Ali’s SAGA # 05 : BerHIJRAH Ke Sweden

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Ali berhijrah ke Sweden

 

Hari ini (2014Oktober25) adalah hari pertama bagi tahun Hijarah 1436. Ramai umat Islam menyambut tahun Hijrah dengan riang gembira. Mereka yang tahu telah membaca doa sempena akhir tahun hijrah 1345 selepas solat Asar semalam (24 Okt 2014). Kemudian selepas solat magrib membaca pula doa menyambut tahun Hijrah 1346..

Bagi Acik (Ayah/Abang+cik) inilah pertama kalinya Acik membaca kedua-dua doa tersebut sepanjang hidup Acik. Seorang anak bekas Menteri Malaysia telah bermurah hati mengirim doa-doa tersebut kepada kumpulan WhatsApp kami. Terima kasih tak terhingga kepada beliau. Kerana kiriman beliau itulah maka Acik rasa terdorong untuk membacanya.

Kadang-kadang sesuatu yang jarang-jarang berlaku itu, bila ianya berlaku maka akan adalah sesuatu implikasi yang menarik. Begitulah dengan hal yang berlaku seperti yang disebut di atas. Rupa-rupanya ia menandakan sesuatu kejadian penting telah berlaku kepada Ali, anak Acik yang baru didakwa di bawah Akta Hasutan itu.

Petang tadi seorang sepupu Acik menalipon Acik bertanyakan tentang Ali. Katanya beliau terbaca berita tentang Ali di dalam Malaysiakini. Agak terkejut juga Acik (Ayah/Abang+cik) mendapat tahu bahawa Ali kini telah berada di luar negara. Khabarnya, Ali telah berjaya meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Sweden.

Selingan:

 Ali berhijrah ke Sweden selepas didakwa beberapa kali di bawah Akta Hasutan 1948

http://www.malaysiakini.com/news/278586

Panggilan telefon dari sepupu Acik itu sangat melegakan hati Acik. Beliau adalah seorang Warga Emas Malaysia yang pernah berkhidmat lama di luar negara. Oleh itu apa yang diperkatakan beliau tentang negara luar, tidaklah meragukan Acik. Lebih-lebih lagi tentang negara Sweden yang tidak berapa jauh dari negara di mana beliau pernah berkhidmat dahulu, selama beberapa tahun.

Dengan mengambil nasihat dari sepupu yang menalifon Acik itu, Acik rasa eloklah Ali berhijrah ke negara lain. Jika Ali sendiri sudah merasa bahawa Malaysia bukan lagi tempat yang selamat untuknya, maka apa salahnya beliau meninggalkan Malaysia. Kalau tidak untuk selama-lamanya pun, sekurang-kurangnya biarlah untuk seketika.

Mungkin ramai orang dah tahu bahawa Ali ini adalah saudara kembar kepada Ahmad Abd Jalil. Ahmad adalah seorang anak muda yang pernah dijatuhi hukuman denda RM20 ribu oleh Mahkamah Johor Bahru tidak berapa lama dahulu. Ahmad kini sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat PhD. Sebagai saudara kembar yang sangat rapat dengan Ahmad, maka sudah tentulah Ali telah mengikuti perbicaraan Ahmad dahulu dengan penuh minat, dari A hingga Z.

Apa yang diperlakukan terhadap Ahmad telah membuat Ali sangat tidak berpuashati dengan pihak-pihak tertentu. Beliau seolah-olah ingin menuntut bela ke atas saudara kembarnya itu dengan caranya sendiri. Cara Ali itu mungkin semua orang tak boleh setujui, namun motif tindakannya itu mungkin ramai yang boleh setuju.

Demikianlah juga, mungkin semua rakyat tidak boleh setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh anak muda yang bernama Adam Adli suatu ketika dahulu. Namun ramai dari rakyat yang boleh setuju dengan objektif yang ingin dicapai oleh beliau melalui tindakan salahnya itu. Bila tiada lagi jalan alternatif yang “legal”, maka jalan yang salah itu bukanlah suatu pilihan tetapi suatu keterpaksaan. PenCERAHan :  https://4uni2c.com/2013/05/24/adam-adlis-saga-101-apakah-yang-adam-adli-mahu/

Di zaman kegemilangan kesultanan Melaka dahulu, mungkin semua rakyat Melaka tak setuju dengan cara Hang Jebat menderhaka terhadap Sultan. Namun ramai yang mungkin setuju bahawa hukuman bunuh ke atas Hang Tuah adalah justifikasi yang munasabah kenapa Hang Jebat sanggup menderhaka. Seluruh rakyat tahu bahawa hubungan persahabatan Hang Jebat dengan Hang Tuah adalah tersangat akrab hinggakan “seperti isi dengan kuku”. Isi tentulah kesakitan jika kuku dipisahkan darinya.

Jika nak dibandingkan tindakan Ali menuntut bela dengan tindakan Hang Jebat menuntut bela, tentulah amat jauh perbezaannya. Kata pujangga, “macam langit dengan bumi”. Hingga ke saat ini pun, masih belum ada seorang pun yang terbunuh akibat Ali menuntut bela ke atas saudara kandungnya Ahmad. Bukan saja tiada yang terbunuh dilaporkan, malah yang teguris pun tiada. Sedangkan yang dibunuh oleh Hang Jebat adalah ramai.

Walaupun Ali tidaklah sampai mencederakan sesiapa, namun layanan yang diterimanya semasa dalam tahanan Polis adalah amat mengecewakan beliau. Layanan tersebut tidak setimpal langsung dengan kesalahan yang beliau dituduh melakukannya. Layanan tersebut mungkin telah membuat beliau benar-benar insaf.

Keinsafan Ali bukanlah bererti beliau menyesal dengan apa yang telah beliau lakukan. Sebaliknya, Ali insaf kerana telah memberi kepercayaan kepada sistem pengadilan di Malaysia sebelum ini. Namun, kini Ali mungkin telah serik. Beliau mungkin telah hilang seluruh keyakinan tehadap kredibiliti Mahkamah Malaysia. Dengan lain perkataan, Ali melihat bahawa mahkamah di Malaysia tidak mampu lagi menjanjikan apa-apa keadilan untuknya.

Kerana telah berputus asa agaknya dengan sistem pengadilan di Malaysia, maka Ali kini telah meninggalkan negara tempat tumpah darahnya sendiri. Atas faktor (berputus asa) tersebut, maka tidak ada gunanya lagi untuk memujuk Ali supaya kembali ke Malaysia. Biarlah Ali menikmati ketenangan hidup di negara orang, sekiranya negara sendiri gagal menyediakan ketenangan yang diimpikannya.

Sama-samalah tolong doakan agar usaha Ali untuk mendapat suaka politik akan berjaya. Juga sama-sama tolong doakan agar suasana yang kondusif untuk keselamatan setiap rakyat berjaya diwujudkan di Malaysia. Mudah-mudah dengan wujudnya suasana kondusif tersebut Ali dan juga semua warga negara Malaysia yang senasib dengannya tidak akan teragak-agak untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta masing-masing, di Malaysia.

Selingan 2 :

Konsi Gelap Mengancam Keselamatan Ali :  

https://www.youtube.com/watch?v=taJ288mimWo

 

p/s

Acik baru dimaklumkan bahawa seorang pegawai Polis dari Johor telah cuba menghubungi peguam kepada Ali. Ini telah menimbulkan spekulasi bahawa Ali mungkin akan diheret semula ke Johor Bahru untuk didakwa dan dibicarakan. Mungkin apa yang dilakukan terhadap saudara kembarnya (Ahmad) dahulu akan diulangi ke atas Ali pula. Malah nasib Ali nanti mungkin akan lebih buruk dari nasib Hang Jebat.

Masa Ali dibebaskan dari tahanan Polis di Balai Polis Nusajaya (Johor) dahulu, kami dijanjikan dengan dua kemungkinan. Pertama Ali akan terus dibebaskan. Keduanya Ali akan didakwa.  Kami difahamkan bahawa, jika sekiranya sehingga 2014 Oktober 13 dakwaan terhadap Ali tidak dibuat, maka bermakna Ali akan terus dibebaskan.

Apakah itu satu “Janji diTEPATI” atau “Janji diCAPATI”,  ianya belum dapat disahkan setakat ini.

Wallahualam.

d a u l a t    r a k y a t  !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/

Ali’s SAGA # 01 Ali adalah manifestasi jenarasinya  https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

Ahmad’s SAGA #019 Mengapa BerHIJRAH ?  https://4uni2c.com/2013/02/04/ahmads-saga-019-mengapa-berhijrah/

Ahmad’s SAGA #201 A Catalyst of Change   https://4uni2c.com/2012/12/24/ahmads-saga-201-a-catalyst-of-change/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@ OPajar (# 14X26)

Advertisements

~ by OPajar on 2014/10/25.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: