Ahmad’s SAGA #016 Gajah Sama Gajah Berjuang

** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL **

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Gajah Sama Gajah Berjuang

Pelanduk Mati Di Tengah-tengah

Kelmarin (2012 Disember 28) Acik (Abang/Ayah cik) ke Johor Bahru (JB) lagi. Ini adalah untuk kali ke-4 ke JB berhubung dengan kes Ahmad yang didakwa menghina Sultan Johor. Bulan lalu Acik juga hadir di mahkamah sesyen yang sama untuk mendengar sebutan tuduhan terhadap Ahmad dibaca dihadapan Tuan Hakim buat kali pertama. Tetapi bila pihak pendakwaan membuat sedikit pindaan atas pertuduhan tersebut, maka ianya perlu disebut semula kelmarin.

Alhamdulillah, dengan ketegasan Tuan Hakim maka terikh perbicaraan telah ditetapkan juga walaupun pihak pendakwa masih belum bersedia dengan bukti-bukti yang diperlukan. Jika nak tunggu hingga pendakwa benar-benar bersedia dengan bukti-buktinya, entah berapa kali lagi sessi mendengar sebutan tuduhan akan diadakan, sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Oleh itu Tuan Hakim menetapkan juga tarikh perbicaraan iaitu dalam bulan Februari 5,6,7 dan 8 haribulan. Ini bermakna Acik akan ke JB sekali lagi buat kali ke-5. Jika setiap kali ke JB tidak kurang dari  RM1000 diperlukan, maka cubalah jumlahkan berapa kosnya apabila kes Ahmad selesai nanti. Mungkin RM40 ribu ataupun lebih.

Supaya kos yang ditanggung bagi setiap kunjungan Acik serta keluarga ke JB berbaloi, maka Acik dan keluarga merancang melawat tempat-tempat lain yang sohor dan popular, sempena kunjungan wajib kami ke JB itu. Kelmarin selepas sessi di mahkamah, kami pulang ke Lembah Kelang melalui Melaka Bandar Bersejarah.

Kami  singgah di bandar tersebut selama beberapa jam. Sungguh meriah dan ramai pengunjung. Acik rasa Melaka Bandar Bersejarah memang wajar dijadikan destinasi perlancongan bagi rakyat Malaysia maupun pelancong-pelancong dari luar negara.

Lokasi yang kami kunjungi  itu ialah sebuah bukit di mana di atasnya terdapat sebuah gereja lama peninggalan penjajah.  Di kaki bukit tersebut iaitu bersebelahan sebatang sungai, terletak sebuah muzium. Pamiran yang ada dalam muzium tersebut sangat menarik  dan informatif buat Acik.

Di tingkat satu bangunan muzium tersebut ada dipamirkan potret beberapa orang sultan Melaka yang memerintah negeri tersebut sejak ianya mula dibuka (1402) hingga ianya jatuh ke tangan Portugis (1511). Setiap potret itu pula diiringi oleh sedikit cerita tentang peristiwa bersejarah yang telah berlaku ketika itu.

Dari berbagai-bagai cerita sejarah yang  Acik sempat baca, yang paling menarik perhatian Acik ialah tentang perebutan kuasa oleh dua orang anak raja yang berlainan ibu. Seorang bernama Raja Kasim dan seorang lagi bernama Raja Ibrahim.

Selepas kemangkatan ayahanda mereka Sultan Melaka, raja Ibrahim telah ditabalkan menjadi Sultan. Walaupun Raja Kasim adalah kekanda kepada Raja Ibrahim, tetapi baginda dikira tidak layak mewarithi takhta Kesultanan Melaka kerana bonda baginda hanyalah rakyat biasa.

Sebaliknya Raja Ibrahim adalah beribukan seorang yang berdarah raja. Agaknya telah ada termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Melaka ketika itu bahawa putera Sultan yang ibunya bukan berdarah raja tidak layak mewarithi takhta.

Kononnya,  selepas Raja Ibrahim menaiki takhta kerajaan Melaka, kekandanya (Raja Kasim) telah tidak dibenarkan lagi tinggal di istana. Baginda terpaksa meneruskan hidupnya di kalangan rakyat jelata khususnya masyarakat nelayan. Layanan kurang wajar terhadap baginda oleh pihak istana mungkin membuat rakyat simpati kepadanya.

Pengalaman hidup di kalangan rakyat jelata pula mungkin membuat baginda menjadi lebih mesra rakyat berbanding dengan adindanya yang besemayam selesa di atas takhta.  Sifat mesra rakyat tersebut mungkin menjadi factor penting yang membuat baginda menjadi popular lagi disayangi oleh rakyat jelata.

Semasa hidup dikalangan rakyat jelata itu, baginda telah bertemu dengan seorang agamawan Islam. Atas pengaruh agamawan berkenaan maka timbulkan hasrat Raja Kasim untuk merampas kuasa dari tangan adinda baginda (Raja Ibrahim). Dengan pengaruh agamawan tersebut, akhirnya Raja Kasim telah berjaya merampas takhta dari tangan adindanya Raja Ibrahim.

Raja Ibrahim bukan sahaja kehilangan takhta malah kehilangan nyawa akibat terbunuh dalam perjuangan mempertahankan hak baginda sebagai raja yang sah lagi berdaulat dari dirampas oleh kekanda sebapanya (Raja Kasim).  “Sudah jatuh ditimpa tangga”,  kata pepatah Melayu bagi mengambarkan nasib malang Raja Ibrahim.

Ketika membaca catitan sejarah berkenaan, dalam fikiran Acik terbayang suatu peperangan sengit antara Raja Kasim dengan Raja Ibrahim.  Perjuangan antara mereka berdua tentulah tak sama dengan pergaduhan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yakni satu lawan satu. Sebaliknya pergaduhan dua orang anak raja tentulah melibatkan pengiring dan pengikut masing-masing yang ramai.

Oleh itu pergaduhan itu lebih merupakan peperangan kerana ia melibatkan bilangan yang ramai. Lazimnya dalam setiap peperangan mesti ramai yang akan terbunuh. Walau pun tidak pula disebut berapa bilangan yang terbunuh dalam perebutan kuasa antara kedua-dua putera Sultan tersebut, namun Acik percaya bahawa ramai yang telah terkorban.

Sejarah adalah untuk kita jadikan iktibar. Yang baik untuk kita jadikan teladan dan yang sebaliknya untuk kita jadikan sempadan. Sejarah di atas memberi gambaran bahawa telah berlakunya penyalahgunaan kuasa dan sikap tidak patuh kepada undang-undang tubuh yang telah sedia ada bagi negeri Melaka ketika itu. Jika sekiranya Raja Kasim menghormati undang-undang tubuh negeri Melaka ketika itu, tentulah baginda tidak ingin merebut takhta kerajaan negeri Melaka yang telah diduduki oleh adinda baginda Raja Ibrahim yang lebih layak.

Sekadar Raja Kasim seorang diri saja yang berjuang untuk merampas kuasa dari seorang Sultan yang berdaulat, maka usahanya itu tentulah tidak akan ke mana-mana. Namun yang menjayakan usaha Raja Kasim untuk merampas takhta dari tangan adiknya (Sultan Ibrahim) adalah barua-baruanya .

Barua-barualah yang selalunya menjadi kacang hantu dalam masyarkat di semua peringkat. Baik di peringkat organisasi, kampung, daerah, negeri hatta negara sekalipun. Fenomina ini wujud bukan di zaman dahulu sahaja, bahkan hingga ke saat-saat ini.

Angkara barua-barua inilah yang sering membawa kerosakan bagi jangka masa panjang, walaupun pada mulaya ia menampakkan hasil-hasil positif.  Tindakan barua-barua ini biasanya melampaui sempadan keadilan. Dengan kata lain, barua-barua ini langsung tidak menghormati prinsip keadilan. Antara contoh-contoh kezaliman barua-barua, boleh dibaca di dalam sebuah CEREKANA bertajuk “ Strategi Barua Jepang ”  yang terdapat dalam PenCERAHAN  https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

Apapun, setiap kali berlakunya konfrantasi antara dua pihak yang berebut kuasa, maka yang akan menjadi korban adalah pengikut-pengikut masing-masing.

Balik kepada peristiwa perebutan takhta di atas, sistem pemerintahan Melaka ketika itu boleh dikatakan tidak kemas dan tidak berkesan. Jika sistem pentadbiran Melaka ketika itu mantap dan berkesan, maka sudah tentu Raja Kasim telah kecundang.  Raja Ibrahim yang ditabalkan secara sah itu sudah tentu dapat terus kekal sebagai Sultan yang berdaulat, berdasarkan undang-undang tubuh negeri Malaka ketika itu.

Malangnya, akibat sistem penguatkuasaan undang-undang yang lemah ketika itu, maka apa yang telah berlaku adalah sebaliknya.

Kisah perebutan kuasa yang dilakarkan di atas juga boleh dijadikan satu contoh bagi memahamkan kita tentang satu peribahasa Melayu  yang berbunyi , “Gajah sama gajah berjuang, kancil mati di tengah-tengah”.  Gajah yang dimaksudkan dalam peribahasa tersebut adalah merujuk kepada Raja Kasim dan Raja Ibrahim. Manakalah kancil adalah merujuk kepada pengikut-pengikut mereka dan rakyat jelata.

Antara pengikut-pengikut tersebut serta rakyat jelata ada yang terkoban akibat peperangan yang dicetuskan oleh kedua-dua anak raja berkenaan . Ini adalah satu dari kerenah-kerenah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat jelata yang hidup di bawah sistem pemerintahan beraja. Itu sebabnya kebanyakan negara-negara yang tinggi tamadunnya telah lama menyahkan sistem pemerintahan tersebut .

Semoga perangai buruk yang diamalkan oleh individu yang menduduki takhta mungkin menjadi pemangkin kepada penghapusan sistem pemerintahan beraja sesebuah negara.

Perebutan takhta tidak mustahil masih boleh belaku di zaman ITC sekarang.  Jika ia berlaku, maka pihak yang diberi mandat memerintah negeri berkenaan tidak boleh lari dari pertanggungjawaban. Acik percaya, dengan sistem pertahanan  dan keamanan canggih yang wujud di zaman moden ini, apa yang telah belaku di Melaka beratus tahun dahulu itu tidak wajar berlaku sekarang.

Dengan perkataan lain, pihak yang diberi mandat memerintah negeri berkenaan tidak boleh biar peristiwa yang sama berlaku tanpa usaha yang cukup bagi menghalangnya.  Sekiranya ia gagal dihalangi oleh kumpulan ini,  maka rakyat jelata negeri berkenaan wajar menukar kerajaan dengan memberi mandat kepada pihak lain yang sanggup dan mampu memperbetulkan keadaan.

Apa pun,  Acik harap Ahmad bukanlah salah seekor dari  “kancil-kancil” yang terkorban akibat  dua ekor “gajah” yang sedang berjuang.

Wallahualam.

Selingan :

Ahmad Abd JalilAnda Wira Rakyat

http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp/search?updated-min=2013-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2014-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&max-results=36

d   a   u   l   a   t       r   a   k   y   a   t    !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA #017  Bagai berhakimkan beruk : https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/

Ahmad’s SAGA # Index   https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

 

@OPajar

#12z31

Advertisements

~ by OPajar on 2012/12/30.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: