jika autoriti ini diberi kepada saya oleh orang lain.
Sebagai pihak yang berautoriti dalam keluarga, maka saya tidak boleh lepas tangan dari apa yang anak kelima saya itu sedang hadapi sekarang. Jika tidak, maka saya adalah seorang yang tidak bertanggungjawab. Tidak perlu saya tunggu sampai orang lain kata kepada saya “anda bapa yang tak bertanggungjawab” baru saya akan sedar. Sebaliknya ehsan yang sedia ada dalam hati saya sudah cukup bagi menyedarkan saya bahawa saya bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh setiap ahli keluarga saya yang berautoritikan saya.
Berdasarkan prinsip ini maka saya mengakui bahawa saya adalah ayah yang gagal melaksanakan amanah Allah kepada saya jika anak-anak saya tidak berjaya dalam hidup masing-masing. Khususnya dalam kes Ahmad ini, jika terbukti beliau bersalah maka suka atau tidak saya terpaksa berasa turut bersalah kerana beliau adalah hasil didikan saya sebagai seorang ayah. Namun saya masih yakin bahawa beliau tidak melakukan apa yang dituduh terhadap beliau.
Di sini ingin saya bertanya anda semua, tidakkah pihak yang diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara amnya dan Johor khususnya selama 55 tahun berasa bersalah kerana gagal mentadbirnya dengan baik ? Jika mereka berjaya maka dilema yang sedang Ahmad hadapi sekarang sudah tentu tidak timbu. Malah ini bukan kes pertama yang dialami oleh seorang rakyat mahaen dengan pihak istana.
Suka saya ambil negeri Kelantan sebagai contoh. Lihatlah bagaimana parti yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri di bawah Tuan Guru Nik Aziz begitu berjaya meningkatkan mertabat dan maruah Sultannya, hingga baginda sangat dihormati lagi disayangi oleh rakyatnya. Tapi apa yang telah berlaku dan sedang dihadapi oleh rakyat Johor adalah sebaliknya.
Apa yang berlaku kepada Ahmad biarlah menjadi pemangkin kepada perubahan positif di negeri Johor. Suka maupun tidak, rakyat Johor perlu terima hakikat bahawa keharmonian hidup mereka sekadar yang ada sekarang, adalah akibat kegagalan parti yang mereka beri mandate untuk memerintah. Apa yang berlaku di Kelantan sekarang adalah sebaliknya. InsyaAllah senario yang sama dengan Kelantan akan menjadi realiti di bumi Johor jika iannya di perintah oleh PR.
#12Y13