Ahmad’s SAGA #019 Mengapa BerHIJRAH ?
*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL
(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Mengapa BERHIJRAH ?
Dua malam yang lepas (2012 Feb 02) Acik (Ayah/Abang+cik) turut sama hadir dalam satu majlis. Bagi Acik majlis itu bukan calang-calang majlis. Ia dihadziri oleh mereka yang boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Mereka adalah sebagai rakyat Malaysia yang boleh dibanggakan.
Insan kerdil seperti Acik hanya beberapa kerat saja yang bersama di majlis tersebut. Yang hadzir itu bukan sahaja dari seluruh Malaysia, hatta dari luar negara. Antaranya ialah dari England, Kanada, Australia, New Zealand dan China. Acik dimaklumkan bahwa mereka itu sanggup datang begitu jauh semata-mata kerana ingin menghadziri majlis tersebut.
Bagi Acik, ia adalah suatu pengalaman yang begitu bersejarah kerana dapat menghaziri suatu majlis seperti itu. Pertama, kerana Acik diundang khusus oleh penganjurnya. Kedua Acik telah dirai’ begitu rupa hingga tak terasa bahawa antara Acik dan hadzirin yang lain wujud perbezaan yang agak ketara dari segi status sosial ekonomi dan pangkat.
Yang paling Acik terharu ialah layanan seorang pesara Jeneral (tiga bintang) terhadap diri Acik. Sebaik sahaja bertemu Acik, dipeluknya Acik dengan erat seolah-olah adik dengan abang yang bertemu semula selepas hanyut di lautan. Agaknya kerana kami telah tidak pernah berjumpa sejak hampir 40 tahun yang lalu.
Kami dulu belajar dalam satu kelas masa di tingkatan 4 dan 5. Namun, selepas tamat MCE (Malasian Certification of Education) beliau terus menyertai angkatan tentera sebagai seorang juruterbang jet pejuang. Manakala Acik meneruskan pelajaran ke tingkatan enam dan kemudian ke Universiti Malaya.
Dua perkara penting telah tercetus dalam rangka pemikiran Acik selepas menghaziri majlis tersebut. Pertama tentang konsep ukwah atau persaudaraan, dan kedua persoalan kenapa agak ramai rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain.
Persoalan ukwah ataupun persaudaraan adalah suatu faktor penting yang sangat wajar dipupuk. Cara ianya dipupuk juga penting kerana ia akan menentukan setakat mana ianya berjaya. Tentang semangat persaudaraan, Acik rasa sekolah di mana Acik belajar dahulu memang begitu berjaya menanam semangat ukhwah yang begitu mendalam.
Tanpa semangat ukhwah yang begitu mantap, maka tak mungkin mereka yang tinggal begitu jauh sanggup datang semata-mata untuk menghadziri majlis berkenaan. Bukan ada apapun. Cuma nak berjumpa kembali rakan-rakan yang sama-sama mendaftarkan diri untuk belajar dalam tingkatan empat di sekolah yang sama, di awal tahun 1969 dahulu.
Dalam majlis tersebut Acik turut berpeluang mendengar ucapan rengkas dari Menteri Wilayah (Datok Raja Nongcik). Biasalah tu, jika seorang ahli politik berucap, tahu-tahu sajalah apa objektifnya. Selain beliau, turut hazir ialah anak kepada bekas menteri kabinet arwah Tun Abdul Razak dahulu (iaitu Tan Sri Aishah Gahni).
Yang Acik tak dapat jumpa ialah seorang rakan sekelas dengan Acik masa di tingkatan enam dahulu. Beliau ialah pengamal undang yang agak sohor, iaitu Datuk Shafie Abdullah. Selain Acik, ada juga hadzirin lain yang tertanya-tanya kenapa Datuk Shafie tidak hadzir.
Macam tak lengkap pula rasanya majlis tersebut tanpa kehadziran tokoh seperti Datuk Shafie itu. Agaknya beliau terlalu sebok dengan isu kapal selam Scopene kut. Itu sebabnya tiada masa langsung untuk menjenguk rakan-rakan lamanya yang berkumpul dalam majlis tersebut.
Faktor penting kedua yang turut tercetus dalam fikiran Acik selepas menghaziri majlis berkenaan ialah persoalan kenapakah agak ramai rakyat Malaysia telah berhijrah ke negara lain ? Tak rasa rugikah kita bila rakyat kita yang hebat-hebat berhijrah ke negara lain ? Apa salah-buat kita sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu hingga mengakibatkan penghijrahan telah menjadi satu fenomina bagi negara kita ini ? Sekiranya fenomina ini berterusan, Acik rasa agak mustahil wawasan 2020 akan menjadi realiti.
Rakan-rakan sekolah Acik yang kini telah berhijarah ke negara lain itu bukan sebarang individu. Tiap-tiap mereka adalah antara individu-individu yang Acik paling “admire” ketika bergaul dengan mereka di sekolah dahulu. Orangnya bersofan, “humble”, cerdik, berazam , berdisiplin dan sebagainya.
Yang tak kurang penting ialah mereka itu tidak racist langsung. Pendekata semua mereka itu adalah tergolong di kalangan rakyat Malaysia yang besar sumbangannya kepada pembangunan negara. Agaknya selepas menilai pelbagai faktor yang menunjukkan trend kehidupan rakyat Malaysia sejak sekian lama semakin hura hara dan haru-biru, maka mereka membuat keputusan bijak untuk berhijrah ke negara yang lebih “selamat” mengikut persepsi masing-masing.
Jika tidak, masakan mereka sanggup meninggalkan tanah air yang tercinta untuk berhijrah. Jika Makkah kondusif bagi pengembangan Islam ketika itu, masakan Nabi kita Muhammad s.a.w. berhijrah ke Yatrib (Madinah). Apakah mereka kurang patriotik ? Atau pun mereka yang mengeluarkan kad pengenalan kepada PATI tanpa kelayakan yang sah dari segi perlembagaan negara itu lebih patriotik ?
Sejak anakanda Acik (Ahmad) di”culik” dan dibawa ke Johor Bahru kerana dituduh menghina YM Sultan Johor, Acik sekeluarga mulai terasa kesan negatif dari fenomina dalam sistem kehidupan rakyat Malaysia sekarang. Salah seorang dari 10 anak Acik adalah juga tergolong di kalangan professional yang sangat diperlukan di dalam negara dewasa ini. Setakat ini beliau seorang saja telahpun menyumbang lebih dari Rm5 ribu untuk membantu adiknya menghadapi kes mahkamah berkenaan.
Beliau pun kini tersebut-sebut kepada Acik sekeluarga hasratnya untuk berhijrah ke negara luar bila tamat “edah”nya dengan kerajaan Malaysia nanti. Jika dahulu, Acik sekeluarga memang sangat keberatan mengizinkannya, tetapi perasaan kami kini dah berubah 180 darjah. Yang penting ialah, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Jika, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”, apa gunanya kekal hidup di negeri sendiri. Bukankah bumi Allah ini luas ?
Sehingga ini Acik belum nampak lagi tanda-tanda bahawa trend negatif tersebut akan bertukar menjadi positif. Entahlah, kalau-kalau semua rakyat Malaysia seluruhnya benar-benar ingin malah berazam untuk membuat reformasi. Maksud Acik ialah, mereka semua sepakat akan memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.
Semoga mereka berjaya mengatasi segala bentuk penipuan yang akan digunakan oleh BN untuk mengekalkan mandat haram yang masih di tangannya. Jadi marilah kita sama-sama usaha dan doakan akan perubahan positif tersebut akan berlaku dalam masa terdekat ini, insya Allah. Wallahualam.
P/S :
Oh ya, lupa Acik nak maklum. Esok (5hb Feb 2013) adalah tarikh Ahmad akan mula dibicarakan di mahkamah seksyen Johor Bahru. Tempoh yang ditetapkan untuk perbicaraan ke atas beliau ialah sehingga 8hb Februari. Acik harap sesiapa yang tahu kes beliau ini tolong-tolonglah doakan. Doakan bukan sekadar kemenangan untuk Ahmad, malah kemenangan kepada sistem kehakiman negara kita yang telah “rosak” sejak Tun Dr M mengambilalih jawatan utama negara awal 80an dulu. Ini ada Acik ulaskan dalam blog : https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/
Wallahualam.
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Ali’s SAGA # 05 Berhijrah ke Sweden https://4uni2c.com/2014/10/25/alis-saga-05-berhijrah-ke-sweden/
Ahmad’s SAGA # Index https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/
Ahmad’s SAGA #020: https://4uni2c.com/2013/02/05/ahmads-saga-020-a-friend-in-need-is-a-friend-indeed/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://ww.4wuni2c.com
@OPajar #13204