PRK Kajang # 002 Berjuang Bukan Kerana Nama Dan Harta
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kann skrin SP anda)
Berjuang Bukan Kerana Nama dan Harta
Banyak pihak dah menyuarakan bantahan terhadap tindakan PKR mutakhir ini, khususnya tentang isu perletakan jawatan YB Kajang. Ada yang seolah-olah sangat bersimpati terhadap YB PKR Kajang itu kerana dianggap dipaksa meletak jawatan sebagai YB. Ini bermakna selepas perletakan jawatan tersebut beliau yang berkenaan itu tidak lagi bergelar YB. Ini kerana gelaran YB tak sama dengan gelaran Datuk dan Doktor (Dr.)
Gelaran “Datuk” dan “Dr.” boleh dikatakan kekal sehingga ke mati. Yang gelaran “Datuk”nya gugur sebelum beliau mati, hanyalah si malang yang sangat dibenci oleh Sultan yang menganugerahi beliau gelaran tersebut. Kadang-kadang yang buat angkara supaya gelaran “Datuk” seseorang individu itu digugurkan adalah musuh politiknya yang rapat dengan pihak istana. Kerana isu politik maka dihasutnya Sultan agar si anu itu dimalukan dengan menarikbalik gelaran “Datuk” dari beliau. Antara yang mengalami keguguran gelaran “Datuk” ialah beberapa tokoh politik yang keluar dari BN dan masuk PR.
Selingan:
Sebuah Lagu Patriotik: sila KLIK di baris bawah
https://www.facebook.com/photo.php?v=343819829073836&set=vb.162138223914613&type=2&theater
Menggunakan Sultan dan pihak istana bagi memalukan sesorang bukanlah fenomina baru dalam masyarakat bangsa Acik (Melayu). Kalau ia fenomina baru maka tidak adalah kisah Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka (PenCERAHan: https://4uni2c.com/2012/11/29/strategi-tpm-tun-perak-melaka/). Tidak adalah juga kisah Hang Nadim dibenamkan ke dasar laut akibat dihasut oleh pembesar-pembesar bodoh yang dengki (PenCERAHan: https://4uni2c.com/2013/09/22/cerekana-13922-strategi-ikan-todak/) Tidak adalah kisah Hang Jebat menderhaka. Tidak adalah juga kisah Sultan Mahmud mangkat di julang di Johor. Dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.
Itu baru yang kita dengar ataupun terbaca. Yang masih tersembunyi dalam lipatan sejarah banyak lagi. Ya, banyak lagi yang belum ada sesiapa pun yang pernah cuba membukanya. Kadang-kadang bukan tiada ada orang yang pernah membukanya tapi sangat takut nak mendedahkan kepada umum. Antaranya, takut menerima penangan dari pihak istana. Macam staff Astro yang cuba dedahkan “trajedi bola” yang baru-baru berlaku tu. Apa jadi dengan beliau sekarang ? Pendek kata, banyak peristiwa-peristiwa penting yang boleh dijadikan iktibar digelapkan begitu saja.
Balik kepada “title” datuk dan doktor, yang lebih kekal di antaranya ialah “doktor” atau “Dr.”. Gelaran Dr. ini boleh dikatakan gelaran eksklusif bagi masyarakat Melayu Malaysia (MM). Ia dianggap eksklusif kerana di kalangan doktor tak ramai Melayu. Tak ramai bukan sebab orang Melayu taknak jadi doktor. Tetapi sebab memang susah nak dapat menjadi seorang doktor. Baik doktor perubatan, lebih-lebih lagi doktor falsafah (PhD). Kadang-kadang, terlampau nak bagi nampak ramai doktor MM, maka yang kurang Melayu pun dikutip dan dijadikan juga Melayu asalkan dia seorang doktor. Contohnya tak payahlah Acik sebutkan sebab terlalu ramai. Lagipun semua kita dah tahu.
Kadang-kadang individu yang bergelar doktor (perubatan) dulu kini dan selama-lamanya itu telah lama meninggalkan profesyennya dalam bidang perubatan. Namun beliau tetap mahu digelar “Dr.”. Walaupun beliau dah benar-benar lupa bagaimana mencucuk jarum ubat ke atas pesakit, namun beliau tetap juga menuntut digelar “Dr.” Pendek kata, gelaran “Dr.” adalah gelaran seumur hidup atau “the title for life” (kata Mad Saleh).
Bukan saja doktor perubatan itu gelaran doktornya kekal seumur hidup, malah dokor falsafah (PhD) pun sama. Walaupun isi thesis PhD beliau tidak diingatinya lagi sebiji habuk pun, kedoktorannya tetap kekal. Hatta, walaupun beliau dah nanyok kerana terlalu tua. namun jika tidak digelar Dr. masih pandai melenting juga ia. Konon katanya tidak tahu adab menghargai keilmuan seseorang.
Walaubagaimana pun, ada juga golongan cendikiawan bertaraf doktor ini yang tak kisah samada dipanggil doktor ataupun tidak. Malah ada yang sengaja tidak meletakkan gelaran Dr.nya dalam buku-buku yang beliau karangi. Tetapi individu macam ni terlalu sedikit, lebih-lebih lagi di Malaysia. Acik benar-benar tabik spring terhadap individu-individu seperti ini.
“By the way”, jika nak dikira doktor yang Acik kenal rapat memang ramai. Baik doktor perubatan maupun doktor PhD. Bukan yang kenal gitu-gitu saja. Tetapi yang bila berbual dengannya boleh panggil “hang-aku” saja. Malah di kalangan ahli keluarga terdekat Acik sendiri pun dah agak ramai yang bergelar doktor. Nak kata sepuluh orang pun mungkin lebih. Mertua kepada anak perempuan Acik (Dr Aisyah) suami isteri pun doktor (PhD). Jika diizinkan Allah, anak sulung Acik pun akan bergelar doktor (PhD) kira-kira setahun lagi. Tolong-tolonglah pakat doakan buat beliau.
Oleh sebab itu seseorang yang bergelar Dr. akan sentiasa rasa lebih konfiden bila berinteraksi dengan orang lain berbanding dengan seorang datuk dan YB biasa. Ini sangkaan Acik saja, mungkin benar mungkin sebaliknya. Sebab Acik bukan Dr, bukan datuk dan jauh sekali (bukan) seorang YB. Acik main teka guna serkap jarang saja. Maafkanlah jika tersasar.
Tapi anta dan anti jangan terkejut jika ada orang yang menolak “datukship”. Contohnya Allahyarham Tun Ghaffar Baba, Professor Di Raja Engku Aziz dan ramai lagi tokoh-tokoh penting yang tidak mahu menerima tawaran tersebut. Salah seorangnya ialah saudara sepupu Acik sendiri. Mengikut ceritanya kepada Acik, beliau telah berkali-kali menepih anugerah gelaran datuk yang ditawarkan kepadanya. Namun akhirnya mengalah jua ia, lalu menerimanya juga. Bukan kerana beliau kemaruk sangat dengan gelaran tersebut, tetapi kerana rasa terpaksa. Kata Mat Melayu, “sekali air bah, sekali pantai berubah”. Jika tawaran dari si bapa dapat ditolak dengan selamat, tapi tawaran dari si anak pula belum tahu apa penangannya jika masih menolak. Jadi mau tak mau kena terima jugalah. Cuma beliau (sepupu Acik tu) tak benarkan dan tak suka dirinya digelar “Datuk” oleh Acik.
Berbalik kepada kepada gelaran “YB”, maka gelaran tersebut memanglah sementara. Setelah seseorang wakil rakyat itu tamat tempoh mandatnya, maka beliau tidak lagi bergelar YB. Oleh itu Acik rasa mereka yang tersangat simpati dan tidak setuju dengan tindakan PKR mendorong YB Kajang meletak jawatan, adalah mereka yang sangat menghargai gelaran tersebut. Entah-entah di kalangan mereka memang ada yang nawaitunya nak jadi YB satu hari nanti. Baguslah jika bercita-cita besar begitu. Cuma khususnya dalam isu DUN Kajang biarlah tidak ditonjolkan sangat.
Lagi pun bagi Acik, gelaran YB itu mungkin tidak dianggap penting langsung oleh bekas YB Kajang berkenaan. Jika inilah hakikatnya, maka mereka yang terlalu beria-ia sangat membela YB Kajang yang meletak jawatan itu adalah ibarat, “hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong”. Mungkin beliau sendiri memang benar-benar rela meletak jawatan kerana memahami keperluan dan kepentingan perjuangan partinya. Tak kenalah jika tiba-tiba ada pula pihak lain yang menyebok mempertahankan beliau berdasarkan simpati dan spekulasi sendiri.
Walaupun Acik tidaklah aktif dalam arena politik negara, namun Acik sentiasa mengikuti perkembangan politik negara sejak masih di sekolah rendah lagi. Acik masih ingat lagi peristiwa di mana di halaman rumah Acik didirikan kemah tarpan kerana diada ceramah politik. Acik juga masih ingat pengalaman membonceng motorsikal Honda Cup 50cc di belakang arwah ayahanda Acik untuk pergi mendengar ceramah politik PAS di kampung yang agak berjauhan dari rumah Acik. Banyak lagi peristiwa-peristiwa manis yang telah Acik alami bukan sebagai aktivis politik tetapi lebih kepada pengikut tegar arus perdana politik negara.
Yang menghalang Acik dari aktif secara langsung dalam arena politik ialah jawatan Acik dalam agensi kerajaan pusat. Kata Mat Melayu, “di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung”. Bumi Acik ketika itu ialah agensi kerajaan tempat Acik berkhidmat. Oleh itu langit Acik ketika itu adalah segala perintah dan larangan rasmi agensi berkenaan yang wajib Acik patuhi. Itu adalah aku janji antara penjawat dengan majikan yangmana bagi Acik ianya wajib ditunaikan.
Sebagai seorang bekas penjawat awam, maka banyaklah tugas-tugas yang terpaksa dilaksanakan walaupun pada pandangan peribadi Acik ianya suatu kontrovesi. Kontrovesinya adalah berdasarkan prinsip Islam malah dari segi nilai sejagat. Sedangkan itulah yang Acik cuba hormati dan patuhi sepenuhnya. Jika nak disenaraikan satu persatu tentulah terlalu panjang. Semua ini membuat Acik kurang selesa untuk kekal lama berkhidmat dengan kerajaan. Tak dapat bersabar lagi menunggu sehingga sampai umur bersara wajib (60 tahun). Oleh itu Acik mengambil persaraan pilihan pada umur 50 tahun.
Pengalaman berkhidmat dalam agensi kerajaan Ack kira sangat berguna. Ia telah dapat membantu Acik memahami lebih dekat karenah pentadbiran kerajaan yang diterajui BN. Di samping itu, dengan menjadi penyokong tegar pihak pembangkang, Acik dapat menilai kelemahan yang wujud di pihak mereka (pembangkang). Ini satu realiti. Umpama seorang penjaga harimau bintang dalam zoo. Beliau seakan-akan pasti bahawa binatang ini lebih gagah dari seekor kerbau besar yang bertanduk panjang. Biarlah semua pengunjung zoo berpendapat sebaliknya, akibat terlalu kagum dengan badan besar dan tanduk panjang si kerbau tersebut.
Dengan memahami realiti politik Malaysia, bagi Acik, pihak pembangkang mahu tak mahu wajar pandai menyusun strategi untuk merebut mandat memerintah negara dari BN. Kadang-kadang strategi yang digunakan memang nampak seperti tindakan bodoh dan keterlaluan. Namun ianya agak berkesan bagi mecapai hasil yang dihasratkan. Tidak mustahil apa yang berlaku di DUN Kajang kini adalah antara strategi yang berkesan bagi mencapai aspirasi PR walaupun ramai pemerhati politik dan aktivis sosial mengecam dan mengutuknya.
Aspirasi PR sebagai pembangkang ialah mendapat mandate (kuasa) dari rakyat bagi memerintah negara. Pilihan raya merupakan masa dan gelanggang untuk bersama-sama dengan BN berebut mandat tersebut. Jika ia (pembangkang) berjaya mendapat mandat melalui pilihan raya umum (PRU) dengan mengalahkan BN, maka banyaklah perubahan positif akan dapat dilakukan. Banyaklah penyelewengan dapat dihentikan. Banyaklah penambahbaikan akan dapat dilaksanakan terhadap banyak hal melalui perubahan dasar dan corak pemerintahan. Perubahan-perubahan positif tersebutlah yang juga menjadi idaman majoriti rakyat yang turun mengundi pada hari PRU diadakan.
Oleh kerana itu Acik menyeru dan merayu agar semua ahli ABU bersatu hati menyokong calon PR dalam PRK Kajang nanti. Percayalah bahawa YB DSAI memang individu rakyat Malaysia yang sangat berkaliber. Bagi Acik, strategi beliau berjuang dari dalam ketika memasuki UMNO dulu telah terbukti kantoi. Malah semasa mendapat maklumat awal bahwa, “Pak Syeh kita nak join UMNO” Acik dah rasa skeptikal beliau boleh berjaya mengubah dari dalam.
“Mengubah dari dalam” bukanlah modes operandi yang pernah membawa hasil yang diharapkan. Ia pernah diumpamakan nak mencuci tong tahi dengan masuk ke dalam tong tahi tersebut. Bukan saja tong tahi itu tak dapat dibersihi malah yang nak membersihinya turut dikotori oleh tahi. Sebelum itu pun dah ada seorang jaguh ABIM yang masuk ke dalam UMNO bagi tujuan mengubah dari dalam. Akhirnya beliau sendiri turut hanyut. Alasannya kata Mad Saleh, “if you can not beat them, just join them”. Kata Mat Melayu, “masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang lembu menguak; di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung”. Senang cita.
Apa yang pernah Acik lafazkan kepada kawan-kawan ABIM Acik ketika itu ialah, “sekiranya Anuar benar-benar ikhlas berjuang untuk Islam, nescaya beliau tidak kekal dalam UMNO. Beliau akan terpelanting keluar dari UMNO sebelum sempat menjawat jawatan PM”. Rupa-rupanya spekulasi Acik menjadi kenyataan juga akhirnya walaupun mengambil masa lebih dari 15 tahun kemudian.
Acik bukan nak dakwa bahawa Acik ni ahli nujum yang “power”. Malah nak kata nujum yang lekeh pun bukan. Jika nujum pak belalang, OK lah kut. Cuma Acik tak nampak bahawa seseorang yang bersifat jujur lagi ikhlas boleh sesuai duduk dalam UMNO, dulu, kini dan selama-lamanya. Perkara ini Acik perhatikan sejak mula menjawat jawatan dalam kerajaan hinggalah Acik pencen. Segala kepincangan yang berlaku di dalam institusi pemerintah, itulah hasil kerja buat pihak yang diberi mandat memerintah. Jika ada segelintir dari kami dalam institusi awam yang cuba memperbaiki keadaan, akan terimalah akibatnya.
Jika dalam askar, tak naik pangkatlah engkau kecuali yang benar-benar ketara kehebatannya. Malah jika tersalah haribulan, kena Court Marshal lagi macam apa yang sedang dihadapi oleh Major Zaidi sekarang. Begitulah juga dalam agensi-agensi awam yang lain. Hatta dalam institusi kehakiman sendiri.
Oleh itu sekali lagi Acik menyeru dan merayu, sokonglah DSAI gila-gila dalam PRK Kajang nanti demi kemenangan besar bagi PR. Jangan sekali-kali dibiar apa yang telah berlaku pada DUN Kota Damansara dalam PRU 13 dulu berulang. Apa yang telah berlaku di DUN Kota Damansara dulu itu, adalah sama dengan apa yang Acik firasatkan. Insya Allah kemenangan besar DSAI akan menjadi manifestasi penting bahawa rakyat seluruh negara sedang menuntut perubahan positif yang ketara dari kerajaan. Rakyat mahu suatu sistem pentadbiran yang benar-benar relevan dengan keperluan semasa. Dan jika BN tidak mampu “deliver” perubahan yang diharapkan itu, silalah undur diri. Berilah laluan kepada PR pula. Jika belum mahu undur diri pun, sekurang-kurangnya tukarkan PM tu ASAP. Wallahualam.
Lain-lain PenCERAHan yang relevan:
Penilaian seorang Facebooker (Sdr Zainal Abidin) terhadap DSAI https://www.facebook.com/groups/205079576197184/662005097171294/?notif_t=group_activity
PRK Kajang # 001 Mari Palu Gendang Perang: https://4uni2c.com/2014/01/29/prk-kajang-001-mari-palu-gendang-perang/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com
@OPajar # 14208