4uni2c #13120 Kredit Prabayar diRAGUT !

** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL.

Kredit Prabayar DiRAGUT !

RM0.00 AEON MEMBER/J CARD DAY AEON METRO PRIMA, 23/1/13 9.30am-11pm. Disc up to 70% & get RM5/10 AEON Vch with purchase of RM100. T&C apply. Call 1300803535

From: 63660

19/01/2013

04:09:30PM

Pada pagi semalam (19hb Jan 2013) isteri Acik (Ayah/Abang+cik) telah mendapati bahawa KREDIT prabayar (Celcom) beliau telah HILANG tidak kurang dari RM 8, selepas jumlah kreditnya ditambah RM 25 pada 16hb Jan lepas.

Beliau pun menalefon Celcom Careline 1111 bagi membuat pertanyaan mengenai kehilangan kredit tersebut.  Jawapan yang diberi oleh pihak Celcom amat mengejutkan. Apa yang difahamkan kepada beliau ialah beliau KONONnya telah meLANGGAN dengan sebuah syarikat bagi mendapatkan maklumat-maklumat tertentu dari syarikat berkenaan dari masa ke semasa. Bagi SETIAP SMS yang diterimanya, beliau akan diCAJ DUA RINGGIT.  Pada hal beliau TAK SEDAR apa-apapun bahawa beliau pernah membuat LANGGANGAN  yang  seBODOH itu.

Setelah menerima message tersebut di atas (di sebelah petang), isteri Acik mendapati pula bahawa kredit prabayar Celcom beliau susut lagi RM 2. Ini bermakna sejak 16hb Jan yang lepas beliau telah keRUGIan tidak kurang dari SEPULUH RINGGIT. Dengan menerima SMS di atas maka barulah beliau tahu bahawa PERAGUT kredit prabayar (Celcom) beliau ialah AEON (63660). Mungkin juga ada lagi PERAGUT lain tetapi  belum dapat dikenalpasti.

Sebelum ini pun isteri Acik itu telah tertanya-tanya kenapa kredit prabayar beliau asyik hilang saja sedangkan beliau jarang membuat panggilan dengan menggunakan telefon yang memakai  SIM prabayar (Celcom) berkenaan.

Berdasarkan pengalaman isteri Acik yang di atas itu, Acik ingin bertanya kepada semua pengguna perkhidmatan telefon prabayar beberapa soalan berikut:

  1.  Adalah isteri Acik seorang saja dari berjuta-juta pengguna  telefon PRABAYAR yang kehilangan kredit ?
  2. Jika isteri Acik itu diDAKWA bersetuju meLANGGAN dengan syarikat tersebut, apa rasionalnya beliau berbuat demikian?  Apakah beliau seBODOH itu hingga sanggup rugi RM2 setiap kali menerima SMS dari syarikat tersebut. Sedangkan SMS tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan syarikat itu sendiri.
  3. Apakah undang-undang Malaysia mengHALALkan penipuan ke atas pengguna telefon oleh mana-mana syarikat perniagaan mahupun oleh syarikat telekomunikasi sendiri  ?
  4. Apakah Celcom turut menjana keuntungan yang besar dengan bersyubahat dengan syarikat berkenaan bagi menindas pelanggan2nya yang lain ?
  5. Apakah tindakan yang wajar diambil oleh kita semua sebagai pengguna telefon mudah alih terhadap penipu-penipu seperti yang di atas ?

Acik harap semua rakan-rakan Facebook yang pernah diRAGUT kredit prabayarnya TIDAK akan berDIAM DIRI membiarkan perkara ini dari terus berleluasa tanpa melakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya ia hendaklah menghebahkan berita ini kepada semua rakan-rakannya.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan: 

4uni2c # 12z11 PeRAGUT sen-sen BerLESEN  https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/

4uni2c # 13y24 PENCURI sen-sen BerLESEN   https://4uni2c.com/2013/11/24/4uni2c-13y24-pencuri-sen-sen-berlesen/

*** Untuk ke blog UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

 

@OPajar  #13120

Advertisements

~ by OPajar on 2013/01/19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: