Strategi TPM (Tun Perak Melaka)

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )

strategi tun perak melaka (tpm)

Bukan ! Bukan ! Bukan ! TPM yang Acik (Abang/Pak cik) maksudkan bukannya Timbalan Perdana Menteri. Tapi yang Acik maksudkan ialah Tun Perak Melaka.

Kalau Timbalan Perdana Menteri, Acik pasti semua orang dah pun kenal beliau luar maupun dalam. Namun TPM yang Acik maksudkan ini mungkin masih ramai yang belum kenal. Malah yang dulu pernah kenal pun mungkin kini dah lupa. Maklumlah, kita orang Melayu ni pernah dilabel oleh Mantan PM kita sebagai MELAYU MUDAH LUPA. Jadi elok sangatlah Acik cuba selak balik lembaran sejarah dan ghoyak (maklum) sikit tentang TPM ni. Tun Perak Melaka sebenarnya ialah seorang tokoh besar negara kira-kira 500 tahun dahulu. Nama sebenar beliau ialah Tun Perak. Cuma Acik sendiri yang tambah Melaka dihujungnya agar orang tak sangka bahawa beliau orang Perak. Melaka ialah nama negara di mana Tun Perak menjadi Bendaharanya ketika itu.

Mengikut fakta sejarah, TPM ni bukan calang-calang pemimpin. Beliau dilantik menjadi Bendahara bukanlah atas dasar pilih kasih atau amalan krononisma. Tapi beliau dilantik menjadi Bendahara selepas beliau berjaya mengelolakan pertahanan Melaka hingga serangan Siam keatas Melaka dapat dipatahkan. Ini berlaku semasa pemerintahan Sultan Muzafar Shah. Namun tak dapatlah dinafikan bahawa bapa beliau adalah bekas seorang Bendahara. Kata orang tua-tua kita, kuah tumpah ke nasi juga lah. TPM ni telah berkhidmat dengan amat cemerlang hinggalah dalam era pentadbiran beliau Melaka telah menjadi sebuah negara yang amat terbilang lagi gemilang, masyhor se anterio dunia, kononnya.

Beliau terus menjadi Bendahara hingga ke era pemerintahaan Sultan Melaka ke-7 iaitu Sultan Mahmud Syah. Kematian beliau dalam tahun 1498 merupakan detik bermulanya kehancuran kesultanan Melayu Melaka. Pengganti TPM tidak mampu mempertahankan kegemilngan Melaka. Pemecatan Mantan TPM Malaysia DSAI pula berlaku di tahun 1998 iaitu tepat 500 tahun selepas kematian TPM. Apa alamatnya ya ?

Bagi Acik, legasi yang amat berharga yang dapat kita warithi bersama dari negarawan tersebut ialah suatu strategi pentadbiran yang Acik namakannya sebagai “Strategi TPM” atau “STPM”. APA dia strategi yang dimaksudkan itu ? Untuk mengetahuinya, jangan ke mana-mana, teruskan lagi pembacaan anda !

Untuk memahami STPM, tak dapat tidak kita juga mesti mengetahui sejarah 5 tokoh penting yang hidup semasa pentadbiran TPM. Tak lain tak bukan mereka ialah 5 Hang. Hang di sini bukanlah hang orang Kedah yang maksudnya kamu atau awak. Tapi 5 Hang tersebut ialah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Kelima-lima Hang ini adalah pehlawan terbilang yang sangat besar jasanya kepada negara Melaka ketika itu. Mereka ini sangat akrab dan berkasih sayang di antara satu dengan yang lain bukan sekadar sebagai seibu sebapa malah macam isi dengan kuku. Perpaduan erat mereka menghasilkan sinergi yang menambahkan lagi kekuatan kepada pertahanan Melaka. Inilah yang patut dicontohi oleh rakyat 1Malaysia.

Biasalah tu, dalam masyarakat Melayu dari dulu hingga kini. Asalkan ada orang yang dianugerahi Allah sesuatu kelebihan, maka akan adalah orang Melayu lain yang tak senang hati. Begitulah juga apa yang telah dihadapi oleh 5 Hang tersebut. Kehebatan mereka ber-5 memang tak disenangi oleh segelintir pegawai yang sangat mementingkan diri sendiri di dalam istana. Lebih-lebih lagi terhadap Hang Tuah yang berjawatan Laksamana ketika itu. Maka difitnahnya akan Laksamana. Maka dituduh akan Si Laksamana bermukah dengan Dayang Raja. Maka amat murkalah Tuanku akan Si Laksamana. Betapa tidaknya. Laksamana adalah benteng pertahanan takhta dan negara. Seperti pagar adalah benteng pertahanan padi di sawah. Tiba-tiba pagar pula yang makan padi. Jika padi, ia masih boleh dicari ganti dengan menanam semula. Tapi maruah dan perasaan Tuanku siapa yang mampu ubati bila sudah dilukai dan disakiti ?

Bunga di taman banyak yang merah

Bunga Melati tiada yang biru

Luka di tangan nampak berdarah

Luka di hati tiada yang tahu

Dengan amat murka Raja bertitah, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Beta sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tiada beta sangka Si Tuah itu. Madu yang beta beri tuba pula dibalasnya. Maka beta terpaksa perintahkan atas Mamak Bendahara supaya Si Tuah dijatuhi hukuman bunuh ASAP (dengan seberapa segera yang mungkin) !”

Maka peninglah kepala Mamak Bendahara TPM tu akibat perintah yang ditimpakan ke atas batu jemala beliau oleh YMM Tuanku. Mungkin sekilo panadol pun boleh habis jika ada panadol ketika tu. Apa tidaknya. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Tuah yang dituduh bukan sebarang rakyat jelata. Hukuman yang dijatuhi pula bukan sebarang hukuman. Besar implikasinya nanti kepada negara Melaka malah terhadap diri Tuanku sendiri. Siapa yang tak kenal dengan Hang Tuah sebagai hamba Raja yang sangat taat setia lagi berakhlak mulia. Pegangan agamanya juga dikagumi. Rakyat mana yang tak kenang jasa besar Tuah kepada bangsa dan negara sebagai seorang Laksamana.

Bagi TPM, memanglah Si Tuah tak maksum macam rasul. Tapi nak mempercayai bahwa beliau telah tergamak melakukan kerja-kerja mungkar seperti dituduh itu memang mustahil bagi beliau. Lebih-lebih lagi hasil perisikan yang beliau sendiri lakukan adalah mendapati bahawa tuduhan itu adalah fitnah semata-mata. Ia adalah atas dasar cemburu, dengki dan kianat oleh segelintir pegawai istana yang kaki bodek kepada Raja. Dalam menghakimi sesuatu perkara, berlakunya kesilapan dalam menjatuhkan hukuman ke atas yang tertuduh adalah perkara biasa. Melepaskan tertuduh walaupun hakikatnya ia memang telah melakukan kesalahan seperti yang dituduh adalah kesilapan pertama. Menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh sedangkan pada hakikatnya tertuduh tidak melakukan perkara yang dituduh adalah kesilapan kedua. Namun bagi TPM kesilapan kedua adalah sepuluh kali lebih buruk dari kesilapan pertama. Maka bukankah lebih selamat jika Hang Tuah dibebaskan dari hukuman bunuh ?

Lagi pun mana ada bukti yang sahih bahawa Hang Tuah telah bermukah dengan Dayang kesayangan Tuanku tu. Mana dia saksi yang bilangannya adalah empat dan keempat-empatnya adalah terdiri dari makluk Allah yang berbangsa maknusia. Bukan manusia tak layak untuk menjadi saksi. Kalau dah ada 4 orang saksi pun, adakah masing-masing benar-benar nampak adegan “kemaluan” itu seperti melihat keris masuk ke dalam sarungnya. Dan yang maha penting ialah adakah setiap orang dari mereka merupakan induvidu yang kejujurannya tak mudah dipertikaikan. Jika Tuanku tak dapat tentukan proses pengadilan dibuat mengikut yang ditetapkan oleh hukum Allah, maka belum wajib atas TPM melaksanakan hukum bunuh ke atas Hang Tuah.

Bedasarkan pengalaman yang luas sebagai pentadbir tertinggi negara dan kepintaran yang luar biasanya, maka TPM mampu menerima perintah Raja dengan penuh hikmah. Yang manis tak terus ditelan, yang pihit tidak terus diluah. Beliau tidak terburu-buru melaksanakan perintah Tuanku. Sebaliknya beliau bermuafakat dengan orang-orang yang rapat dengan beliau untuk menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. Keris Taming Sari Hang Tuah sahaja yang diambil dari Hang Tuah untuk dipersembahkan kepada Raja sebagai tanda bahawa hukuman bunuh telah pun dilaksanakan terhadap Hang Tuah. Mujur waktu tu belum ada special branch (SB). Kalau ada SB macam sekarang ni sudah tentu rancangan TKP itu kantoi.

Apakah implikasi dari hukuman yang dijatuhi terhadap Hang Tuah itu ? Hang Jebat telah dilantik menjadi Laksamana menggantikan sahabat karibnya Hang Tuah. Namun bagi Hang Jebat, jawatan bukanlah yang menjadi idaman. Yang diutamakan ialah keadilan. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Itulah prinsip hidup yang dipegang oleh Hang Jebat. Demi membela keadilan, Raja yang zalim mesti dijatuhkan. Jika sekarang , kita ada PRU. Jadi nak jatuhkan pemerintah yang zalim taklah payah guna senjata. Tapi waktu tu belum ada jalan lain melainkan terpaksa berlawan dengan kekerasan yakni dengan menggunakan keris dan pedang.

Silapnya Hang Jebat ialah beliau berjuang kesaorangan diri. Walaupun matlamatnya mulia iaitu membela keadilan, namun caranya sangat tak praktikal. Zaman sekarang pun macam tulah juga. Kalau nak perjuangkan keadilan tidak boleh secara berseorangan. Mestilah secara berjamaah. Mestilah sertai mana-mana pertubuhan atau parti. Tapi sebaik-baiknya sertailah PAS atau PR la !

Maka jadi huru haralah negara Melaka angkara Jebat durhaka. Raja terpaksa lari meninggalkan istana untuk menyelamatkan diri dan takhta. Ke mana saja Hang Jebat pergi rakyat yang berkumpul akan cempera lari takutkan bisa keris Taming Sari yang di tangan Si Jebat. Mereka yang menjadi punca pembunuhan Hang Tuah telah lari jauh menyembunyi diri gara-gara dihantui oleh kehebatan Si Jebat. Raja sugul memikirkan keadaan. Baginda sendiri telah tenggelam punca, tak tahu apa yang harus dilakukan.

Tiba-tiba muncul wajah tenang TPM di depan mata kepala baginda. Maka dipeluknya TPM dengan penuh rasa gundah gulana lalu berbisik di telinga tokoh tua itu sambil mengalir air mata baginda ke bahu Mamak Bendahara itu, “ampunilah beta ayahanda kerana menolak nasihat ayahanda dulu agar Tuah dimaafkan. Inilah akibatnya yang terpaksa beta tempuhi. Tergamak Si Jebat menderhakai beta. Sedangkan dia beta angkat menjadi Laksamana. Nasihatilah beta sekarang apa yang wajar beta lakukan. Hanya ayahanda saja tempat beta bergantung nasib sekarang”

“Ampun Tuanku beribu-ribu kali ampun. Sabarlah Tuanku, Yang sudah berlaku itu semuanya adalah suratan takdir. Tentu ada kebaikan rahsia Allah yang belum kita tahu Tuanku. Kata Orang Putih,’thing happens for its good reasons’. Andai kata ditakdirkan Allah wujud seorang jejaka yang sanggup menghapuskan Si Jebat, sedangkan beliau adalah hamba yang pernah berdosa kepada Tuanku maka sudikah Tuanku mengampuni beliau ? Ampun Tuanku, sembah patik sembah durhaka Tuanku !”

“Apakah maksud ayahanda ? Adakah kekanda Tuah masih hidup ? Sekiranya beliaulah ayahanda maksudkan, bukan dosa beliau yang beta sedia ampunkan, malah kepada beliaulah beta wajar pohon ampunan. Silalah ayahanda jemput kekanda Tuah kemari ASAP sebab beta amat rindu kepadanya” (VIP sungguh raja tu ya ? VIP = very impatient person)

“Ampun Tuanku, titah perintah Tuanku terletak di atas batu jemala patik. InsyaAllah sekarang jua patik pergi menjemput Datuk Laksamana. Ampun Tuanku”

Direngkaskan cerita, maka dibawalah balik oleh TPM akan Hang Tuah ke kota Melaka. Sesampainya Hang Tuah ke kota Melaka maka belakunya pergelutan yang amat dahsyat antara Hang Tuah dan sahabat karibnya Hang Jebat. Mengikut suratan takdir maka kalahlah Hang Jebat. Maka menanglah Hang Tuah sebab kalahnya Hang Jebat. Maka kembali aman damailah 1Melaka.
Iktibar dari cerita di atas (The Moral of the story)

#1. STPM (Strategi Tun Perak Malaysia):

Bila menerima sesuatu arahan atau perintah, janganlah dengan terus melaksanakannya dengan tergesa-gesa secara buta tuli. Kata peribahasa Orang Putih, “more haste less speed”. Gunakan kepala otak kita dan segala kebijaksanaan yang Allah anugerah kepada kita untuk menilai samada arahan atau perintah tersebut munasabah ataupun sebaliknya. Kalau mematuhinya membawa implikasi yang lebih buruk berbanding dengan tidak mematuhinya maka lebih aula tidak melaksanakannya atau menangguhkan dulu perlaksanaannya ke satu masa yang lebih sesuai.

#2. Walaupun berjuang demi menegakkan keadilan ia janganlah dilakukan secara kesaorangan atau bersendirian.

PenCERAHan yg relevan :

CEREKANA # 13922 Strategi Ikan Todak https://4uni2c.com/2013/09/22/cerekana-13922-strategi-ikan-todak/
CEREKANA # 11z12 Strategi Barua Jepang https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

@OPajar #12Y29

~ by OPajar on 2012-11-29.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: