CEREKANA # 13927 Strategi Telur Ayam
***Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
Strategi Telur Ayam
Al kisah terbacalah oleh Acik (Ayah/Abang+cik) akan suatu cerita yang agak menggelikan hati tapi penuh dengan erti. . Kononnya pada suatu zaman yang silam ada seorang yang sangat masyhor kerana kepintarannya. Beliau digelar Al Arif. Ramai orang awam yang sayang kepadanya, namun tak kurang juga yang cemburu malah dengki kepadanya. Yang paling dengki kepada Al Arif ialah seorang rakan sebayanya yang berjawatan penting dalam istana. Beliau digelar Datuk Ti. Bagi orang macam Datuk Ti ni, si pintar macam Al Arif tak perlu wujud kerana dianggap menggugat dan mengancam kedudukannya walaupun pada hakikatnya tak siapa pun kebuluran untuk merebut jawatan dalam istana yang sedang disandangnya itu.
Suatu hari, atas arahan Datuk Ti maka diadakan satu pertandingan mencari TELUR AYAM di dalam sebuah sumur. Maka dipaksanya Al Arif menyertai pertandingan tersebut sedangkan dia tahu beliau kurang pandai berenang, apa lagi menyelam. Al Arif tiada pilihan lain melainkan terpaksa akur kepada perintah Datuk Ti yang dengki kepadanya lantaran kepintaran yang dianugerahi Allah kepadanya. Tujuan Datuk Ti tak lain dan tak bukan ialah untuk memalukan Al Arif di kalayak ramai yang akan hadir menyaksikan pertandingan itu nanti.
Menjelang hari pertandingan tersebut, maka dipilih oleh Datuk Ti sepuluh orang pegawai istana bagi menyertai pertandingan mencari TELUR AYAM itu. Maka mereka pun dibekali dengan sebiji TELUR AYAM setiap orang. Mereka ini disuruh pergi ke sumur berkenaan dan mencampakkan ke dalamnya TELUR AYAM masing-masing sambil mengingati lokasi telur yang dicampakkan itu. Sedangkan Al Arif tidak disuruh berbuat demikian malah tidak tahu menahu pun apa yang telah dilakukan oleh peserta2 lain menjelang hari pertandingan tersebut.
Esoknya maka berduyun-duyunlah rakyat jelata turun ke kawasan di mana pertandingan mencari TELUR AYAM itu akan diadakan. Ada yang datang kerana diperintah hadir secara mandatori, dan tak kurang pula yang semata-mata kerana ingin menyaksikan keunikan pertandingan yang julung-julang kali akan diadakan itu. Lebih-lebih lagi apabila diumumkan bahawa Tokoh Pintar Negara (gelaran tak rasmi kepada Al Arif) akan turut sama memeriahkan lagi pertandingan tersebut.
Saatnya pun tiba. Para-para peserta pun dipanggil seorang demi seorang untuk pergi mendekati tebing sumur (kolam) berkenaan. Tiap-tiap peserta yang namanya dipanggil seolah-olahnya telah tahu di lokasi mana di tebing sumur tersebut ia patut berdiri. Al Arif sambil menunggu namanya dipanggil telah mula menghidu sesuatu penipuan setelah memerhati cara-cara pertandingan itu dikendalikan. Kata pepatah Melayu, “ terkilas air di kolam sudah kenal jantan betinanya“ . Beliau mula memikirkan apakah alasannya kelak sekiranya beliau gagal membawa naik sebiji TELUR AYAM dari dalam sumur itu nanti.
Sebaik sahaja wisel berbunyi masing-masing peserta pun terjunlah ke dalam sumur itu kecuali Al Arif. Beliau agak bimbang untuk terjun kerana dirinya kurang pandai menyelam malah berenang. Namun setelah dilihatnya kedalaman sumur itu hanya pada leher peserta yang paling pendek saja, maka beliaupun turun perlahan-lahan ke dalam sumur tersebut seolah-olah tidak terlibat dengan pertandingan yang sedang berlangsung itu. Dalam masa yang agak sengkat mulalah seorang demi seorang peserta pertandingan keluar dari dalam sumur tersebut bersama dengan sebiji TELUR AYAM di tangan masing-masing. Setelah semua peserta lain habis naik dari sumur tersebut barulah Al Arif dengan tiba-tiba melombat keluar dari sumur itu. Sambil bertinggung ditepi tebing sumur tersebut beliau mengepak-ngepak kedua-dua belah tangannya seperti seekor ayam jantan lalu BERKOKOK beberapa kali. Penonton-penonton terpinga-pinga melihat perbuatan Al Arif demikian tapi tak siapa pun berani bersuara apa-apa kecuali memerhati sahaja.
Kemudian datanglah seorang pengadil kepada peserta demi peserta memeriksa samada berjaya atau tidak ia membawa naik sebiji TELUR AYAM dari dalam sumur tersebut sepertimana yang dikehendaki oleh syarat-syarat pertandingan tersebut. Tiap-tiap yang memegang TELUR AYAM ditangannya diberi hadiah lumayan serta Sijil Pandai Berenang & Menyelam. Setibanya pengadil tersebut di hadapan Al Arif maka Al Arif mengulangkan lagi perbuatannya sebagaimana dilakukan ketika melompat keluar dari sumur tadi. Malah kali ini beliau berKOKOK dengan lebih nyaring lagi. Apabila ditanya pengadil, “mana telurnya ?” maka dengan penuh bangga sambil menepuk-nepuk dadanya sendiri Al Arif pun menjawab, “ini ayam JANTAN da, ayam jantan mana ada telur. Yang ada telur tu ayam-ayam BETINA belaka da !”.
Jawapan tersebut sangat menggelikan hati semua penonton yang hadir. Suasana menjadi gawat kerana riuh rendah dengan gelak ketawa. Ada yang mengejek-ngejek peserta lain yang masih memegang TELUR AYAM di tangannya. YMM Tuanku turut tersenyum melihat telatah lucu Al Arif tu. Ini menyebabkan Datuk Ti bertambah berbulu lagi terhadap rakan sebayanya itu. Tak taulah Acik apa pula rancangan jahat Datuk Ti selepas ni, demi mengenakan Al Arif. Tak berjaya dengan strategi ini mungkin Strategi Ikan Todak pula yang akan digunakan selepas ini. https://4uni2c.com/2013/09/22/cerekana-13922-strategi-ikan-todak/
FALSAFAH yang TERSIRAT (The moral of the story- MoS)
Al Arif tahu bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh pun dia tidak akan berjaya membawa naik sebiji TELUR AYAM seperti peserta-peserta lain. Tidak mahir berenang dan menyelam bukanlah ALASAN yang sebenar lagi munasabah kenapa beliau tidak berjaya menemui sebiji TELUR AYAM pun di dasar sumur tersebut. Jika bilangan TELUR AYAM yang ada di dalam sumur itu hanya 10 biji, maka bolehkah beliau sebagai orang ke-11 turut mendapat sebiji TELUR AYAM sama seperti peserta2 yang lain ? Jawabnya tentulah MUSTAHIL .
Suatu masa dulu ramai graduan-graduan 1Msia yang menganggur tak mendapat apa-apa pekerjaan. Kebetulan ketika itu ramai graduan kita itu yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Ramailah ibu bapa mula salahkan kerajaan bila anak2 mereka tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat menuntut di universiti tempatan maupun luar negara. Maka Strategi Telur Ayam inilah yang diaplikasikan oleh Pemimpin Utama 1Msia bagi menyejukkan hati2 ibubapa sekelian agar tidak menolak BN dan berpindah mengundi parti pembangkang . Apa kata mereka ?
“Anak tuan-tuan tak dapat kerja bukan sebab mereka bodoh. Cuma sebab mereka kurang mahir berbahasa Inggeris saja”
Adakah jika sekiranya semua anak-anak kita mahir berbahasa Inggeris maka semua mereka akan PASTI dapat pekerjaan sebaik tamat mengaji di universiti walaupun hakikatnya bilangan pekerjaan yang wujud di dalam negara tak mencukupi untuk semua orang ? Secara perbandingan dengan pertandingan cari TELUR AYAM dalam cerita di atas, bolehkah penonton-pennton percaya kepada pengadil jika beliau mendakwa dan mengistiharkan bahawa Al Arif gagal berjumpa dengan sebarang TELUR AYAM di dasar sumur adalah akibat beliau tak pandai berenang dan menyelam? Mereka lain berjaya kerena masing-masing mahir berenang dan menyelam. Saya yakin penonton tak bodoh. Begitu juga ibubapa graduan-graduan 1Msia. Mereka ini tak bodoh. Jika mereka bodoh takkan mampu mereka melahirkan zuriat yang mampu menjadi graduan. Dengan kata lain, yang melahirkan kuda hanyalah kuda dan yang melahirkan kaldai adalah kaldai.
Tak berapa lama lagi tibalah musim universiti-universiti tempatan mengganugerahkan ijazah kepada graduan-graduan masing-masing. Ramai yang akan tammat pengajian mereka dengan jayanya. Yang bernasib baik akan cepat mendapat kerja. Yang lainnya kena banyak-banyak bersabarlah menunggu kekosongan. Apakah sekali lagi Strategi Telur Ayam akan digunakan oleh kerajaan UMNO-BN bagi menutupkan keGAGALan mereka mewujudkan cukup pekerjaan untuk seluruh rakyat ? Sama-samalah kita “wait” and “see”.
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
@OPajar.