4uni2c # 13726 POLIS: Fahami Akta Perhimpunan Aman

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Dari Bukit Aman oleh Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zain Timbilan KPN

Disalin dari Harian Metro 29Jun 2013 m.s. 24 Minda

Fahami Akta Perhimpunan Aman

Perhimpunan Bersih 3.0 dan Perhimpunan Janji Demokrasi pada sambutan Ambang Merdeka 2012, Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 serta Perhimpunan Blackout 505 sering mendapat liputan meluas media massa dan dibincang secara hebat melalui media alternatif dan sosial.

Sebahagian besar perbincangan berkisar kepada tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani perhimpunan ini. Tidak kurang juga mereka yang menuduh PDRM tidak professional dan tidak menghormati demokrasi atau hak kebebasan berhimpun dan bersuara.

Suatu ketika dulu, PDRM dibekalkan dengan kuasa di bawah seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi mengawal dan meluluskan sebarang perhimpunan. Namun, ia sering menjadi topik perdebatan, termasuk di Dewan Rakyat kerana dikata mengekang kebebasan rakyat.

Untuk itu, selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah struktur transformasi politik bagi memberi hak yang lebih liberal kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara,  kerajaan menggubal Akta 736. Ini bagi menjamin hak semua pihak terpelihara.

Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) ini selari dengan instrumen antarabangsa berkaitan dengan hak manusia sejagat seperti ‘International Convenant on Civil dan Political Rights (ACCPR)’. Mengikut akta ini juga hak yang diberi seiring dengan tanggungjawab pihak berkepentingan. Ia dibentang dan diluluskan Dewan Rakyat pada 29 November 2011 serta dikuatkuasa mulai 23 April 2012 melalui P.U.(B) 147/2012.

Demi negara sejahtera

Ingin saya jelaskan bahawa berdasarkan akta ini, ia memberi tumpuan kepada konsep mengawal selia perhimpunan aman tanpa senjata berbanding dengan penguatkuasaan undang-undang secara penyuraian yang dilaksana sebelum ini. Ia juga mengimbangi hak dan tanggungjawab semua pihak berkepentingan dengan matlamat utama ke arah kesejahteraan negara.

Berbanding dengan peraturan dulu, kini penganjur perhimpunan hanya perlu memberi notis kepada Ketua Polis Daerah (KPD) sepuluh (10) hari sebelum perhimpunan diadakan jika tempat dan lokasi adalah tempat yang tidak ditetapkan (non-designated area).

Apabila notis tersebut diterima, dalam tempoh 24 jam, KPD hendaklah memaklumkan orang berkepentingan (Seksyen 12) bagi tujuan mengambil kira kebimbangan atau bantahan mereka terhadap perhimpunan yang bakal diadakan. KPD juga boleh memanggil penganjur bila-bila masa (Seksyen 13) untuk menasihati penganjur berhubung perhimpunan.

KPD hendaklah memberi maklum balas kepada penganjur dalam tempoh lima hari daripada tarikh notis diterima daripada penganjur (Seksyen 14) serta memaklumkan mengenai sekatan dan syarat-syarat (Seksyen 15) yang dikenakan berhubung perhimpunan.

Perlu dinyatakan bahawa keperluan memberi notis tidak terpakai jika perhimpunan hendak diadakan di tempat yang ditetapkan (designated area). Penganjur yang terkilan dengan sekatan dan syarat ditetapkan boleh membuat rayuan kepada Menteri dalam tempoh 48 jam selepas pemakluman oleh KPD (Sek 16).

 Penyuraian tindakan akhir

Sejak penguatkuasaan, PDRM mengambil pendekatan mengawal selia sebarang perhimpunan. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila pihak polis sentiasa memastikan usaha ke arah pematuhan undang-undang secara sukarela dilakukan sebelum sebarang tindakan tangkapan dibuat.

Orang ramai boleh menyaksikan bahawa sejak penguatkuasaan Akta 736 ini, PDRM tidak pernah mengamalkan kaedah penyuraian sebagai mamatuhi Seksyen 21 Akta 736. Setiap tindakan polis ke arah penyuraian hanya akan dilaksanakan sebagai tindakan terakhir selepas usaha lain gagal, khususnya jika berlaku dimana tindakan penganjur dan peserta perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Namun demikian, perlu saya ingatkan bahawa di bawah Seksyen 12 Akta 736, KPD diberi ruang budi bicara untuk mengadakan perjumpaan dengan penganjur. Malah, dalam bebarapa insiden perhimpunan yang lalu , pihak polis memanggil penganjur untuk menerangkan kebimbangan dalam mengadakan perhimpunan.

Bagaimanapun, apabila pihak penganjur didapati meneruskan niat untuk berhimpun walaupun melanggar undang-undang, maka pihak polis tiada pilihan kecuali mengawal selia perhimpnan mengikut semangat Akta 736. Dalam erti kata lain, mereka masih boleh berhimpun walaupun terdapat perlanggaran undang-undang. Sebarang penyiasatan atau pendakwan hanya akan dibuat selepas perhimpunan itu selesai.

Dalam pada itu, pelbagai usaha dan nasihat diberikan kepada orang ramai melalui media massa agar tidak menghadiri perhimmpunan yang melanggar undang-undang. Malangnya, atas nama kebebasan dan hak asasi, terdapat sebilangan rakyat sanggup mengambil risiko dan berdepan tindakan undang-undang.

Tiga aspek penting

Bagi PDRM, kita menyambut baik Akta 736  ini kerana ia mengambil kira tiga aspek penting iaitu tanggungjawab penganjur, peserta perhimpunan dan PDRM sebagaimana termaktub melalui Seksyen 6, 7 dan 8 Akta 736. Berdasarkan pengalaman lalu, beban untuk membuat penilaian aspek keselamatan dan ketenteraman awam diletakkan ke bahu PDRM.

Kini dengan adanya Akta 736, hak dan tanggungjawab semua pihak disebut dengan jelas. Ini secara langsung mengukuhkan prinsip dan semangat akauntabiliti sebagai rakyat Malaysia. Anggapan bahawa PDRM mempunyai kuasa yang amat luas memlalui Akta 736 adalah tidak benar kerana ia wajar dinilai dari perspektif penguatkuasaan undang-undang.

PDRM berperanan melaksanakan tugas mengawal selia pehimpunan berpaksikan undang-undang dengan pendekatan penuh professional. Fahamilah bahawa penguatkuasaan undang-undang baru ini dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan integrity dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. Namun, ia memerlukan komitmen penganjur, peserta dan orang yang berkepentingan bagi memastikan ketenteraman awam dipelihara dan aman.

Penulis Timbalan Ketua Polis Negara

 

Lain-lain PenCEREAHan yang relevan:

HAK Rakyat Wajib DiSAMPAIkan  https://4uni2c.com/2013/01/09/4uni2c13109-hkr-hak-rakyat-wajib-disampaikan/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@OPajar

Advertisements

~ by OPajar on 2013/07/26.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: