Ahmad’s SAGA #009 …SB mohon maaf …

Ahmad’s SAGA #009 SB mohon maaf ...

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

SB Mohon Maaf ……..

Acik  (Ayah/Abang+cik) amat tertarik kepada satu berita bertajuk “Bekas SB mohon maaf kepada PAS” yang dimuatkan ke dalam akhbar Harakah 23-25 NOVEMBER 2012 pada muka surat N11. Para pembaca blog Acik ini  tentu bertanya, “apa kena mengena berita tersebut tu dengan kes Ahmad ini ?”. Maksud pertanyaan ialah  ia tak nampak relevan pun dengan kes Ahmad ini.   Tapi pada pandangan Acik, ia memang ada kaitan atau relevan walaupun tidak ketara bagi kebanyakan orang.

Bekas SB berkenaan (Sdr Abdullah Omar) sebenarnya adalah bekas seorang POLIS. Beliau melaksanakan tugasnya sebagai seorang POLIS tentulah mengikut SOP POLIS. Entahlah jika dakwaan bahawa POLIS tidak ada SOP itu benar. Melaksanakan tugas belum tentu dengan kerelaan hati. Ia mungkin kerana dipaksa ataupun TERpaksa. Bukan semua POLIS melaksanakan tugasnya dengan rela hati atau penuh dedikasi. Acik kira majoritinya adalah kerana TERpaksa.

Mereka yang memberkas dan mengheret Ahmad dari KL ke JB juga POLIS. Acik kira mereka pun tentulah juga berpandukan SOP POLIS yang sama.  Yang menginterogasi Ahmad pun POLIS juga. Pendekata semua yang terlibat menguruskan kes Ahmad itu adalah POLIS belaka.  Yang berbeza ialah “mangsa”nya. Mangsa kepada POLIS yang bernama Abdullah Omar itu ialah PAS. Manakala “mangsa”  kepada POLIS-POLIS yang diketuai oleh Nor Azizan itu adalah insan yang dhaif yang bernama AHMAD. Turut berbeza mungkin juga dari segi pangkat mereka. Saudara Abdullah mungkin POLIS yang berpangkat biasa-biasa saja. Tapi  Nor Azizan adalah seorang ACP (Assistant Comissioner of Police).

Kalau SB Abdullah kini memohon maaf kepada mangsanya (iaitu PAS), apalah salahnya jika sekiranya Acik mengimiginasikan ACP Nor Azizan juga akan memohon maaf kepada Ahmad  satu hari nanti ?  Bagi Acik, ianya tidak mustahil. Allah Mahakuasa mampu mentakdirkan apa-apa saja. Jika PAS sedia memaafkan SB Abdullah atas apa juga dosa yang pernah dilakukan terhadap PAS dahulu, maka apakah Acik sekeluarga dan Ahmad sendiri sebaliknya ?   Acik kira tidak untung apa-apa pun jika sekiranya seseorang yang dipaksa atau TERpaksa melakukan sesuatu yang buruk terhadap kita kemudian belliau memohon maaf, sedangkan kita enggan memaafkannya. Kata agamawan, “Sedangkan Nabi pun memaafkan umat, apakah sesama umat kita tidak sedia memaafkan ?”

ACP adalah suatu pangkat yang agak tinggi dalam PDRM.  Jika dalam angkatan tentera Acik kira ia setara dengan colonel. Selepas berpangkat colonel seorang anggota tentera akan menjadi seorang panglima (atau “General’) satu bintang. Kemudian naik lagi kepada 2 bintang hingga ke 4 bintang. Kawan-kawan sekolah APcik ada juga yang berpangkat panglima . Malah tiga orang yang Acik tahu berstatus 3 dan 4 bintang. Cuma taklah pula mereka memakai “bintang” di bahu masing-masing sebab mereka tentera laut dan udara.  Tapi kebanyakan mereka itu dah pun bersara wajib macam Acik.

Yang bestnya, mereka tak sombong  langsung dengan Acik padahal siapalah Acik ini. Jika dipinjam istilah yang digunakan oleh YM Tengku Razali Hamzah suatu ketika dahulu, Acik ni dikira lebih rendah dari seorang “Gurgah”.  Entahlah kenapa kawan-kawan Acik tu tak sombong dengan Acik. Agaknya semasa berkawan dengan mereka dulu Acik tak pernah menipu ataupun berbohong dengan mereka. Mungkin juga sebaliknya, mereka pula yang pernah menipu atau berbohong dengan Acik, cuma Acik saja yang tak pernah tahu sebab tak minat nak ambil tahu. Dek kerana masing-masing memendam perasaan bersalah terhadap Acik (tapi malu nak pohon maaf), mereka pun berbuat baik dengan Acik. Mungkin inilah caranya mereka  melegakan sikit perasaan bersalah mereka terhadap Acik.  Ini hanyalah suatu spekulasi atau gurauan Acik saja, bukan betul tau !  Andai kata jika depa benar-benar bersalah sekali pun, ia sudah lama menjadi sejarah silam. Semuanya dah Acik maafkan, tak de hal semua tu.

Sebenarnya kawan-kawan  Acik yang berpangkat General itu memang individu-individu yang hebat-hebat belaka. Dengan jujur lagi ikhlas, Acik memang mengiktiraf bakat mereka. Mereka jauh mengatasi bakat yang ada pada diri Acik dalam semua aspek,  sejak di bangku sekolah lagi. Jadi pada penilaian Acik, memang mereka tu layak sangat menyandang pangkat tertinggi dalam angkatan tentera. Syabas dan salut kepada mereka. Begitu juga kepada rakan-rakan Acik yang bukan di dalam sector awam yang kata anak-anak muda sekarang, dah jadi “somebody-somebody”.

Sebenarnya mesej yang ingin Acik nak sampaikan di dalam blog ini ialah kita tak perlu SOMBONG kepada sesiapa pun. Tanpa senjata SOMBONG pun masih ada orang yang dapat maju dan berjaya dalam kerjayanya.  Sebaliknya keSOMBONGanlah yang banyak mengundang berbagai-bagai masalah. Akibat terlalu SOMBONG seseorang itu sanggup bersikap tidak jujur. Sanggup ia menipu dan berbohong demi mempertahankan egonya. Pada hal peribahasa Melayu menyatakan,  “ular menyusur akar tak kan hilang bisanya”.  KeSOMBONGan juga mungkin akibat dari kemiskinan ilmu. Orang Melayu mengistilahkan orang yang berilmu itu sebagai orang yang berisi. Maka kita dinasihati supaya, “ikutlah  resmi padi, makin tunduk makin berisi. Jangan ikut resmi lalang, berdiri megah tapi usang (kosong)”

Bukanlah maksud Acik nak mengata bahawa ACP Nor Azizan itu tidak bersikap mesra pelanggan terhadap Acik. Semasa berpeluang berunding dengan beliau dahulu mengenai kes Ahmad itu,  memang beliau sangat OK. Cuma yang Acik agak terkilan ialah bila janji beliau kepada Acik ada yang diCAPATI, yakni tidak diTEPATI. Itu pun Acik cuba faham dengan “putting myself in his shoes” kata orang putih.  Beliau tak dapat tidak pasti dipengaruhi atau tertakluk kepada sistem kerja atau SOP POLIS.  Samada beliau mengikirafnya sebagai SOP ataupun sebaliknya itu hak beliaulah.

Sebenarnya  yang  menjadi MANGSA bukanlah PAS dan Ahmad saja. Hakikatnya ialah kita semua rakyat Malaysia sedang menjadi MANGSA kepada sistem pengurusan negara yang sudah korap.  Sistem yang korap inilah yang sedang menganiayai semua rakyat.  Samada penganiayaan yang dilakukan sesama kita orang awam, maupun oleh pihak kerajaan terhadap rakyat jelata. Negara kita amat memerlukan “BIG minder”  termasuk anda, sepertimana  yang Acik terangkan dalam blog Acik yang bertajuk Ahmad’s SAGA #007 : https://4uni2c.com/2012/11/21/ahmads-saga-007-pendakwaan-terpilih/  Mereka inilah yang bakal memperbaiki sistem pengurusan negara yang telah korap itu. Biarlah kes Ahmad ini menjadi pemangkin kepada perubahan sepertimana yang Acik tulis dalam blog bertajuk Ahmad’s SAGA #001 : https://4uni2c.com/2012/11/12/ahmads-saga-001/

Mudah-mudahan dengan kemenangan PR melalui PRU13 nanti senario kehidupan rakyat negara Malaysia tercinta ini akan berubah 180 darjah. Berubah daripada “curang dan temberang”  kepada “cemerlang, gemilang dan terbilang”, insyaAllah !   Oleh itu sama-sama kita perjuangkan kemenangan PR dalam PRU13 nanti. Wallahualam.

Daulat Rakyat !                 Allahuakbar  !                 Allahuakbar 

 

Ahmad’s SAGA #008 : https://4uni2c.com/2012/11/23/ahmads-saga-008-dipaksa-mengaku-zul-yahaya/

Ahmad’s SAGA #010 : https://4uni2c.com/2012/11/29/ahmads-saga-010-strategi-barua-jepang/

 

@OPajar     #12Y26

~ by OPajar on 2012-11-26.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: