MH17 #01 “A Blessing in Disguise”

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

“A Blessing in Disguise”

Acik (Ayah/Abang+cik) tidak bercadang menulis apa-apa mengenai tragedy MH17 sebelum ini. Namun, setelah mengikuti siaran langsung upacara penghormatan ke atas jenazah mangsa-mangsa tragedy tersebut pagi tadi (2014 Julai 22), maka tercuit pula hati Acik supaya menulis sesuatu. Lebih-lebih lagi setelah turut sama menunaikan solat jenazah (ghaib) di masjid selepas solat fardu Jumaat sebentar tadi.

Selingan 1

Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17

http://www.youtube.com/watch?v=R82KsUgS2nQ

Sebenarnya Acik masih ingat lagi ketika berita tentang tragedy itu sampai ke pengetahuan Acik. Acik di saat itu sedang berada di dalam sebuah taksi di Melbourne, Australia. Acik bersama dengan 6 orang ahli keluarga, baru saja mendarat di lapangan terbang Melbourne. Sebelum itu kami di Canberra menghadiri majlis konvokesyen anak kesembilan Acik (Aslam) di ANU. Sedih dan sayu menerima berita tersebut.

Apa yang tercetus dalam pemikiran Acik sebaik saja maklum tentang tragedy tersebut ialah soalan, kenapakah tragedy seumpama itu berlaku ketika Acik berada di luar negara. Masa tragedy kehilangan MH370 dulu berlaku pun Acik berada di luar negara juga. Ketika itu Acik sedang bercuti di State College, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pada hal Acik bukanya rajin sangat, ataupun sangat jarang keluar negara.

Lagi satu soalan ialah, macam mana boleh berlaku dimana nombor bagi tarikh tragedy dangan nombor pada nama flight tersebut adalah sama. Yakni nombor flight ialah MH17 manakala tarikh tragedy ialah Julai 17. Kedua-duanya ada nombor 17. Adakah ianya suatu kebetulan semata-mata ataupun mengandungi sesuatu implikasi yang tersembunyi.

Turut menjadi kebetulan ialah ketika nahas MH17 itu berlaku anak bongsu Acik (Ammar) pun turut berada bersama Acik dan isteri Acik. Masa berlaku kehilangan MH370 dulu pun kami bertiga turut ada bersama-sama. Jika Ammar ketika nak ke USA dulu menaiki pesawat yang hilang itu, kali ini Ammar menaiki pesawat yang mengambil laluan yang sama dengan laluan yang diambil oleh pesawat yang nahas itu. Alhamdulillah Ammar selamat.

Oleh sebab tempoh berada di State College itu dulu agak panjang, maka sempatlah juga Acik menulis sedikit sebanyak tentang MH370 itu. Bukannya untuk orang lain membacanya, tetapi lebih untuk menjadi catitan sejarah buat rujukan Acik sendiri di masa-masa akan datang. Nanum tak dinafikan, untuk syok sendiri pun ada juga.

Tetapi bagi tragedy MH17 tak sempatlah Acik menulis apa-apa sebab Acik masih dalam tempoh bermusafir pada masa berita kemalangan pesawat itu diterima. Baru dua malam di Melbourne dah nak terbang pula ke Sydney. Kemudian terbang pula balik ke Malaysia. Malangnya bila dah sampai balik ke tanah air tak ada modal pula tentang MH17 yang dapat Acik jadikan ramuan buat menulis rencana mengenainya.

Walaubagaimana pun, upacara nasional hari ini (2014 Julai 22) telah berjaya mendesak Acik untuk menulis sesuatu. Juga bukan untuk orang lain baca, tetapi sebagai catatan sejarah buat rujukan Acik sendiri. Samalah seperti kisah MH370 dahulu. Jadi, sepulangnya dari masjid Acik pun mula menulis rencana rengkas ini. Acik rasa agak sesuai dengan tajuk tersebut di atas.

Ketika memulakan penulisan rencana (PenCERAHan) ini, Acik masih lagi dipengaruhi emosi sedih, sayu, pilu dan seumpamanya mengenangkan tragedy MH17 tersebut. Tergenang juga air mata ketika sedang menunaikan solat jenazah ghaib tadi. Entah dengan tiba-tiba Allah mencampakkan perasaan-perasaan tersebut ke dalam khalbu Acik tanpa sempat dan berdaya menepisnya.

Seingat Acik, belum pernah lagi Acik menunaikan solat jenazah ghaib yang disertai begitu ramai ahli jumaahnya. Malah jika dibandingkan dengan solat jenazah (hazir) pun ia jatuh yang kedua paling ramai ahli jumaahnya, selepas solat jenazah ke atas Allah yarham Ustaz Dato’ Mohd Fadzil Nor (mantan Presiden PAS) dahulu. Namun tak bolehlah jika nak dibandingkan dengan solat-solat jenazah di Makkah semasa Acik di sana bagi menunaikan fardu Haji tahun 2010 dahulu.

Selingan 2

Pengkebumian Ustaz Dato’ Mohd Fadzil Nor

Setengah dari kita mungkin berkata, ramai itu adalah oleh sebab kebetulan hari itu hari Jumaat. Tetapi siapakah yang menjadikan kebetulan itu jika tidak dengan ditakdirkan Allah. Sama juga dengan individu yang meninggal dunia di Makkah dalam musim haji. Jika dikatakan bahawa kematian beliau dengan keberadaannya di Makkah adalah berlaku secara kebetulan, itu juga memanglah betul. Namun kebetulan itu juga sebenarnya adalah ditakdirkan Allah demi memberi penghormatan tinggi ke atas si mati.

Acik memang sangat kagum dengan jumaah yang begitu besar, yang menunaikan solat jenazah ghaib selepas solat fardu Jumaat petang tadi. Kekaguman tersebutlah yang membuat Acik rasa begitu terharu. Mungkin juga ia yang menjadi factor sokongan dan dorongan kepada Acik bagi megarang rencana ini.

Bagi seseorang Islam yang mengutamakan kebahgian akhirat lebih dari kebahgian dunia, beliau tentu bercita-cita agar jenazahnya nanti akan disembahyangi oleh jumaah yang ramai. Beliau percaya bahawa sekiraya jenazahnya nanti disembahyangi oleh 40 orang yang diredhoi Allah, peluang untuk memasuki syurga akan lebih terjamin. Malangnya, untuk mendapatkan seorang saja insan yang diredhoi Allah tersebut pun bukanlah senang. Apa lagi nak mendapatkan sehingga 40 orang.

Kemungkinan mendapat 40 insan diredhoi Allah akan bertambah dekat sekiranya jumaah yang menyembahyangi jenazah si mati semakin ramai. Misalnya jika peratus insan suci tersebut hanya 0.01 saja dikalangan jumaah yang menyembahyangi jenazah, maka nak dapat 40 orang bertaraf wali tersebut akan memerlukan empat ratus ribu (400 ribu) orang bagi menyembahyangi jenazah tersebut.

400 ribu bukanlah satu angka yang kecil khusus bagi melakukan sesuatu kebajikan. Tak sama dengan aktiviti lagho (seperti hiburan) yangmana 400 ribu mungkin tidak menjadi masaalah untuk mencapainya. Pendekata, mendapat penyertaan 400 ribu orang bagi menunaikan solat jenazah adalah seolah-olah “jauh panggang dari api” bagi hampir semua jenazah. Namun tidak mustahil jika Allah telah memilih insan kerdil berkenaan sebagai hambaNya yang mendapat keredhoanNya.

Itu dengan andaian 0.01 peratus dari bilangan ahli jumaah. Bagaimana sekiranya hakikatnya adalah 0.001 peratus saja. Saiz jumaahnya akan menjadi 4 juta orang. Maklumlah di akhir zaman ini, bukan senang lagi nak mencari insan-insan suci di sisi Allah berbanding di zaman nenek moyang kita dahulu. Walaupun dari segi bilangan, umat Islam kini sudah pasti jauh lebih ramai dari dahulu, namun kebanyakannya adalah ibarat buih di laut.

Memahami hakikat kepercayaan tersebut, maka bagi Acik, mangsa nahas MH17 (khususnya mereka yang Muslim) sebenarnya adalah mereka yang beruntung. Walaupun seluruh dunia mungkin menganggap mereka adalah mangsa yang bernasib malang, namun hakikatnya mereka adalah insan-insan pilihan Allah. Inilah yang dikatakan oleh peribahasa Inggeris, “a blessing in disguise” buat mereka.

Bagi Acik, mereka yang jenazahnya disembahyangi (ghaib) Jumaat lepas adalah berkemungkinan besar tergolong ke dalam hamba-hamba yang diredhoi Allah. Jumaah yang begitu besar yang menyembahyangi jenazah mereka itu adalah manifestasi penghormatan luar biasa yang dianugerahi Allah ke atas mereka. Semoga roh-roh mereka mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah azawajalla.

Oleh itu Acik berharap warith-warith mangsa nahas MH17 dapat menerima tragedy tersebut dengan berlapang dada, penuh sabar dan redho. Mudah-mudahan segala rasa negatif yang dideritai akan beransur-ansur pergi dan diganti dengan rasa insaf dan syukur. Sesungguhnya kita hanyalah hamba kepada Allah yang memiliki diri kita. Dari Dialah kita datang, maka kepadaNyalah jua kita kembali. Mereka hanya sekadar mendahului kita saja, kerana giliran kita juga pasti akan tiba.

Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat kita menumpang untuk sementara sahaja. Hakikatnya, tempat kekal kita adalah alam akhirat. Oleh itu, sebagai insan yang rasional lagi bijaksana, amat wajarlah bagi setiap kita memberi keutamaan kepada akhirat kita daripada dunia sementara ini.

Madah pujangga berbunyi :

Halia tanam-tanaman

Ke barat jua bakal condongnya

Dunia tumpang-tumpangan

Akhiratlah jua kekal kampongnya

a   l      F   a   t   i   h   a   h      !

Wallahualam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

MH17 # 02 Mangsa Yang Dimuliakan https://4uni2c.com/2014/09/06/mh17-02-mangsa-yang-dimuliakan/

Nahas MH370 Manifestasi BN Gagal perintah negara  https://4uni2c.com/2014/03/10/prk-kajang-004-nahas-mh370-manifestasi-bn-gagal/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

@OP ajar

~ by OPajar on 2014-08-26.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: