Ahmad’s SAGA #001 Kes Ahmad Pemangkin Perubahan Johor
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL
( Pengguna smartphone ( SP ) sila guna SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
.
Kes Ahmad Pemangkin Perubahan Johor
.
Sebagai seorang OP (Orang Pencen) Acik bertanya kepada diri sendiri, apakah perkara yang berlaku kepada Ahmad (anak kelima Acik) ini suatu ujian Allah ataupun satu kifarat atau balasan. Ya, boleh jadi juga satu ujian, boleh jadi juga satu kifarat. Mungkin juga kedua-duanya sekali.
Selingan
Konspirasi penganiayaan terhadap pewaris-pewaris Sultan Johor
Sila KLIK –> http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp/2012/10/dari-baik-jadi-musuh-part-2.html
Sebagai seorang ayah, Aciklah orang yang berautoriti ke atas keluarga Acik (Ayah/Abang+cik). Autoriti ini Allah yang beri, bukan orang lain yang beri. Jadi Acik tidak ada pilihan. Suka pun Acik kena terima, tak suka pun Acik tetap kena terima juga. Lainlah jika autoriti ini diberi kepada Acik oleh orang lain.
Sebagai pihak yang berautoriti dalam keluarga, maka Acik tidak boleh lepas tangan dari apa yang Ahmad sedang hadapi sekarang. Jika tidak, maka Acik adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Tidak perlu Acik tunggu sampai orang lain kata kepada Acik “anda bapa yang tak bertanggungjawab” baru Acik akan sedar. Sebaliknya ehsan yang sedia ada dalam hati Acik sudah cukup bagi menyedarkan Acik bahawa Acik memang bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh setiap ahli keluarga Acik yang berautoritikan Acik.
Berdasarkan prinsip ini maka Acik mengakui bahawa Acik adalah ayah yang gagal melaksanakan amanah Allah kepada Acik jika sekiranya anak-anak Acik tidak berjaya dalam hidup masing-masing. Khusus dalam kes Ahmad ini, jika terbukti beliau bersalah maka suka atau tidak Acik terpaksa turut rasa bersalah kerana beliau adalah hasil didikan Acik sebagai seorang ayah. Namun Acik masih yakin bahawa Ahmad tidak melakukan apa yang dituduh terhadap beliau itu.
Di sini ingin Acik bertanya anda semua, tidakkah pihak yang diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara amnya dan Johor khususnya selama 55 tahun rasa bersalah kerana gagal mentadbirnya dengan baik. ? Sekiranya ia ditadbir dengan baik kes Ahmad tak mungkin timbul. Malah ini bukanlah kes pertama antara rakyat yang lemah dengan pihak istana.
Suka Acik ambil negeri Kelantan sebagai contoh. Lihatlah bagaimana parti yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri di bawah Tuan Guru Nik Aziz begitu berjaya meningkatkan mertabat dan maruah Sultannya, hingga baginda sangat dihormati lagi disayangi oleh rakyatnya. Tapi apa yang telah berlaku dan sedang dihadapi oleh rakyat Johor adalah sebaliknya.
Apa yang berlaku kepada Ahmad biarlah menjadi pemangkin kepada perubahan positif di negeri Johor. Suka ataupun tidak rakyat Johor perlu terima hakikat bahawa keharmonian hidup mereka sekadar yang ada sekarang, adalah akibat kegagalan parti yang mereka beri mandat untuk memerintah. Apa yang berlaku di Kelantan sekarang adalah sebaliknya. InsyaAllah senario yang sama dengan di negeri Kelantan akan menjadi realiti dan dapat dinikmati di bumi Johor jika sekiranya ianya di perintah oleh Pakatan Rakyat, insyaAllah. Apa pun, yang mampu dan wajar merealisasikan perubahan ialah rakyat Johor sendiri bukan orang lain.
A l l a h u a k b a r !
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan:
Ahmad’s SAGA #002 : https://4uni2c.com/2012/11/15/bila-guru-kencing-berdiri/
Ahmad’s SAGA # Index: https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/
Penjajahan tanpa senjata ke atas negeri Johor: http://amenoworld.blogspot.ae/2013/12/tanah-di-johor-bharu-terjual-dengan.html
Nyahkan Bangsawan Samseng: http://drmaza.com/home/?p=2638
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com
@OPajar #12Y13
Reblogged this on 4uni2c/cerekana.