Ahmad’s SAGA #020 A Friend in Need is The Friend Indeed
Ahmad’s SAGA #020 A Friend in Need is The Friend Indeed
*** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL.
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
A Friend in Need is The Friend Indeed
Semalam (5hb Feb 2013) adalah hari pertama perbicaraan ke atas Ahmad. Bagi menghormati prosidur mahkamah Acik (Abang/Ayah+cik) tak cadang nak membuat apa-apa komen dalam blog ini. Cuma Acik sekadar ingin memaklumkan kepada rakan-rakan FB semua bahawa Ahmad berada dalam semangat juang yang sangat tinggi. Alhamdulillah, sebagai ahli keluarga yang sama dengan Ahmad kami semua turut bersemangat mengikuti perbicaraan semalam. Mudah-mudahan keadaan ni kekal hingga Ahmad dibebaskan dari tuduhan yang dialaminya. Sama-samalah kita doakan.
Kes Ahmad sebenarnya membongkarkan banyak perkara. Yang paling penting bagi Acik sebagai seorang ayah ialah melihat bagaimana anak-anak Acik semuanya begitu bersungguh-sungguh sekali membela Ahmad, saudara seibu sebapa mereka itu. Sebelum ini Acik tak sedar pun betapa intimnya hubungan persaudaraan mereka adik beradik. Namun selepas berlakukan pertuduhan sebegitu berat terhadap salah seorang dari mereka, maka ketaralah bahawa semangat ukhwah sesama mereka begitu erat sekali. Masing-masing yakin bahawa Ahmad tidak melakukan apa yang dituduh terhadapnya. Ia umpama menuduh Ahmad minum arak semata-mata kerana ada laporan mengatakan Ahmad turut masuk ke kedai arak bersama-sama beberapa orang kawan. Ya, masing-masing mungkin boleh percaya bahawa Ahmad memang ada masuk ke dalam kedai arak tersebut. Namun nak percaya beliau pun turut sama minum arak, amat susah bagi mereka yang kenal rapat dengan Ahmad hendak mempercayanya.
Setelah melalui ujian begini mencabar bagi Acik yang sudah lanjut umur ini, maka mulalah mengenang kembali sejarah-sejarah lampau. Samada sejarah hidup yang telah Acik sendiri lalui, mahupun sejarah-sejarah yang sedia tercatat dalam buku-buku sejarah. Antara sejarah yang sedia tercatat dalam buku sejarah ialah sejarah Singapura Dilanggar Todak, Hang Tuah dan sebagainya. Semua itu mengingatkan kita betapa kuasa telah disalahgunakan.
Dalam cerita Singapura Dilanggar Todak misalnya, diceritakan bagaimana kuasa disalahgunakan semata-mata kerana bimbang, kalau-kalau kuasa akan dirampas oleh orang yang lebih cerdik yang bergelar Hang Nadim. Manakala dalam cerita Hang Tuah pula digambarkan betapa tidak berhati-hatinya Raja yang berkuasa ketika itu menerima dan mempercayai tuduhan oleh rakyatnya sendiri terhadap rakyatnya yang lain. Namun yang paling penting dalam cerita Hang Tuah itu ialah bagaimana akrabnya persaudaraan dua orang rakyat yang bergelar Hang Tuah itu dengan sahabatnya yang bergelar Hang Jebat. Bagi Acik yang lebih Acik “admire” ialah semangat persaudaraan yang ditujuki oleh Hang Jebat terhadap sahabatnya Hang Tuah. Kalau sekadar berkawan pun boleh menwujudkan ukhwah yang begitu tinggi apakan pula sesama adik beradik. Kata orang putih, “a friend in need is the friend indeed”. Jika nak diungkapkan ke dalam bahasa Melayu, “rakan semasa dihajati, itulah rakan sejati”. Di ketika kita menghajati sesuatu pertolongan, maka rakan yang sanggup menghulurkan pertolongan itulah dia sebenarnya rakan sejati.
Baru-baru ni Acik turut hazir dalam suatu majlis yang diadakan bagi mengingati persaudaraan sesasama rakan sekolah Acik yang dibentuk mulai 1969 hingga 1972 (sila KLIK blog di bawah). Dengan semangat ukhwah yang tinggilah maka yang dah berhijrah ke negara luar pun sanggup datang untuk turut hazir dalam majlis tersebut. Majlis tersebut mencetuskan semangat ukhwah yang baru di hati Acik terhadap individiu-individu yang pernah Acik gauli suatu ketika dahulu. Antranya ialah pengamal undang-undang yang telah begitu lama Acik tidak jumpa. Contohnya ialah OP Dato’ Shafie Abdullah rakan sekelas Acik di tingkatan enam dahulu. Mereka yang lain yang sempat terlintas dalam ingatan Acik akhir-akhir ini ialah yang duhulunya Acik kenali sebagai OP Zulkefli bin Ahmad Makinudin, OP John Ohara, Sdr Hassan Lah, Sdr Sheikh, Sdr Sulaiman, Sdr Azhar dan beberapa orang individu yang lain. Mungkin antra mereka ada yang dah jadi somebody somebody sekarang. Apakah masih ada antara mereka itu masih mengingati Acik dan masih sebagai pengamal undang-undang. OP Zul terutamanya. Suatu ketika dahulu dijemputnya Acik ke rumahnya semasa Acik ke Sarawak atas urusan rasmi. Apa agaknya persepsi mereka terhadap Acik jika mereka maklum tentang kes Ahmad anak Acik ini.
Wallahualam.
Ahmad’s SAGA #019: https://4uni2c.com/2013/02/04/ahmads-saga-019-mengapa-berhijrah/
Ahmad’s SAGA #021: https://4uni2c.com/2013/02/28/ahmads-saga-021-undang-undang-perlu-dihormati-semua/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
Daulat Rakyat ! Allahuakbar ! Allahuakbar !
@OPajar #13206