Ali’s SAGA # 03 Tiket Penerbangan Peguam Ali “Hangus”
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Tiket Penerbangan Peguam Ali Hangus !
Jam 6:30 pagi semalam (2014Sept25) Acik telah sampai di KLIA 2. Tugas Acik ke sana ialah menghantar isteri dan anak Acik (Ahmad) yang akan terbang ke Labuan. Mereka ada urusan kekeluargaan yang penting di sana. Sepatutnya turut bersama ke Labuan ialah isteri Ahmad (Peguam Fadilah). Malangnya Peguam Fadilah itu tidak dapat turut bersama disebabkan oleh kes Ali.
Pada hal tiket penerbangan mereka bertiga (termasuk untuk Peguam Fadilah sekali), telah ditempah beberapa bulan yang lepas. Dengan membuat tempahan awal maka dapatlah tambang yang murah sedikit dari tambang biasa. Itu baiknya membuat tempahan awal bagi kebanyakan tiket penerbangan sekarang.
Namun, yang tak baiknya pula ialah, pemilik tiket penerbangan berkenaan terpaksalah menanggung risko tinggi. Andaikata penumpang tersebut tidak dapat melaksanakan perjalanan seperti yang dijadualkan, maka tiket penerbangan penumpang berkenaan akan dikira “hangus”. Bagi syarikat penerbangan terlibat, ia tidak menanggung kerugian walau sebutir habuk pun. Jadi yang menanggung kerugian 100% ialah penumpang berkenaan saja iaitu Peguam Fadilah.
Nampak macam tidak adil pula terhadap penumpang berkenaan kerana terpaksa menanggung kerugian 100 %. Ini kerana penumpang berkenaan sebenarnya bukan dengan sukarela tak nak melaksanakan perjalanan seperti yang dirancangnya itu. Tetapi kerana keadaan yang tidak mengizinkan beliau melakukan perjalanan tersebut.
Namun bagi syarikat penerbangan berkenaan, ia langsung tidak peduli masalah penumpangnya. Oleh itu, tak payahlah nak buang masa untuk menuntut apa-apa ganti rugi jika gagal membuat perjalanan seperti dinyatakan dalam tiket pernerbangan. Bukan saja kita akan kecewa kerana tak berjaya memperolehi apa-apa hasilnya, malah akan merasa terhina pula.
Syarikat penerbangan berkenaan bukan saja tidak akan menimbang apa-apa juga justifikasi rayuan yang dikemukakan, malah nak mendengarnya pun tidak. Hatta jika alasan “anak mati” sekalipun, alasan itu tidak ada apa-apa perbezaan dengan alasan “terlepas kapal terbang”. Yang penting bagi syarikat penerbangan berkenaan hanyalah keuntungan maksimum semata-mata. Atas sebab itulah maka dasarnya terhadap kes-kes penumpang gagal melaksanakan perjalanan ialah, “tiada ada maaf bagimu”.
Itu hanya salah satu saja dari contoh-contoh kerugian yang keluarga Ali telah terpaksa tanggung akibat dakwaan yang dikenakan terhadap Ali. Berbagai-bagai lagi bentuk kerugian yang bakal mendatang. Semuanya itu akan terpaksa turut ditanggung oleh semua individu yang terlibat dan melibatkan diri dengan kes Ali. Bukan yang menyokong perjuangan Ali saja yang akan rugi, malah yang cuba mematikan perjuangan tersebut pun akan turut rugi.
Semasa Ahmad Abd Jalil (saudara kembar Ali) didakwa atas kesalahan memuatnaikkan satu status yang ditafsirkan sebagai “menghina Sultan” dahulu, keluarga Acik sudah pun kerugian puluhan ribu ringgit. Itu pun mujur juga kerana Ahmad hanya disabitkan dengan satu kesalahan saja. Sedangkan yang sedang dihadapi oleh Ali sekarang adalah 8 kes, yakni lapan pertuduhan.
Segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak iaitu orang yang kena dakwa (OKD) dan pihak pendakwa (PP) tentulah bukan sedikit. Acik anggarkan apabila segala process pengadilan kes-kes Ali itu selesai nanti, busuk-busuk pun ratusan ribu ringgit akan “hangus”. Jadi apa nak hairan jika dipandang kepada tiket penerbangan Peguam Fadilah yang telah “hangus” semalam.
Kadang-kadang tertanya juga dalam hati kecil Acik, ada tak sesiapa yang pernah membuat kajian tentang jumlah kos bagi menangani sesuatu kes mahkamah. Tak kiralah samada yang menjadi bahan kajian tersebut ialah kes jenayah besar maupun kes gila-gila seperti yang Ali lakukan itu. Kerugian yang Acik maksud itu adalah kerugian yang ditanggung oleh kedua-dua belah pihak samada OKD maupun PP.
Jika belum ada lagi sesiapa yang pernah membat kajian tersebut, Acik nak cuba cadangkan supaya Peguam Fadilah (kakak ipar Ali Abd Jalil) dan Peguam Asiah (kakak kandung Ali Abd Jalil) memulakan kajian tersebut terhadap kes Ali. Ini kerana kedua-dua peguam “hingus belum kering” itu, adalah antara peguam-peguam yang sedang mengikuti dengan dekat dan penuh minat perkembangan kes Ali Abd Jalil itu. Jadi adalah kemungkinan mereka akan bersetuju dengan cadangan Acik ini. Lebih-lebih lagi mereka adalah alhli keluarga Ali.
Mudah-mudahan dengan hasil kajian itu nanti, rakyat akan dapat menilai Akta Hasutan 1948 itu dengan lebih teliti, khususnya dari aspek ekonomi. Apakah Akta tersebut benar-benar menyumbang kearah pencapaian aspirasi negara iaitu menghapuskan kemiskinan. Ataupun apakah bilangan rakyat yang bankgrab semakin ramai akibat dari penangan Akta warisan penjajah itu.
Kita semua boleh lihat sendiri betapa perihatinnya kerajaan terhadap isu kemiskinan rakyat. Jika tidak, masakan kerajaan sanggup mengeluarkan berbilion ringgit dari dana negara untuk diageh-agehkan kepada jutaan rakyat jelata yang layak menerimanya dalam bentuk BR1M. Sekiranya bilangan yang layak adalah 7 juta, maka implikasinya ialah di Malaysia sekarang ini telah terdapat tidak kurang dari 7 juta rakyat yang masih miskin.
Andaikata hasil kajian tersebut itu nanti memberi gambaran positif terhadap Akta Hasutan 1948, insya Allah Aciklah orang pertama yang akan mengangkat sepanduk besar yang bertulis “Akta Hasutan 1948 adalah Penyumbang Utama Kepada Ekonomi Negara, Maka Kekalkanlah Ia !”
Sebaliknya, jika segala kos yang ditanggung oleh semua pihak akibat dari kewujudan Akta Hasutan 1948 tersebut tidak setimpal dengan munafaatnya, maka bodohlah kita rakyat Malaysia jika masih nak terus juga menggunakan Akta tersebut. Ia ibarat masih terlalu sayangkan mesin jahit Singer yang telah tersangat tua lagi uzur. Walaupun kos penyelenggarannya lebih besar dari pendapatan jualan produk jahitan yang dihasilkan, tapi masih juga menggunakannya.
Marilah kita sama-sama bertanya, apakah fungsi dan objektif asal Akta Hasutan 1948 tu ? Mengikut kepercayaan Acik, Akta tersebut adalah ibarat senjata untuk melawan musuh negara ketika ia digubal dan dikuatkuasakan. Ini cerita lebih dari separuh abad dahulu. Rata-rata rakyat ketika itu menganggap musuh negara adalah Komunis.
Oleh kerana Komunis memang ramai dan bermaharaja lela ketika itu, maka rata-rata rakyat mengakui dan mengiktiraf akan keperluan senjata (Akta) tersebut. Tetapi, sejak tahun 1989 iaitu bila Komunis dah letak senjata, scenarionya telah berubah 180 darjah. Musuh negara bukan lagi Komunis tetapi sentiment perkauman yang diburukkan lagi oleh masalah kemiskinan.
Jadi selepas tahun 1989, senjata (Akta) tersebut dah tak ada target khususnya lagi. Malang sungguhlah rakyat Malaysia, bila mereka sama-sama berjaya menghapuskan Komunis, tiba-tiba giliran mereka sendiri pula dijadikan sasaran senjata (Akta) tersebut. Ini tentulah tak kena dan rata-rata tidak adil tehadap seluruh rakyat jelata.
Sedangkan jenayah yang jauh lebih bahaya terhadap rakyat, yang sepatutnya diperangi bermati-matian, dah nampak macam kurang penting dan kurang relevan pula. Sebaliknya, banyak tenaga dan masa pasukan Polis dan institusi kehakiman kini dialihkan pula ke sasaran baru senjata (Akta) tersebut iaitu rakyat sendiri.
Jika dulu, senjata (Akta) tersebut dihalakan kepada saingan politik yang dilabelkan sebagai musuh. Tetapi kini mula melarat pula kepada rakyat marhain termasuk Ali Abd Jalil. Sebelum Ali, kita dah diperkenalkan dengan beberapa nama anak-anak muda seperti Khalid Ismath, Adham Adli, Ahmad Abd Jalil, Safuan Anang, Paduka Teruna dan lain-lain. Semua mereka ini adalah antara rakyat yang menjadi mangsa Akta Hasutan peninggalan penjajah tersebut.
Semuanya itu menambahkan beban kepada pihak Polis. Namun jika sekiranya Acik seorang anggota Polis, Acik lebih melihat anak-anak muda seperti disebut di atas dari aspek positif. Positif dengan ertikata tidak merbahayakan diri Acik jika ditugaskan menangani kes mereka. Secara perbandingan, mereka bukanlah individu-individu yang jahat dan ganas macam Botak Chin yang menjadi ikon bagi penjenayah tegar suatu masa dahulu.
Oleh itu biarlah Acik ditugaskan mengawal mereka daripada pergi menggadai nyawa berperang dengan gangster yang memiliki bemacam-macam senjata merbahaya termasuk senjata api. Jika Acik suka begitu, mustahilkah bahawa ramai lagi anggota Polis yang serupa dengan Acik. Dalam ilmu ekonomi, ia lebih kurang macam konsep kos melepas. Jika masa bertugas 8 jam ditugas menjaga anak-anak nakal macam Ali, tentu 8 jam yang sama terlepas dari risko berperangan dengan penjenayah-penjenayah tegar.
Berdasarkan rasional tersebut, jangan hairanlah jika Akta Hasutan 1948 akan menjadi bertambah popular di kalangan anggota keselamatan selepas ini. Namun harapan Acik tidaklah pula begitu. Sebaliknya Acik harap dan doakan, biarlah semua anggota institusi keselamatan tersebut turut benci kepada Akta zalim itu. Acik percaya kenyataan ini taklah ditafsirkan oleh mana-mana pihak sebagai “hasutan” suruh lawan sesiapa. Cuma yang Acik nak hasut ialah agar semua rakyat pakat-pakat benci terhadap Akta peninggalkan penjajah itu sebab dia zalim.
Jika sekarang Ali Abd Jalil menjadi mangsa, tidak mustahil bahawa bakal mangsa Akta Hasutan 1948 yang berikutnya adalah masing-masing anak kepada seorang Kontable, L. Koperal, Koperal, Sergeant, Sergeant Major, Sub Inspector, Inspector, Chief Inspector, ASP, DSP, Supt, ACP, SAC 11, SAC 1, DCP malah IGP sendiri. Kerja Allah siapa tahu ?
Wallahualam.
Selingan :
Anak-anak Kita Adalah Produk Pendidikan Kita Semua.
https://www.facebook.com/video.php?v=705566012851545&set=vb.100001944575222&type=2&theater
d a u l a t r a k y a t !
Lain-Lain PenCERAHan yang relevan :
Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/
Ali’s SAGA # 01 Ali adalah manifestasi jenarasinya https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/
Ahmad’s SAGA #026 Terhukum Sebelum Disabitkan Kesalahan https://4uni2c.com/2013/10/17/ahmads-saga-026-terhukum-sebelum-disabitkan-kesalahan/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com
OPajar # 14926