4uni2c #13310 Fahami Kaedah TAHAN Suspek

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Catitan :

Sedutan dari Harian Metro Sabtu 9 FEBRUARI 2013

Dari Bukit Aman

Oleh: Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin

.

Fahami kaedah tahan suspek

.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah badan penguatkuasaan undang-undang terulung di negara ini sejak 305 tahun lalu bagi mengekalkan undang-undang dan memastikan ketenteraman Malaysia.

Dedikasi dan kesetiaan warga PDRM selama ini adalah tonggak keamanan sehingga negara berjaya membangun ke peringkat sekarang sejak mencapai kemerdekaan.

Malangnya, kebelakangan ini, segelintir masyarakat mula mempertikaikan peranan PDRM. Pelbagai persepsi negatif lahir dan disebarkan untuk menjatuhkan imej PDRM.

Antara tuduhan melulu ialah mengenai proses tangkapan dan jamin polis yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Saya ingin berkonsi pengetahuan mengenai proses tangkapan. PDRM tidak boleh bertindak sesuka hati menangkap suspek kerana setiap tindakan terikat dengan peraturan dan undang-undang.

Tidak semua kes yang dilaporkan orang ramai membolehkan PDRM melakukan tangkapan serta merta. Saya percaya apabila seseorang itu membuat laporan, beliau hanya akan berpuas hati jika suspek yang dikenal pasti terus ditangkap dan ditahan.

Jika polis gagal membuat tangkapan walhal suspek sudah dicam, timbul andaian bahawa wujudnya unsur-unsur rasuah.

Tanggapan ini tidak benar. Dalam menjalankan siasatan, pegawai penyiasat perlu memastikan sama ada kesalahan yang dilaporkan adalah kesalahan boleh ditangkap’ atau ‘kesalahan tidak boleh ditangkap’.

Kesalahan boleh ditangkap bermaksud satu kesalahan  yang mana seorang pegawai polis menangkap pesalah tanpa waran seperti yang termaktub dalam Kanun Tatacara Jenayah, contohnya semua kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara selama tiga tahun dan ke atas.

Manakala, kesalahan tidak boleh ditangkap adalah kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara kurang dari tiga tahun atau boleh dihukum dengan denda saja.

Contohnya, kes membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera) dan Seksyen 160 KK (gaduh gempar) adalah kesalahan tidak boleh ditangkap, yang mana Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada pendakwa raya hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum siasatan dimulakan dan tindakan tangkapan dilaksanakan.

Dua perkara ini sering dipertikaikan masyarakat yang terbabit dalam kejadian seperti bertumbuk atau pengadu ditampar selepas berlaku perselisihan faham yang mana suspek dikenali.

Sebaik sahaja laporan polis dibuat, pengadu mahu suspek ditangkap tanpa memahami peraturan undang-undang.

Jaminan polis

Hakikatnya, undang-undang menyatakan bahawa siasatan terhadap kes itu dan tangkapan tidak boleh diteruskan tanpa mendapat OTI daripada pendakwa raya.

Perkara kedua ialah mengenai ‘jaminan polis’. Bayangkan satu scenario di mana selepas laporan polis dibuat, suspek yang terbabit dalam kes jenayah kemudiannya ditangkap.

Pengadu pasti lega kerana suspek kini dalam tahanan polis. Malangnya, semasa berjalan di pusat bandar, pengadu mendapati suspek sedang gelak ketawa bersama di sebuah restoran.

Justeru, timbul prasangka buruk bahawa suspek dibebaskan kerana memberi rasuah kepada pegawai tertentu.

Sebenarnya, dalam menahan seseorang, polis perlu memastikan sama ada sesuatu kesalahan itu dikategorikan ‘kesalahan boleh jamin’ atau ‘kesalahan tidak boleh jamin’ atau ‘kesalahan tiada jamin’.

Kesalahan boleh jamin adalah kesalahan yang memberi hak kepada seseorang yang dituduh di mahkamah untuk dilepaskan atas jaminan. Jika tertuduh mampu mengemukakan penjamin, mahkamah hendaklah melepaskannya dengan jaminan.

Bagi kesalahan yang tidak boleh dijamin, mahkamah mempunyai budi bicara memberikan jaminan bagi tertuduh yang melakukan kesalahan di bawah kategori berikut:

  1. kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan kelihatan tiada alasan munasabah bagi mempercayai pesalah adalah bersalah.
  2.  Kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan kelihatan ada alasan munasabah bagi mempercayai pesalah adalah bersalah, tetapi pesalah adalah wanita, pesalah muda atau seorang yang lemah tubuh badan.

Bagaimanapun, jika kesalahan itu membabitkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan kelihatan ada alasan munasabah bagi mempercayai pesalah adalah bersalah, mahkamah tidak boleh membenarkan jaminan.

Sementara bagi kesalahan tiada jamin, mahkamah tiada kuasa memberi jaminan seperti di dalam kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh), Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 12 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat).

Kesimpulannya, saya ingin mengajak orang ramai berkongsi dengan ahli keluarga dan mengenai perkara ini.

Walaupun PDRM diberi kuasa menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan, terdapat undang-undang yang mesti dipatuhi.

PDRM tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa ketika melaksanakan tugas. Polis juga tidak boleh terlalu ghairah membuat tangkapan. Sedangkan sesuatu kesalahan itu bersifat kesalahan tidak boleh ditangkap.

Penulis ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Ahmad’s SAGA #021    https://4uni2c.com/2013/02/28/ahmads-saga-021-undang-undang-perlu-dihormati-semua/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Advertisements

~ by OPajar on 2013/03/09.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: