PRK Kajang # 001 Mari Palu Gendang Perang
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (sp) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin sp anda)
Mari palu gendang perang.
Memang tidak diselindungi lagi bahawa tujuan kerusi DUN Kajang dikosongkan adalah semata-mata untuk meberi laluan kepada DSAI memasuki DUN Selangor sebagai seorang ADUN pilihan rakyat. Tujuan menjadikan beliau seorang ADUN adalah untuk melayakkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan YAB Khalid Ibrahim.
Selingan :
Lagu PATRIOTIK: https://www.facebook.com/photo.php?v=343819829073836&set=vb.162138223914613&type=2&theater
Ini bukanlah satu modes operandi yang baru. Khususnya di negeri Selangor, BN pernah melaku perkara yang serupa semata-mata untuk membolehkan seorang orang kuat UMNO (OKU) dilantik menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu. Oleh kerana itu orang UMNO tidak perlu hairan dengan modes operandi yang digunakan PR bagi membolehkan DSAI pula menjadi MB Selangor. Sebaliknya mereka wajar sokong beliau kerana beliau akan mengganti YAB Khalid Ibrahim individu yang dianggap kontorvesi oleh banyak pihak dalam Selangor. Mudah-mudahan Selangor akan bertambah makmur dan aman damai jika DSAI menjadi MBnya nanti.
Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini, rakyat mana-mana negeri pun di Malaysia ini tidak harus taksub dengan semangat kenegerian masing-masing. Apa yang Acik (Ayah/Abang+cik) maksudkan ialah, jangan menjadikan ia satu syarat dimana hanya anak kelahiran negeri berkenaan saja layak menjadi MB negeri berkenaan. Dengan kata lain, anak kelahiran negeri lain hanya sekadar layak menjadi ADUN biasa sahaja. Kita cuma wajar ingatkan bukan anak-anak negeri Selangor akan peribasa, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”
Sejarah telah banyak membuktikan bahawa yang banyak mencurahkan bakti kepada sesuatu tempat itu tidak semestinya anak-anak tempatan. Mereka mungkin berketerunan darah luar samada sepenuhnya, ataupun separuh luar separuh tempatan. Bermula dengan PM pertama kita, ibunya adalah keterunan Siam. PM kedua kita pula bapanya berdarah Bugis. PM ketiga memiliki darah Turki. PM yang keempat bapanya dari Kerala India. PM kelima ibunya China. PM sekarang mungkin semuanya dah tahu anak siapa.
Di peringkat negeri pula jika tak salah Acik, Allah yarham Dato Mohamed Asri kabarnya bukanlah anak jati Kelantan, tetapi telah diterima oleh rakyat Kelantan sebagai MB. Kini YAB Lim Guan Eng bukanlah anak kelahiran Pulau Pinang tetapi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Dan Datuk Khalil Yakoob kini menjadi Tuan Yang Terutama Melaka sedangkan beliau bukan anak jadi Melaka.
Sebagai tindakan proaktif Acik, biarlah isu anak negeri / bukan anak negeri tidak akan dijadikan pertikaian menjelang PRK Kajang nanti. Begitu juga seterusnya ketika perlantikan MB nanti. Acik doakan agar percaturan politik PR untuk mejadikan DSAI MB Selangor menjadi realiti demi kebaikan rakyat Selangor sendiri khususnya dan semua yang tinggal di dalam negeri Selangor amnya. Dengan ini Acik dengan penuh semangat mengajak semua penyokong PR untuk mula memalu gendang perang demi menjamin kemenangan besar PR dalam PRK Kajang nanti. Allahuakabar ! Wallahualam.
Lain-lain PenCERAHan yang relevan:
PRK Kajang # 002 Berjuang Bukan Kerana Nama dan Harta: https://4uni2c.com/2014/02/08/pkr-kajang-002-berjuang-bukan-kerana-nama-dan-harta/
Lain-lain maklumat yang relevan:
Justifikasi YB Rafizi tentang perlunya PRK Kajang. https://www.facebook.com/adhuhai/posts/739247882752434
Percaturan Lewat Kajang, pahit ditelan http://m.malaysiakini.com/news/253175
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com
@OPajar # 14129