Ahmad’s SAGA #011 Korban Kakak

Ahmad’s SAGA #011  Pengorbanan Seorang Kakak

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Pengorbanan Seorang Kakak

Semalam (1hb Dis.2012) adalah hari KONVO (konvokesyen) bagi anak Acik (Ayah/Abang+cik) yang kedelapan dalam keluarga yang bernama ADAM. Dengan kejayaan Adam mendapat ijazah Sarjana Muda (Sains Aktuari) itu maka bilangan anak Acik yang dah memiliki ijazah Sarjana Muda (SM) setakat ini ialah 6 orang.  Acik harap akan dapat melihat kesemua 10 orang anak Acik itu berjaya memiliki ijazah SM (sekurang-kurangnya) sebelum Acik dipanggil Allah mengadapNya nanti. Diantara mereka juga biarlah ada pula yang berjaya menjadi doktor samada doktor perubatan maupun doktor Phd.

Setakat ini baru seorang dari anak-anak Acik yang bergelar doktor (perubatan = Dr. Aisyah). Sama-samalah tolong doakan agar pada tahun hadapan seorang lagi anak Acik akan bergelar doktor (Phd = Anas). Semoga semua mereka akan menjadi penyumbang besar kepada pembangunan negara dan kebahgian rakyat Malaysia. Janganlah hendaknya ada seorang pun di antara mereka yang bersikap, “bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditumpang”. Sebaliknya biarlah semuanya bersikap, “resmi padi, makin tunduk makin berisi”.  Tidak ada yang ikut,  “resmi lalang, tegak megah tetapi usang”.

Seorang lagi anak Acik telahpun memiliki ijazah Sarjana (MBA=Abas). Ahmad pula sedang menyiapkan thesis Sarjananya. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda (Ukur Bahan) dari UiTM (2010). Sekiranya Ahmad tidak difitnah demikian rupa, Acik percaya beliau kini telah pun dapat menyiapkan thesis Sarjananya bagi melayakkan beliau dianugerahi ijazah Sarjana oleh UTM tidak lama lagi. Begitulah ujian terhadap Ahmad khususnya dan keluarga Acik amnya.

Sebenarnya anak Acik yang berjaya mendapat ijazah baru-baru ini adalah DUA orang, bukan Adam seorang saja. Kakak Adam (ASIAH) pun berjaya melayakkan diri bagi menerima ijazah Sarjana Muda (Undang-undang). Sepatutnya Asiah turut berada di dewan yang sama pada 28hb November bagi menerima ijazah SM tersebut. Tetapi demi memperjuangkan nasib adik kandungnya Ahmad,  beliau telah mengorbankan KONVOnya.  Pada tarikh tersebut pertuduhan terhadap Ahmad akan disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada jam 8.30 pagi. Jadi agak mustahillah bagi Asiah untuk turut hazir ke majlis konvo yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Censelor, UiTM Shah Alam pada hari yang sama.

Kes Ahmad bukan saja menjejaskan usaha gigih Ahmad sendiri bagi mencapai ijizah Sarjana yang dikejarinya itu, dalam tempoh yang dijadualkan beliau. Sedangkan Ahmad berpotensi meneruskan pelajarannya ke tahap Phd jika diberi peluang.  Bukan Ahmad saja terjejas malah ia turut menjejaskan juga pembelajaran kakaknya Asiah yang sedang mengikuti kursus LLB di UiTM. Mengikut Asiah, kes Ahmad telah mencetuskan suasana yang sangat tidak “condusive”  baginya untuk belajar. Mau ataupun tidak, beliau telah membuat keputusan menangguhkan pembelajarannya ke semesta hadapan.

Seminggu sebelum tarikh konvonya Acik lihat Asiah sibuk membincangkan satu masaalah lain yang tak relevan dengan kes Ahmad. Ia adalah masaalah yang sedang dihadapi oleh seorang rakan yang sedang mengikuti kursus LLB dengannya. Asiah bercadang menemui Naib Censelor sendiri demi menolong rakannya itu. Bagi menyokong dan mendorong Asiah melakukan satu kerja kebajikan, Acik menawarkan diri untuk menemani beliau ke pejabat VC tersebut.

Sebenarnya Acik memang ingin sangat nak bertemu dengan Prof Dr Sahol Hamid setelah terbaca sikit sebanyak tentang latar belakang beliau. Bagi Acik beliau adalah antara tokoh-tokoh terbilang (TT) dalam masyarakt yang layak dikagumi. Antara TT-TT lain dalam bidang pendidikan yang turut Acik kagumi termasuklah Pendita Zaaba, Prof Diraja Engku Aziz, Prof. Awang Had Salleh, Prof Ahmad Ibrahim, Prof Arshad Ayub, Prof Syed Naguib Al Attas dan abangnya Prof. Syed Hussein Al Attas, Prof Syed Hussin Ali, Prof Sidik Baba, Dr. Jomo Sundram dan beberapa lagi yang Acik kurang ingat nama mereka. Jadi inilah peluang keemasan bagi Acik untuk bertemu dengan TT Prof Dr Sahol.

Alhamdulillah, pertemuan Asiah dengan VC (dengan ditemani oleh Acik) tersebut telah berjaya menghasilkan apa yang dihasratkan. Rakan Asiah berkenaan telah dapat ditolongi. Kalau tidak, maka harapan beliau untuk turut sama merasai nikmat berkonvo tidak akan kesampaian. Ibu bapa beliau di kampung yang hanya membilang hari saja untuk datang ke Shah Alam bagi menyaksikan anak kebanggaan mereka menaiki pentas menerima ijazah SM Undang-Undang, pasti akan kecewa besar. Bukan kerana anak mereka itu bersalah, sebaliknya kerana ia enggan membayar denda atas kesalahan yang beliau tidak lakukan. Ini adalah satu prinsip yang wajar dipertahankan. Kata perpatah Melayu, “berani kerana benar, takut kerana salah”.

Begitu sekali sikap “helpful” atau suka menolong  orang lain yang ditunjukkan oleh Asiah. Walaupun beliau sendiri mungkin rasa kecewa kerana tidak dapat menghaziri majlis konvo pada 28hb November 2012 (kerana akan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru berhubung kes Ahmad) namun beliau tidak rela melihat orang lain turut kecewa seperti beliau. Selain itu, beliau juga sanggup berkorban iaitu berhenti (sementara) dari mengikuti kursus LLB, demi membela nasib adiknya yang malang itu. Sewajarnya, sikap yang ditunjuki Asiah dicontohi  oleh semua pihak, bukan sebaliknya. Begitu juga dengan nasib yang dihadapi oleh Ahmad. Beliau harus dibela bukan sebaliknya.

Pedekata, janganlah hendaknya ada sesiapa pun yang  suka melihat anak Acik yang dua beradik itu dibiarkan seperti, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Sikap suka melihat orang lain menerima malang bertimpa-timpa,  tidak akan membantu membangunkan masyarakat, malah sebaliknya. Tanpa adanya manusia yang “helpful”,  UiTM tidak akan berjaya melahirkan individu-individu lain seperti Prof Dr Sahol. Hatta Prof Dr Sahol sendiri adalah sebagai contoh hasil dari sifat-sifat “helpful”  mereka yang menolong beliau ketika beliau ditimpa kegagalan dalam perjuangan hidup beliau, di peringkat awal dahulu. Syabas kepada Dr Sahol. Semoga beliau menjadi  “role model” kepada seluruh penuntut UiTM khususnya, dan kepada seluruh generasi muda amnya.  Wasallam

Daulat Rakyat !                     Allahuakbar  !                   Allahuakbar      !

Ahmad’s SAGA #010 : https://4uni2c.com/2012/11/29/ahmads-saga-010-strategi-barua-jepang/

Ahmad’s SAGA #012 : https://4uni2c.com/2012/12/07/ahmads-saga-012-polis-pun-keliru/

 

@OPajar  #12Z02

~ by OPajar on 2012-12-02.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: