Ahmad’s SAGA #021 Undang-Undang Perlu DiHORMATI Semua
Ahmad’s SAGA #021 Undang-Undang Perlu diHORMATi Semua
*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://ww.4wuni2c.com
Undang-Undang Perlu diHORMATI Semua
Petang kelmarin (27hb Feb 2013) Acik (Ayah/Abang+cik) bersama-sama adik kandung Acik ke limbongan kapal milik NGV Tech di Sijangkang, Selangor. Kami diundang oleh Pengerusi Eksekutifnya sendiri bagi menyaksikan pelancaran kapal NAVY kedua yang disiapkan di limbongan berkenaan. Walaupun menerima undangan melalui SMS saja namun Acik dua beradik sudah cukup merasa “obliged” bagi memenuhi undangan tersebut. Malah rasa teringin pula apabila diberitahu bahawa yang akan menyempurnakan pelancaran kapal NAVY tersebut ialah YA Berbahgia Tun Dr. Hasmah dengan diiringi oleh Mantan PM Tun Dr Mahathir. Bagi Acik jika yang merasmikan sesuatu aktiviti itu seorang yang sohor, maka bolehlah dijangka bahawa bakal-bakal hazirin tentulah orang-orang penting dalam masyarakat. Mereka inilah yang Acik berhajat nak bertemu di majlis tersebut.
Semasa kami sedang dalam perjalanan di atas lebuhraya yang menghala ke Pulau Indah, tiba-tiba terdengar bunyi siren peronda Polis dari belakang. Dengan sekelip mata saja kereta Kelisa yang Acik pandu itu dipotong oleh sebuah kereta Audi hitam dengan nombor platnya ??? 55. Mendahului kereta mewah tersebut ialah sebuah motorsikal besar berkuasa tinggi yang ditunggangi oleh individu yang berbaju putih. Tentulah penunggang motor besar itu Polis mengikut tekaan Acik.
Adik Acik pun mencetuskan satu komen terhadap kereta Audi yang dipandu laju tersebut. Mengikut Adik Acik tu, kalau di England semua pengguna jalanraya adalah tertakluk kepada undang-undang. Tiada siapapun yang dibiar melanggar undang-undang hatta VVIP sendiri. Contohnya (mengikut beliau) Puteri An sendiri tidak terlepas dari hukuman kerana melanggar undang-undang jalanraya di England. Kerana kesalahan memandu dengan laju berulang kali, lessen memandu baginda akhirnya dibatalkan. Akibatnya baginda diharamkan memandu sepanjang hayat. Hebat juga undang-undang negara bekas penjajah kita tu ya ? Apa kurangnya jika dibanding dengan negara jiran kita Singapura.
Baru-baru ini seorang rakan Facebook Acik mencerita satu kisah benar yang telah berlaku di Singapura berkaitan dengan kes pelanggaran undang-undang jalanraya. Di Singapura, polisnya amat tegas terhadap pesalah jalanraya tanpa kira status individu berkenaan. Untuk lebih detail sila baca dalam blog berikut: https://4uni2c.com/2013/02/24/4uni2c13224-ketegasan-polis-singapura/ Syabas polis Singapura kerana menunjukkan tauladan yang sangat mengkagumkan Acik. Amat betuahlah kita rakyat Malaysia jika polis kita pun berani bertegas dengan pesalah-pesalah jalanraya tanpa memandang bulu seperti polis Singapura dan polis England itu. Dengan cara begitu baru boleh harap kadar kemalangan jalanraya akan menurun (yakni betambah baik).
Bayangkan apa akan berlaku jika tindakan yang tegas diambil ke atas pemandu kereta mewah Audi yang Acik maksudkan itu. Silap hari bulan, bukan pemandu atau pemilik kereta tersebut yang akan menerima hukuman, tetapi sebaliknya anggota penguatkuasaan yang cuba mengambil tindakan wajar itu pula yang akan menerima padahnya. Walaupun tindakannya itu adalah berdasarkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh NEGARA ke atas bahunya. Walaupun tindakan yang diambilnya mengikut prosidur dan lunas undang-undang jalanraya yang telah diterimapakai dalam negara. Adalah malang bagi kita rakyat biasa jika realitinya adalah berbeza dari hasrat undang-undang berkenaan. Dengan kata mudah, di dalam negara Malaysia Darul Serba Boleh ini, bukan semua orang tertakluk kepada undang-undang yang sama. Walaupun ada orang kata, “everyone is equal” di sisi undang-undang, tetapi ada pula orang lain yang kata, “some people are more equal than the others”.
Acik percaya, jika fenomena, “some people are more equal than others” ini boleh wujud atau dibiarkan wujud dalam kes-kes yang begitu ketara, tak hairanlah jika dalam hal-hal yang tidak ketara fenomina sedemikian lebih mudah bermaharaja lela. Maksud Acik ialah pelanggaran undang-undang jalanraya adalah perlakuan salah yang semua orang boleh nampak dengan mata kepala masing-masing. Namun begitu pun, pesalahnya dilepaskan begitu saja bila individu yang terlibat itu adalah “somebody” atau yang bertaraf VVIP. Jadi tak hairanlah Acik jika dalam perkara-perkara yang perlakuan kesalahannya tidak jelas, maka pesalahnya langsung tidak diambil peduli. Sebaliknya, yang lebih buruk lagi ialah bila yang melakukan sesuatu kesalahan adalah itu orang biasa atau “nobody”. Walaupun kesalahan tersebut hanyalah suatu kesalahan yang remeh, namum hukumannya sangat keterlaluan.
Sebenarnya kereta Audi yang memotong Kelisa Acik dengan laju macam peluru itu mengingatkan Acik kes mahkamah yang disedang dihadapi oleh Ahmad anak Acik tu. Teringat pula tentang suatu kenyataan yang pernah disuarakan oleh salah sesorang dari 10 orang anak Acik yang bunyinya lebih kurang begini, “kalaulah ayah ni seorang OKU (orang kuat UMNO), adakah anak ayah (Ahmad) akan dilayan sedemikian rupa ? Sebab ayah OKP (P=PAS) lah kut maka Ahmad dilayan sedemikian rupa”. Rupa-rupanya ada juga asasnya kenyataan anak Acik tersebut. Sekiranya Acik seorang Ketua Bahagian, malah Ketua Cawangan pun jadilah asalkan dalam UMNO/BN, agaknya sudah lama anak kelima Acik itu dibebaskan dari tuduhan ke atas beliau itu.
Dalam masa yang sengkat itu juga teringat pula Acik kepada keratan akhbar yang Acik masih simpan kerana ia agak relevan dengan kes Ahmad tu. Ia adalah dari Harian Metro bertarikh 9hb Feb 2013 pada muka surat 24 (Minda) bertajuk “Dari Bukit Aman : Fahami kaedah tahan suspek” oleh Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin. Penulis ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), PDRM Bukit Aman. Sila rujuk kepada https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13310-fahami-kaedah-tahan-suspek/
Berdasar kan keFAHAMan peribadi Acik dari apa yang ditulis oleh penulis, penahanan reman terhadap Ahmad dan layanan yang diterima Ahmad adalah amat keterlaluan. Ia semata-mata bagi memuaskan hati pihak-pihak tertentu secara zalim. Dengan kata lain tindakan terhadap Ahmad telah dilaksanakan tanpa mengikut prosidur yang sewajarnya. Amat malang bagi seluruh rakyat Malaysia jika apa yang dialami oleh Ahmad itu telah menjadi amalan biasa yang sering diaplikasi terhadap semua orang awam yang bukan “somebody”. Mudah-mudahan fenomina ini akan bertukar 180 darjah bilamana PR memerintah nanti. Acik doakan. Biarlah di bawah pemerintahan PR nanti, tidak ada lagi DUA set undang-undang yang mendiskriminasikan rakyat Malaysia, sesuai dengan slogan 1Malaysia. Maksudnya, rakyat tidak lagi dikategorikan sebagai “somebody” dan “nobody”.
Berbalik semula kepada isu kereta Audi hitam tadi, sebagai rakyat yang agak berpelajaran Acik merasa agak kecewa melihat sistem pentadbiran negara sekarang. Ia tidak menjamin keadilan sebenarnya untuk kesejahteraan seluruh rakyat jelata. Contohnya, Adik Acik itu berpeluang mendapat pendidikan di England selama kira-kira 6 tahun. Bermacam jenis pengalaman berguna yang beliau perolehi sepanjang beliau tinggal di negara tersebut yang dapat Acik berkonsi dengannya sebagai iktibar. Yang baik apa salahnya dijadikan tauladan walaupun dari masyarikat bukan Islam. Begitu juga dengan yang buruk. Tak wajarkah dijadikannya sempadan walaupun dari negara orang Islam sendiri.
Tertanya-tanya juga Acik, apakah amalan baik yang dibawa balik oleh pemimpin-pemimpin negara kita dewasa ini, dari negara yang berTAMADUN tinggi, tempat mereka menimba ilmu dahulu. Rakyat semuanya tahu bahawa ramai di kalangan menteri-menteri kita termasuk PM sendiri, telah mendapat pendidikan “tertiary” di luar negara. Namun apakah budaya cemerlang yang mereka telah tunjukkan kepada rakyat untuk dijadikan amalan ? Apakah budaya minum arak sesuatu yang kita harap dibawa balik oleh mereka ? Apakah keJUJURan itu bukan elemen penting yang ditekankan oleh masyarakat tempat mereka belajar dahulu ? Jika demikian, adakah mereka itu sentiasa besikap jujur dalam mentadbir negara ?
Acik sampai di perkarangan limbongan kapal NGV Tech kira-kira 4.30 petang. Kami berdua disambut mesra oleh Ketua Pengawal syarikat tersebut. Beliau dipanggil “Paklong Yahaya” oleh seluruh warga NGV Tech. Terlihat saja beliau, teringat pula Acik akan nama Yahaya yang ada kaitan dengan tuduhan terhadap Ahmad. Tambahan pula nama Pengerusi Eksekutif NGV Tech ialah Datuk Zulkifli Sharif, rengkasnya Zul. Kebetulan pula Datok Zul dan Paklong Yahaya adalah saudara kandung seibu sebapa. Kata Mat Saleh (Mad Sailor), “what a coincidence !” bahawa nama watak Zul Yahaya dalam kes Ahmad serupa dengan nam Datuk Zul yang di cantum dengan nama Yahaya abang kandungnya itu. Sedangkan sebenarnya kedua-duanya tidak ada kena mengena pun. Harap-harap ini tidaklah dijadikan bukti tambahan bagi menguatkan lagi tuduhan terhadap Ahmad itu.
Syabas Acik ucapkan kepada warga NGV Tech amnya dan kepada Datuk Zul khususnya atas kejayaan mereka membina kapal NAVY kedua. Kononnya masa yang diambil bagi membina kapal tersebut hanya 48 hari. Ini amat mengkagumkan semua orang. Bukan diperingkat negara malah Acik rasa di peringkat global, Sebelum ini entah dah berapa banyak dah kapal-kapal yang telah dibina di limbongan kapal NGV Tech, tetapi semuanya dieksport. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, bukannya Datuk Zul tak berminat untuk membina kapal untuk NAVY kita tapi malangnya tidak pernah mendapat tawaran tender sebelum ini. Tiba-tiba bila Tun Dr Mahathir telah menjadi mantan PM dapat pula tender untuk membuat kapal untuk kerajaan Malaysia. Sedangkan masa Tun Dr M masih bergelar PM tidak pula dapat peluang NGV Tech membina kapal untuk negara. Agak pelik kan …. ? Tapi itulah realitinya yang dapat kita semua saksikan. Itulah yang dikata rezeki Allah yang biasa saja bagiNya untuk diberi kepada sesiapa juga yang Dia sukai.
Pelancaran dan penamaan kapal NAVY berkenaan telah disempurnakan dengan jayanya oleh YA Berbahgia Tun Dr Hasmah Ali, isteri kepada mantan PM, Tun Dr Mahathir. Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi kepada seluruh warga NGV Tech amnya dan khususnya kepada Datuk Zulkifli Sharif. Tanpa izin Allah segala-galanya pasti tidak akan berlaku. Dan semuanya dapat dilakukan atas hasil kerjasama perbagai pihak yang sama-sama berkerja keras ke arah menjayakan pembinaan kapal berkenaan dalam tempoh masa yang begitu sengkat.
Selepas upacara pelancaran kapal tersebut disempurnakan, semua hazirin dan hazirat telah dijemput menjamu selera. Acik berpeluang duduk di salah sebuah dari meja-meja yang dikhaskan untuk ahli-ahli keluarga. Bersama-sama di meja tersebut ialah Paklong Yahaya sendiri. Selain beliau ialah Pakcik Acik sendiri iaitu Kolenel (B) Ismail Salleh. Acik rasa beliaulah ahli keluarga Acik yang paling tua (selepas ibu kepada Datuk Zul) yang masih hidup. Jika nak disebut di sini tentang jasa baik Pakcik Acik tersebut, mungkin terlalu panjang jadinya blog ini. Jadi memadailah jika Acik nyatakan bahawa beliau merupakan seorang model untuk kami contohi. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya.
Dari Paklong Yahaya ada juga kisah-kisah menarik yang dapat Acik kutip. Mengikut Paklong Yahaya (PY), beliau pernah berkawan dengan Tan Sri Alimudin (mantan KP Pelajaran) masa sama-sama mula bekerja di pelabuhan dahulu. Oleh sebab Tan Seri rajin belajar dan menambahkan pencapaian akedemiknya, maka akhirnya beliau berjaya menjadi seorang KP Pelajaran di hujung-hujung umurnya. Syabas Acik ucapkan buat TS Alimudin. Namun, apa kurangnya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh PY dalam kerjayanya sebagai seorang pengawal keselamatan. Dahulu, Paklong Yahaya hanya seorang pengawal keselamat yang tak ada apa-apa pangkat. Beliau redha tidak dinaikkan pangkat asalkan tidak dilibatkan dengan unsur-unsur rasuah. Namun kini beliau adalah CHIEF atau ketua pasukan keselamatan bagi syarikat NGV Tech yang mempunyai lebih dari seribu pekerja. Itulah yang disebut dalam Al Quran tentang kekuasaan Allah bagi menurunkan atau menaikan martabat atau status seseorang, wallahualam.
Di akhir majlis maka tibalah masanya bagi tetamu khas utama iaitu Tun Dr Siti Hasmah serta Tun Dr Mahathir meninggalkan majlis. Kedua-duanya diiringi oleh peminat-peminat mereka hingga ke pintu kereta yang sedang sedia menunggu. Acik dan adik Acik hanya memerhati dari jauh saja. Entah apa sebabnya, tak rasa teringin pula kami untuk ke hadapan supaya dapat bersalam-salaman dengan kedua-dua Tun tersebut. Namun tak bermakna kami tidak menghormati dan menghargai jasa-jasa mereka sebagai bekas pemimpin utama negara. Siapa yang tahu apa sebenarnya dalam isi hati Acik hingga nak senang-senang tuduh bahawa kami tak suka atau benci kepada mereka.
Yang agak memeranjatkan kami ialah bila terpandang pada kereta yang sedang dimasuki oleh kedua-dua Tun tersebut. Apa tidaknya, jenama kereta itu, dan nombor platnya serupa dengan jenama dan nombor plat kereta mewah yang memotong kami macam peluru beberapa jam yang lepas. Apakah komen yang sesuai kita beri andaikata kita sendiri yang nampak bekas seorang pemimpin utama negara tidak lagi menghormat undang-undang. Ia tentu akan membawa implikasi yang buruk kepada negara jika tidak ada pihak yang berani membuat tegoran ikhlas demi kebaikan semua. Wallahualam.
Ahmad’s SAGA #020: https://4uni2c.com/2013/02/05/ahmads-saga-020-a-friend-in-need-is-a-friend-indeed
Ahmad’s SAGA #022 CAHAYA di hujung terowong: https://4uni2c.com/2013/05/18/550/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://ww.4wuni2c.com
Daulat Rakyat ! Allahuakbar ! Allahuakbar !
OPajar #13301