Ahmad’s SAGA #010 Strategi BARUA Jepang
Ahmad’s SAGA #010 Strategi BARUA Jepang
** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://ww.4wuni2c.com
Strategi BARUA Jepang
Setelah mengikuti kes Ahmad setakat ini, Acik (Ayah/Abang+cik) berpendapat bahawa kes Ahmad mungkin telah selesai sekiranya ia ditangani dengan bijaksana, jujur lagi ikhlas. Yang menjadi ianya berlarutan entah sampai bila, adalah kerana masing-masing yang terlibat (samada yang didakwa maupun yang mendakwa) ingin menang dalam mempertahankan “kebenaran” masing-masing secara bermati-matian. Pihak tertuduh sudah tentulah. Manakala bagi pihak pendakwaan pula ia dianggap maha penting demi mempertahankan kredibilitinya sebagai pendakwa yang berkesan supaya digeruni diseluruh nagara.
Semalam (28hb Nov.2012), Acik turut sama berada di dalam Mahkamah Sesyen Johor Bahru mendengar pertuduhan terhadap Ahmad disebut. Acik ingat selepas ianya disebut maka akan ditetapkanlah pula tarikh permulaan sessi perbicaraan. Rupa-rupanya tidak. Pihak pendakwaan membuat sedikit pindaan pula pada pertuduhannya. Kalau dahulu Ahmad dituduh memuat naik kenyataan yang menghina Sultan Johor itu di lokasi yang letaknya di dalam negeri Johor, maka kini lokasi itu ditukar kepada Kuala Lumpur pula. Atas sebab itu maka akan adalah justifikasi untuk memindahkan kes Ahmad ini ke mahkamah lain di Kuala Lumpur.
Bagi Acik, kami sekeluarga tidak kisah sangat di mana kes Ahmad akan dibicarakan. Ada “pro” dan ada “con”nya jika ia dipindahkan ke KL. Antara “pro”nya ialah kami tak perlu berbelanja tinggi. Maklumlah, setiap kali menghadiri sessi perbicaraan Ahmad nanti, (jika di JB) kami akan terpaksa menanggung kos perbelanjaan tidak kurang dari RM1400. Itu bagi satu hari. Jika selama empat atau lima hari. Bagi pihak polis pula, mereka terpaksa menugaskan beberapa anggotanya menjaga keselamatan kami selama kami berada di dalam negeri Johor. Ini belum ambil kira kos melepas iatu kerugian yang dialami kerana tidak menjalankan kerja penting lain yang boleh menghasilkan pendapatan atau lain-lain munafaat kepada diri atau keluarga masing-masing pada hari berkenaan. Contohnya, pendapatan harian anggota keluarga Acik yang terpaksa diabaikan pada hari bilamana sessi perbicaraan dihadiri. Ia mungkin beberapa ratus ringgit nilainya. Semua itu tentulah amat membebankan rakyat miskin macam keluarga Acik ni.
Polis juga terpaksa meninggalkan tugas yang lebih penting mereka demi menjamin keselamatan Acik sekeluarga. Duit rakyat (termasuk duit keluarga Acik sendiri) sebenarnya adalah duit atau sumber negara yang berharga. Perbelanjaan sesia oleh setiap rakyat sebenarnya adalah kerugian kepada negara. Begitulah sebaliknya.
Dari segi “con”nya pula, ia bergantung kepada nawaitu pihak pendakwaan yang pada hakikatnya Acik tidak tahu. Cuma yang dapat Acik agak ialah demi menguntungkan pihak pendakwaan. Dengan pemindahan kes Ahmad dari Mahkamah Sesyen JB ke mahkamah lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Putera Jaya mungkin akan menambahkan lagi peluang kejayaan bagi pihak pendakwaan. Jika nawaitunya bukan untuk kejayaan, apa pula tujuannya membuat pindaan pada pertuduhan awal itu, iaitu menukar lokasi (jenayah dilakukan) dari Johor ke Kuala Lumpur itu.
Jika kejayaanlah yang menjadi objektif utama pihak pendakwaan, maka samalah kesnya macam apa yang Acik ceritakan dalam CEREKANA (CEritaREKaanANAlogi) Acik yang berjodol “Strategi Barua Jepang” itu. Bagi Acik, yang menjadi factor penting kenapa negara kita kucar kacir ialah bila strategi tersebut menjadi pilihan kebanyakan pihak berkuasa. Malah ia ibarat tikus membaiki labu. Sepatutnya Strategi TPMlah yang menjadi pilihan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada masing-masing.
Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang Strategi BARUA Jepang dan Strategi TPM yang Acik maksudkan itu, silalah dapatkannya dalam blog Acik:
https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/
https://4uni2c.com/2012/11/29/strategi-tpm-tun-perak-melaka/
Daulat Rakyat ! Allahuakbar ! Allahuakbar !
Ahmad’s SAGA #009 : https://4uni2c.com/2012/11/26/ahmads-saga-009-sb-mohon-maaf/
Ahmad’s SAGA #011 : https://4uni2c.com/2012/12/02/ahmads-saga-011-korban-kakak/
@OPajar
#12Y29