MH370 Mystery – CNN Hidung Tak Mancung …..
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
cnn, hidung tak mancung
pipi pula yang tersorong-sorong
Hari ni (14April, 2014) adalah hari ke-39 pesawat MH370 hilang. Namun Cable News Network (CNN) sejak hari pertama pesawat tersebut hilang, masih lagi melaporkan tentang pesawat tersebut tanpa jemu-jemu. Acik yang mengikuti berita CNN pula yang dah mula terasa jemu. Apa tidaknya, hampir tiap-tiap jam, 7 hari seminggu, ada saja yang dilaporkan CNN tentang pesawat MH370 itu.
Acik tak tahulah macam mana nak bandingkan apa yang dilaporkan oleh CNN dengan apa yang dilaporkan oleh TV Malaysia. Rakan-rakan dari Malaysia pun nampaknya tak ada yang berminat untuk memberitahu Acik apa yang TV maupun akhbar-akhbar Malaysia laporkan tiap-tiap hari. Entahlah kalau-kalau memang mereka tiada disajikan dengan apa-apa berita yang wajar dikongsikan dengan Acik.
Ataupun, mungkin juga mereka siang-siang lagi dah jemu untuk mengikuti perkembangan tentang pesawat tersebut. Mula-mula dulu memanglah pakat “excited” belaka. Tapi bila dah lama sikit, maka kata orang tua-tua, jadilah macam “hangat-hangat tahi ayam”. Maafkanlah Acik jika tersalah teka.
Jadi mahu tak mahu terpaksalah Acik buat spekulasi sendiri tentang cerita pesawat tersebut berdasarkan laporan CNN semata-mata. Mula-mula CNN kata, pesawat dilaporkan hilang di Laut China selatan. Maka aktiviti SAR (Search and Rescue) pun tertumpulah di kawasan berkenaan. Masing-masing yang terlibat dengan aktiviti SAR itu tentulah yakin bahawa pesawat itu “mendarat” di dalam Lautan China Selatan.
Bukan satu hari saja pasukan SAR merayau-rayau di permukaan lautan tersebut, malah beberapa hari. Lebih-lebih lagi bila kononnya ada satu imej satelit dari negara China dapat mengesan ada satu objek (berpotensi dari pesawat tersebut) di lautan tersebut. Entah berapa juta kos yang ditanggung akibat aktiviti SAR di Laut China Selatan itu saja.
Tiba-tiba, beberapa hari kemudian, timbul pula berita bahawa ada bukti yang menunjukkan pesawat berkenaan berpatah balik menghala ke arah Malaysia sebaik saja ianya dilaporkan hilang dari radar penerbangan awam. Pihak yang memberitahu siapa lagi, jika bukan dari angkatan tentera udara Malaysia. CNN pun jadi hairan dengan berita tersebut.
Selingan 1
Flight MH370 Mystery – kenapa berpatah balik ?
https://www.youtube.com/watch?v=soY45F3tgTk
CNN bukan hairan kerana mendengar pesawat boleh buat U turn macam kereta Kancil di atas jalan raya. Tetapi ia hairan mengapalah pihak berkuasa Malaysia tak bagi tau siang-siang (awal-awal) bahawa pesawat itu dah bertukar arah. Jika bagi tahu siang-siang kan senang. Tidak payahlah pasukan SAR nak terus merayau-rayau di Laut China Selatan. Kan sia-sia namanya cuba mencari benda yang mustahil ada di tempat yang dicari ?
Jika CNN pun hairan terhadap tindakan Malaysia tidak memaklumkan lebih awal tentang pertukaran arah pesawat tersebut, Acik tentulah lagi hairan. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin, Acik tentulah harian bila kerajaan Acik melakukan sesuatu yang menyusahkan pihak lain. Sedangkan mereka itu ingin menolong kita mencari pesawat kita yang hilang itu. Sepatutnya, kita hendaklah mencuba mempermudahkan lagi mereka, bukan sebaliknya.
Namun demikian CNN terus juga melaporkan tentang aktiviti SAR walaupun kini dah beralih ke selatan Lautan Hindi. Kawasan yang dipercayai pesawat “mendarat” ke dalam laut itu adalah lebih dari seribu batu nautical dari pantai barat Australia. Mula-mula signal yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat yang hilang itu dapat dikesan oleh tentera laut China. Kemudian disahkan Australia dengan diikuti oleh Amerika Syarikat. Signal tersebut sangat membantu pasukan SAR mengecilkan kawasan carian ke beberapa ribu batu pesegi.
Malangnya sejak beberapa hari yang lepas signal yang serupa tidak diterima lagi dari kotak hitam pesawat tersebut. Maka tidak ada jalan lain lagi yang tinggal untuk meneruskan operasi mencari melainkan dengan menggunakan “submersible bluefin-21”. Submersible bluefin-21 ini adalah sebuah kenderaan bawah air yang direka khusus untuk “scan” lantai lautan. Mujur-mujur ter”scan”lah bangkai pesawat MH370 itu dalam masa yang terdekat ini.
Sepanjang usaha mengesan pesawat tersebut dilakukan di tempat yang telah dikenalpasti sebagai tempat yang berpotensi itu, pihak Australia bertambah optimistik akan menemui kotak hitam pesawat tersebut. Namun pihak Malaysia pula macam pesimistik pula dengan usaha tersebut. Inilah yang mebuat Acik sendiri pun tertanya-tanya, apakah alamat ataupun isyaratnya itu. Apakah implikasinya ?
Dengan lain perkataan, kut-kutlah Malaysia lebih hebat dari semua negara yang terlibat dengan aktiviti SAR tersebut. Apa tidaknya, jika pencarian belum lagi tamat 100%, tiba-tiba Malaysia sudah tahu keputusannya, tentulah Malaysia hebat. Samalah dengan hebatnya Abu Nawab dalam cerita yang berjudul “Strategi Telur Ayam”. Tanpa meneruskan usaha mencari telur ayam, si Abu Nawas tersebut sudah boleh memutuskan bahawa telur yang dicarinya itu memang tidak ada di situ. ( PenCERAHan: https://4uni2c.com/2013/09/27/cerekana-13927-strategi-telur-ayam/ ).
Selingan 2
Flight MH370 Mystery – Konspirasi terbesar sejak 9/11 ?
https://www.youtube.com/watch?v=1GeImYQuOxM
Kini terlintaslah dalam fikiran Acik yang dah agak keliru memikirkan nasib pesawat MH370 itu beberapa tanda tanya. Buat apalah pasukan SAR masih lagi beriya-iya sangat nak meneruskan aktiviti mencari pesawat yang hilang itu di kawasan yang sama. Sedangkan Malaysia sendiri dah tak yakin lagi ia berada di situ.
Begitu juga dengan CNN. Buat apalah ia sebok-sebok sangat melaporkan berita-berita terkini tentang pesawat tersebut, hinggakan dah tak kenal siang dan malam, pagi dan petang. Sedangkan (Acik percaya) Malaysia sendiri pun tidak mengeluarkan berita tentang pesawat tersebut dengan sekerap itu. Agaknya, inilah yang dikatakan orang, “hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong”.
Wallahualam.
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain maklumat yang relevan :
MH370 – Exposes Hall of Shame (by Mariam Mokhtar) http://m.malaysiakini.com/columns/259278
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com