4uni2c #12Z11 PeRAGUT sen-sen BerLESEN …
2012 Disember 11
Peragut berlesen istihar hasil berBILION
🇲🇾 Acik (Ayah/Abang+cik)tertarik dengan sebuah berita dalam akhbar Metro Bisness, Khamis, 29 November 2012 dalam muka surat A73 yang berbunyi, “Hasil Maxis cecah RM6.66billion”. Kalau Maxis mencapai hasil sedemikian tinggi, agaknya berapa pula Celcom dan Digi ?
Terlebih dahulu biarlah Acik tegaskan bahawa apa yang nak Acik gambarkan di bawah adalah semata-mata berpandukan PERSEPSI peribadi. Samada ia mewakili realiti atau sebaliknya, maka terpulanglah kepada penilaian pembaca masing-masing. Mengikut persepsi Acik, Maxis dan Celcom adalah “PERAGUT berlesen”. Digi, Acik tak tahu sebab Acik bukan pelanggan Digi.
Kenapakah Acik berpersepsi bahawa Maxis dan Celcom sebagai PERAGUT ?
Acik adalah salah seorang dari berjuta-juta pelanggan setia Maxis dan juga Celcom. Malah suatu ketika dahulu Acik turut terlibat mempromosikan kad-kad SIM (prabayar) Maxis dan juga Celcom. Oleh itu dapatlah Acik faham sikit sebanyak tentang beberapa jenis pakej yang ditawarkan oleh Maxis maupun Celcom pada masa itu. Tetapi pada masa sekarang pakej yang ditawarkan mungkin jauh berbeza dari yang ditawarkan dahulu yang Acik mungkin tak tahu.
Acik tak kisah sangat apa jenis pakej pun yang nak ditawarkan oleh kedua-dua syarikat gergasi tersebut dari masa ke semasa, asalkan ADIL kepada pelanggan masing-masing. Pengguna telefon mudahalih bukan semuanya kaya raya. Lebih-lebih lagi penuntut yang mengharapkan duit PTPTN semata-mata.
Sedangkan setiap mereka amat bergantung kepada telefon mudahalih untuk berkomunikasi mengenai urusan persekolahan masing-masing. ADIL yang Acik maksudkan ialah bertimbang rasa, tidak menekan, dan lebih penting lagi ialah tidak meNIPU atau meRAGUT pelanggan.
Anda mungkin sangka bahawa yang menjadi mangsa RAGUT hanyalah wanita-wanita lemah ketika sedang berjalan di bandar-bandar seperti di Chow Kit Road dan sebagainya saja. Tapi sebenarnya Acik sekeluarga pun adalah mangsa RAGUT juga. Sejak mula mengguna telefon mudah alih, entah sudah berapa ribu kali Acik sekeluarga menjadi mangsa RAGUT.
Walaupun duit yang terlibat setiap kali diRAGUT dari Acik dan dari ahli-ahli keluarga Acik itu tidaklah sebanyak apa yang dialami oleh mangsa RAGUT di jalan-jalan, namun jika dijumlahkan sejak sekian lama kami mengguna telefon mudah-alih, rasa-rasa jumlahnya pun banyak juga. Malah jumlahnya mungkin dah mengatasi jumlah kerugian yang ditanggung oleh kebanyakan mangsa RAGUT jalanan.
Apa tidaknya ? Kerap kali bila Acik buat panggilan, orang yang dipanggil tak dapat dihubungi tetapi caj tetap dikenakan keatas panggilan berkenaan. Misalnya sebelum membuat panggilan baki kredit yang ada dalam akaun prabanyar nombor telefon Acik itu masih ada Rm5.00. Tapi selepas membuat panggilan, datanglah sebuah SMS dari pihak Celcom menunjukkan bakinya dah tinggal Rm4.72. Padahal orang yang Acik panggil gagal dihubungi.
Skali lagi Acik cuba buat panggilan ke nombor lain pula. Kali ini pun nasib Acik serupa saja. Orang yang dipanggil gagal dihubungi, tapi baki kredit dalam akaun prabayar Acik susut lagi ke Rm4.44. Kadang-kadang, ketika menerima panggilan dari anak atau isteri Acik sebaik mengangkat telefon taliannya putus. Ini bermakna anak atau isteri Acik di hujung talian sana sudah kena RAGUT.
Jadi dalam satu tempoh yang sengkat saja Acik dan ahli keluarga Acik sudah kena RAGUT sebanyak beberapa puluh sen. Acik pernah berpengalaman diRAGUT sehingga RM10 dalam tempoh tak sampai satu jam. Namun begitu pihak yang Acik panggil itu, sampai sudah pun tak berjaya dihubungi.
Cuba anda bayangkan semasa berlakunya perhimpunan aman seperti BERSIH 3.0 tempoh hari. Berapa ramai yang menyertai perhimpunan tersebut membuat panggilan dalam satu masa. Semasa perhimpunan tersebut, pengguna-pengguna telefon bimbit adalah tertumpu dalam suatu kawasan. Semuanya terpaksa berkongsi talian yang bilangannya adalah terhad.
Katakanlah bilangan talian di dalam kawasan berkenaan hanya 20 ribu, sedangkan yang menggunanya adalah 120 ribu. Sudah pasti bilangan talian yang sedikit itu tidak mampu memberi laluan kepada bilangan pengguna yang jauh lebih banyak dari bilangan talian tersebut, dalam satu masa. Jadi berapa ramai pemanggil yang gagal menghubungi orang yang dipanggil.
Jika sekiranya setiap pemanggil diRAGUT hanya sekali saja seorang, sudah berapa banyak hasil RAGUTan yang dapat dikumpul oleh kedua-dua syarikat telekomunikasi gergasi tersebut. HALALkah hasil tersebut ? Ya …., mungkin halal dari segi undang-undang, tapi sebaliknya dari segi hukum syarak ia tetap haram.
Sehingga kini Acik masih tidak boleh menerima apa yang dikatakan “the rule of the game” yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat telekomunikasi gergasi Maxis dan Celcom itu. Bagi Acik, ini adalah satu amalan yang ZALIM dan tidak rasional. Jika kita memesan sesuatu produk, wajarkah kita membayar harganya jika sekiranya produk tersebut tidak dapat kita miliki ?
Dalam kes ini “produk” yang hendak kita beli itu adalah suatu jenis “perkhidmatan”. “Perkhidmatan” yang dimaksudkan ialah “menghubungkan” kita dengan orang yang kita panggil. Jika sekiranya penyedia perkhidmatan berkenaan gagal menyampaikan (deliver) kepada kita perkhidmatan yang kita perlukan itu, maka apa rasionalnya kita membayar bagi perkhidmatan tersebut ?
Syarikat telekomunikasi tersebut mungkin akan mendakwa bahawa setiap panggilan yang dibuat akan mengakibatkan suatu kos yang terpaksa mereka tanggung, samada panggilan tersebut berjaya ataupun gagal. Jika itulah hujahnya, maka ia bukanlah satu justifikasi yang munasabah untuk memaksa pelanggan menanggung kos berkenaan sepenuhnya, malah meraih untung yang tinggi dari sistem yang tidak efisyen ?
Sepatutnya merekalah yang perlu berusaha sedaya mungkin agar kelemahan teknikal yang menyebabkan berlakunya kegagalan tersebut diatasi dengan segera. Jika dibiarkan semua kerugian dibebankan kepada pelanggan nescaya syarikat tidak akan rasa bahawa telah wujud suatu keperluan yang mendesak, bagi syarikat mengatasi kelemahan dalam sistem perkhidmatan mereka. Lebih-lebih lagi jika aktiviti meraRAGUT terbukti lebih menguntungkan syarikat kerana tidak memerlukan sebarang penambahan pelaburan bagi menambahbaikkan sistem perkhidmatan sedia ada.
Dalam tahun 1994 dahulu Acik ke Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri suatu “conference”. Ketika di sana Acik ada membuat satu panggilan telefon di sebuah booth telefon yang menerima wang siling. Malangnya panggilan tersebut gagal. Berpandukan nasihat yang ditampalkan pada peti telefon berkenaan, Acik pun melaporkan tentang kegagalan tersebut. Dua keping wang siling APcik telah diRAGUT oleh peti telefon berkenaan. Penerima laporan berkenaan mengambil alamat pos APcik di Malaysia.
Tidak lama selepas sampai balik ke Malaysia, sekeping sampul surat pun menyusul. Rupa-rupanya syarikat telefon yang menyediakan perkhidmatan telefon (di AS) berkenaan telah memulangkan dua keping siling yang telah diRAGUT dari Acik beberapa hari yang lepas. Acik kira kos untuk menghantar balik wang siling yang diRAGUT itu kepada Acik lebih mahal dari nilai dua keping siling itu sendiri. Kata orang, “mahal rantai dari kera”
Apakah pengajaran yang boleh kita petik dari pengalaman Acik di atas ?
AS bukanlah sebuah negara Islam seperti Malaysia pun. Tetapi rakyatnya lebih tahu membezakan antara yang HAK dengan yang BATIL. Dalam sistem perniagaan mereka, hak pelanggan dihormati sewajarnya. Oleh itu peniaga tidak boleh dengan sewenang-wenangnya meRAGUT duit dari pelanggan walaupun kecil jumlahnya. Malah jika peniaga TERambil duit dari pelanggannya tanpa sengaja pun, duit tersebut akan dipulangkan dengan kos pemulangan ditanggung oleh peniaga.
Masa Acik ke Orlando itu, telefon mudah-alih belum wujud. Tapi komputer “notebook” baru wujud dan Acik merupakan orang pertama di pejabat Acik yang memiliki sebuah komputer “notebook”. Entahlah kut sekarang ni bila telefon mudahalih dah berlambak, syarikat-syarikat telekomunikasi di Amerika pun dah belajar dari syarikat Malaysia cara-cara meRAGUT pelanggan. Andaikata ini dah turut berlaku di Amerika pun, sebagai negara yang (gilar-gilar) mendakwa sebuah negara Islam, tak kan kut kita pun nak teruskan juga amalan tak beretika tersebut.
Sebenarnya Acik dah beberapa kali menghantar SMS kepada beberapa ahli Parlimen kita mengenai amalan meRAGUT tersebut. Malangnya masih belum nampak apa-apa hasil pun lagi setakat ini. Itu sebabnya maka Acik timbulkan isu ini dalam blog Acik ni. Kut-kutlah akan ada sedikit impaknya selepas ini. Sementara menunggu untuk melihat hasilnya, biarlah Acik buat andaian sendiri bahawa kerajaan UMNO/BN memang merestui amalan syarikat kroni-kroni mereka itu. Dengan lain perkataan kerajaan sendiri telah mengeluarkan LESEN bagi mengHALALkan aktiviti meRAGUT sen-sen daripada pengguna telefon mudahalih dulu, kini dan selama-lamanya.
SELINGAN
Mahukah mereka menghalang peRAGUT ?
Harap-harap, bila negara Malaysia diperintah oleh PR selepas PRU13 nanti, biarlah hendaknya amalan meRAGUT tersebut dihentikan ASAP. Walaupun setiap RAGUTan hanya melibatkan sekadar sen-sen saja, tapi jika dikira jumlah keseluruhannya satu Malaysia, entah berapa puluh ribu RM duit pelanggan setia yang menjadi mangsa RAGUT setiap hari. Tak heranlah bagaimana Maxis Berjaya menutip hasil sehingga mencecah RM 6.66 billion setahun seperti yang dilaporkan dalam akbar Metro berkenaan.
Bukan duit semata-mata yang menjadi isu yang nak Acik “highlight”kan di sini . Yang Acik rasa lebih penting ialah AKHLAK atau ETIKA perniagaan yang wajar diputih dan dipertahankan. Tanpa ETIKA perniagaan, sesutu sistem perniagaan itu tak akan membawa keberkatan kepada negara dalam jangka masa yang lama.
Suatu masa dahulu, pernah suatu amalan yang tidak beretika (yang hampir serupa) dibiarkan berlaku dalam sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Yang Acik maksudkan ialah sistem pengangkutan awam INTRAKOTA. Sistem tersebut diperkenalkan bagi menggantikan sistem pengangkutan awam BMW (Bas Mini Wilayah).
Warga kota dikejutkan dengan suatu kenaikan tambang bas yang agak membebankan di Bandar Raya Kuala Lumpur. Jika tambang bas dalam sistem pengangkutan BMW adalah 60sen, tapi dalam sistem pengangkutan INTRAKOTA tambangnya menjadi 90 sen.
Waktu mula-mula berlaku perubahan dalam sistem pengangkutan awam tersebut, ramai warga kota Kuala Lumpur yang tidak puashati. Walaupun bas yang disediakan lebih selesa dari BMW kerana berhawa dingin, namun ramai yang rasa tak selesa untuk membayar tambang yang 50% lebih mahal. Dari segi kelancaran pula, BMW lebih lancar pergerakannya berbanding dengan INTRAKOTA.
Kerana bilangannya yang banyak, penumpang tak perlu tunggu lama untuk menaiki BMW. Lagi pun ia ditangani oleh dua orang pekerja iaitu pemandu dan penjual tiket. Oleh itu pemandu tidak diganggu dengan tugas menjual tiket seperti dalam system pengangkutan INTRAKOTA. Saiz BMW yang kecil pula memudahkan ia bergerak dengan lincah menyebabkan penumpang dapat sampai ke destinasi lebih cepat berbanding dengan bas INTRAKOTA.
Satu perkara yang sangat menyakitkan hati penumpang bas INTRAKOTA ialah kaedah tak beretika yang diamalkan oleh syarikat bas tersebut. Setiap penumpang diWAJIBkan menyediakan wang siling yang cukup bagi membayar tambang. Sekiranya wang siling penumpang tidak cukup 90sen lalu dibayarnya wang kertas satu ringgit, maka baki 10sen tidak akan dipulangkan.
Sedangkan untuk menyediakan wang siling sebanyak RM 1.80 setiap hari bagi perjalanan pergi dan balik ke pejabat adalah agak sukar ketika itu. Jadi mau tak mau penumpang terpaksalah redho 10sen diRAGUT oleh syarikat bas INTRAKOTA jika gagal mendapat wang siling secukupnya bagi setiap perjalanan.
Kaedah yang sama juga diamalkan di Kota Bharu, Kelantan. Tetapi pemandu basnya akan memulangkan bakinya. Walaupun penumpang-penumpang bas INTRAKOTA nampak redho terhadap RAGUTan tersebut, namun dalam hati masing-masing mana kita tahu. Mungkin ramai menyumpah terhadap “taukeh” bas INTRAKOTA sambil berdoa agar syarikat tersebut dihukumi kerana keZALIMannya.
Agaknya, oleh sebab terlalu ramai orang miskin menyumpah dalam hati terhadap pihak yang meRAGUT mereka itu, maka berlakukan satu peristiwa yang menggemparkan seluruh negara. Tokoh koperat yang disabitkan secara langsung dengan syarikat bas INTRAKOTA itu telah menerima balasannya. Beliau telah hancur berkecai bersama-sama dengan helikopter yang dimilikinya. Khabarnya kemalangan yang sangat trajis itu berlaku ketika beliau dalam penerbangan untuk pulang ke rumah ibunya di pantai timur .
Khabarnya juga bahawa seorang ulama tersohor telah diselamatkan Allah dari trajidi tersebut. Di sinilah yang dikatakan suatu “blessing in disguise” telah berlaku terhadap ulama berkenaan. Beliau sepatutnya turut sama dengan tokoh koperat berkenaan ke pantai timur untuk menziarahi ibu beliau yang sedang sakit. Akan tetapi , oleh sebab beliau agak terlewat sampai ke pengkalan dimana helikopter tersebut dijadualkan berlepas, maka beliau telah ditinggalkan. Kata ulama tersebut (selepas berlaku trajidi tersebut), beliau rasa seolah-olah sudah mati hidup semula.
Acik suka mengambil peristiwa trajis tersebut sebagai iktibar. PeRAGUTan duit rakyat miskin yang dilakukan oleh bas INTRAKOTA hanya melibatkan jumlah yang kecil sahaja bagi setiap orang penumpang, iaitu sen-sen saja. Namun demikian, jika mangsa-mangsa RAGUT tidak redho, maka kutipan syarikat bas INTRAKOTA itu adalah HARAM dari segi syarak walaupun dari segi undang-undang mungkin ia dianggap “legal”.
Begitu juga dengan peRAGUTan duit pengguna-pengguna telefon mudahalih oleh syarikat telekomunikasi gergasi Celcom dan Maxis itu. Walaupun dari segi jumlah yang diRAGUT setiap kali dari seseorang pengguna adalah juga sekadar sen-sen saja, namun ia tetap HARAM kerana bercanggah dengan prinsip keadilan.
Tokoh koperat yang telah disabitkan dengan amalan meRAGUT duit rakyat miskin (yang terpaksa bergantung kepada perkhidmatan bas INTRAKOTA) itu akhirnya telah menemui nasib sedemikian rupa. Apakah peristiwa yang serupa tidak mungkin menimpa keatas individu atau pihak lain pula selepas ini, yang juga melakukan perbuatan yang serupa ?
Mengikut firasat (ramalan Pak Belalang) Acik, jika amalan meRAGUT duit rakyat dibiarkan berterusan begini, bukan saja peRAGUT – peRAGUT yang akan hancur, malah kerajaan UMNO/BN juga akan turut hancur selepas PRU13 nanti. Ini kerana mereka hanya pandai berpeluk tubuh saja (i.e. membiarkan amalan buruk itu berterusan), sedangkan melindungi rakyat yang lemah dari menjadi mangsa penindasan adalah tanggunjawab asas sebagai parti yang diamanahkan memerintah negara.
Acik bukanlah seorang ahli firasat yang “power”, tapi firasat Acik di awal tahun dahulu bahawa PRU13 hanya akan berlaku dalam tahun 2013 nampaknya akan menjadi kenyataan. Dulu ketika DSAI mula-mula masuk UMNO pun Acik pernah kata kepada rakan-rakan dalam ABIM bahawa sekiranya DSAI benar-benar IKHLAS memperjuangkan Islam dari dalam (UMNO), beliau tidak mungkin akan berjaya menjadi seorang PM. Firasat tersebut terbukti benar bila DSAI dipecat dari jawatan TPM dalam tahun 1998 iaitu genap 500 tahun selepas Bendahara Tun Perak (Malaka) meninggal dunia. Wallahualam
d a u l a t r a k y a t !
PenCERAHan yg relevan
Pencuri sen sen berlesen http://4uni2c.com/2013/11/24/4uni2c-13y24-pencuri-sen-sen-berlesen/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
*** Utk ke blog UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
@OPajar #12Z11
Jelas. Allah akan membalas akan yg kita lakukan…
perniagaan dan perkhidmatan seperti ini benar belaku tapi ini bukan nya sesuatu yang pelik atau kesilapan kerajaan pemerintah . sistem ini telah berlaku dimana mana bukan dalam sistem komunikasi sahaja. ini juga melibatkan sistem parking bermeter dan sistem bayaran hasil tanah dan sebagainya.
rasanya kurang tepat jika tuan mengambil semua ini sebagai salah pemerintah. cuba tuan lihat di sebaliknya carilah perkara yang baik kerajaan telah lakukan contohnya tabung darah negara, dana bencana negara dan sebagainya. dan cuba tuan kaitan perkara ini dengan peranan kerajaan menjaga kebajikan tuan, keluarga tuan, saudara mara tuan dan seterusnya negeri tuan dan negara tuan sejak tuan masih kecil. fikirkan apa yang baik pemerintah tuan telah wujudkan untuk menjaga tuan dan keluarga tuan. memjahamkan sesuatu lebih mudah daripada membinanya. fikir fikirkanlah jika tuan mempunyai akal budi yang baik. duduk sejenak dan FIKIRKANLAH apa yang orang dulu2 beritahu yang baik itu dari allah
jangan tuan hanya terpengaruh dan terikut ikut dengan dakyah jahat menhancurkan kerajaan yang banyak menbantu tuan dan keluarga tuan.
Setiap saat berlaku penganiayaan. Ada tiga “pelakun” dalam kejadian tersebut yakni yang dianiayai, yang menganiayai dan pihak berkuasa yakni kerajaan. Tugas kerajaan ialah menghukum penganiaya, membela yang dianiayai. Kerajaan mesti wujudkan satu mekanisma supaya pengadilan dilaksanakan. Jika dalam sistem komunikasi “meragut” pelanggan, kerajaan kena menghalang bukan sekadar berpeluk tubuh. Jika tak mampu biar pihak lain yang menjadi kerajaan.